Menu Utama

Kenapa SPAD Perlu Masuk Campur Tambang Keretapi Laju ke Singapura?

hsr-kl-sgKenyataan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bahawa Malaysia berusaha memastikan harga tambang pergi balik perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura berada bawah RM400 sangat tidak masuk akal.

Pembinaan laluan ini hanya untuk memenuhi kehendak golongan berpendapatan tinggi yang sebenarnya tidak memberi banyak keuntungan pun kepada majoriti rakyat Malaysia.

HSR ini dibina untuk memenuhi kehendak pelobi polisi kelas atasan dalam usaha mereka meningkatkan perniagaan mewah dan harga kediaman di Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal, Kereta api itu dirancang daripada Jurong East, Singapura ke Kuala Lumpur dengan masa dijangka lebih cepat sehingga 90 minit. Tujuh perhentian dirancang dalam projek sepanjang 340km yang menelan belanja RM40 bilion itu.

Cadangan SPAD untuk masuk campur dalam penentuan harga tambang keretapi laju ini akan mewujudkan satu lagi beban politik kepada kerajaan pada masa akan datang.

Setiap kali harga tambang HSR hendak naik ia akan meminta kelulusan SPAD. Apabila SPAD meluluskan, rakyat akan menyalahkan kerajaan. Ini satu keadaan yang tidak sepatutnya berlaku.

Ini bukan projek kepentingan awam atau rakyat seperti mana keretapi biasa atau perkhidmatan bas ekspres. Justeru tidak ada sebab untuk kerajaan menentukan berapa harga yang wajar untuk tambang perkhidmatan ini.

Kita juga khuatir pada masa akan datang Kerajaan terpaksa membayar pamapasan jika tidak bersetuju dengan permohonan pengendali untuk menaikkan tambang.

Kerajaan harus melepaskan isu tambang HSR ini kepada pemiliknya seperti mana perkhidmatan syarikat penerbangan.

Tidak ada sebab yang masuk akal untuk SPAD masuk campur isu tambang HSR kecuali ini satu lagi projek yang mahu mendapat wang mudah dari kerajaan apabila rugi.

Projek ini sudah dua kali dibatalkan dahulu kerana dianggap hanya menguntungkan Singapura tetapi diteruskan kerana lobi kuat kumpulan tertentu di Kementerian Pengangkutan.

Jika kerajaan mahu meneruskan ia harus dijalankan tanpa babitkan campur tangan kerajaan dan tidak seharusnya dianggap kemudahan awam.

Jika syarikat terbabit percaya mereka mampu mendapat keuntungan biar mereka buat tanpa campur tangan kerajaan. Ini bukan kemudahan dan kepentingan awam. Cukuplah beban politik membabitkan ERL.

Cukuplah dengan masalah kenaikan tol, LRT, Komuter dan keretapi yang menjadi beban kerajaan setiap kali SPAD memutuskan membenarkan kenaikan harga atau menghalang kenaikan dan mengesyorkan kerajaan bayar pampasan.

Perdana Menteri harus mengambil iktibar beban-beban sebelum ini. Jangan beliau mengulangi masalah yang sama kepada pengganti beliau.-MYKMU.NET

 






8 Komen to Kenapa SPAD Perlu Masuk Campur Tambang Keretapi Laju ke Singapura?

  1. laut selatan says:

    aku yakin projek ini 100% rugi….kos maintenance cukup tinggi….berapa org nak guna…..kalau aku mahu melancong di selatan atau di singapore lebih baik guna kereta……

  2. system baru says:

    Projek ini bakal untung mesti keretapi laju harga naik sehala mesti 200rm ke 300Rm dan syarat ke naik mesti dedah pada Rakyat supaya Rakyat memahaminya letak syarat itu di papan tanda sten keretapi, kita tahu syarikat penebangan tambang murah pasti cuba halang nya mendesak ia batal kan, adakah kita ulang kesilapan sama menbatalkan projek keretapi laju sebab memenuhi keuntungan Dan ketamakan mereka ini. Cuba berfikir jika harga keretapi laju sama dengan harga naik pesawat ia memberi peluang mereka bersaing

  3. james bond says:

    Betul apa yg mykmu cakap ni. Saya setuju. Kenapa mesti nak murah? Dahla currency Singapore terlalu tinggi. PM nak menggalakkan orang Singapore membanjiri Malaysia lalu membuatkan harga segala nya akan naik. Orang Malaysia juga yang ternganga. Meleleh air liur tengok orang Singapore joli katak dengan kemudahan awam negara ini. As it is, harga resort mewah di Malaysia sudah semakin naik membuatkan rakyat negara ini berputih mata. Jangan jadikan Malaysia ni playground orang Singapore. Sedih betul

  4. Go Pro Bro says:

    Salam. org melayu/bumiputera perlu anjakkan minda dari berorientasikan pengguna kepada yg pro bisnes dan pencipta komersil, kecil atau besar. Jgn lihat hanya berapa subsidi dan bantuan yg boleh diterima dari setiap projek dan segment ekonomi. Orang lain sibuk dengan strategi mereka bagaimana mendapatkan peluang perniagaan di setiap stesen dan limpahan LRT/MRT dan HSR. Secara individu, betkumpulan dan koperasi2 perlu lebih proaktif.

  5. Hantu Gigi Jarang says:

    Inipun nak kasi sama Cina jugak la tu…

  6. system baru says:

    Bagi aku kalau Dari Singapore elok dia naik class vip 400Rm jika dia naik class 1. kalau dekat johor baru itu elok harga dia vip 350Rm itu cadangan aku je kena juga ingat orang balik kampung ke selatan pun mahu keretapi laju murah kena ingat juga tambang keretapi laju ada tiga class 1,2 dan3, lainlah kerajaan tak hapuskan keretapi biasa pakai minyak disel itu. Kalau kerajaan ada rancangan hapuskan keretapi bisa digunakan itu lebih baik ia dibuat 3class, 1class 2class Dan 3class senang Rakyat memilih nya

  7. system baru says:

    Bila keretapi laju di buat, nasihat aku ini ‘bumiputera ambil peluang peniaga bakal di bina stesen2 keretapi bakal behenti , aku nak bumiputera ambil peluang ada kerajaan sedia kan ini

  8. koko says:

    Go Pro Bro…komen hang mcm kapitalis mata duitanlah…kebajikan rakyat sendiri perlu di utamakan…lagipun bile harga lebih berpatutan dan mampu dibayar oleh majoriti rakyat malaysia sendiri itu lebih baik kerana org singapura atau org luar juga akan mendapt harga yg jauh lebih murah jika mengunkan perkhidmatan yg sama dan secara langsung meningkatkan kemasukan dan keuntungan berlipat kali ganda..bila harga dlm keadaan mampu bayar tak akan adalah masalah kenaikan harga mendadak kerana permintaan dan pengeluaran seimbang..jgn lupa ayat2x pencipta napster dulu..the best price is free..maknanya lagi murah lagi baik..secara tak langsung tak mengalakkan budaya tamak dlm berniaga.

    tak guna hanya sebhagian kecil yg mampu tetapi majoriti melopong je..lepas tu..mulalah ckp tak boleh berdikarilah perlukan bantuanlah..ni ayat-ayat kapitalis tegar yg mementingkn poket dia dan kroni dia saje..tpi kalau syarikt mereka bermasalah boleh pulak mintak bantuan bail out dr kerajaan..kononya meyelamatkan ekonomi..poodah..nilah masalahnya keuntungan syarikat yg dikawal beberapa individu diambil kira sebagai ekonomi rakyat kononya..padahal itu ekonomi syarikat dia saja..rakyat satu apa pun tak dpt..masalah

Leave a Reply