Menu Utama

Kempunan Nak Jadi Perdana Menteri Umur 40 Tahun Ya!!

kjpoll

SEKITAR 10 tahun (atau lebih) yang dulu, ada seorang anak muda dikatakan memasang impian untuk menjadi Perdana Menteri sebelum usianya 40 tahun.  Penulis tak ingat siapa yang membocorkan perkara ini tapi dah lama lah cerita ni berlegar, tuan punya badan pun tak pernah nafikan, anggap betul sajalah tu.

Mungkin teruja mertuanya ketika itu dapat jadi orang nombor satu dan menang besar dalam PRU2004, membuatkannya memasang impian tinggi gunung sedemikian.

Untuk pengetahuan semua, hari ini dia sudah pun berusia 40 tahun dan Perdana Menteri kita masih lagi Datuk Seri Najib Tun Razak, bukan dia, kesian sungguh.

Ironinya, Najib pun tak lama lagi nak sambut ulang tahun 40 tahun penglibatannya dalam politik, dalam maksud lain, Najib dah bergelumang dalam politik ketika orang ini belum putus pun tali pusatnya.

Tanam cita-cita tak salah, yang jadi masalah ialah, sepanjang proses nak merealisasikan hasrat tak masuk akal itu, dia dikaitkan dengan banyak kerosakan yang telah dilakukannya kepada UMNO dan BN.  Bermula dari merudumnya prestasi BN pada 2008 berbanding kejayaan besar 2004, telah membuka peluang kepada pembangkang mengembangkan sayap terutama dikalangan bukan Melayu sehingga memberi kesan sampai sekarang.

Dakwaan campur tangan dalam urusan kerajaan ketika dia tidak mempunyai apa-apa jawatan dan sebagainya telah banyak mencipta persepsi buruk rakyat terhadap BN.  Sikap bermuka-muka terutama dalam isu berkaitan kos sara hidup dikatakan begitu menyerlah sekali.  Hari ini ramai memandang dialah jaguh, terlupa dulu masa mertua naik minyak RM 2.70/liter – tertinggi dalam sejarah negara pada 2008, apa komen dia pasal kos sara hidup?  Takde apa pun, semua baik saja.

Pernah dikatakan satu ketika, penguasaan UMNO dalam beberapa syarikat media utama digunakan untuk kepentingannya sahaja.  Habis semua yang tak sebulu diburuk-burukkan dalam berita utama dan sebagainya.

Manifestasi kepada kemarahan itu memuncak pada 2009 bila dia menang pertandingan jawatan Pemuda, perwakilan pakat boo ramai-ramai.  Orang mungkin lupa tapi penulis belum lagi.

Sebab, hipokrasi itu dilihat seolah-olah berterusan sehingga kini, tak hairan kenapa dia dikaitkan dengan beberapa gerakan untuk menumbangkan kepimpinan Najib dari dalam, termasuk dikatakan cuba memalukan Najib dalam perhimpunan Agung UMNO yang baru lepas.

Tanya dia, mati hidup balik tak mengaku tapi penafian itu dilihat ramai sekadar kata-kata sajalah kerana penglibatan orang-orang kanannya dalam gerakan itu begitu ketara sekali.  Sehinggakan dalam mesyuarat yang sepatutnya membincangkan persediaan menghadapi pilihanraya kecil pun di dakwa bertukar jadi mesyuarat macam mana nak guling Najib!!

Suruh pimpin pergerakan anak muda menyokong BN/UMNO, dah nampak jadi macam menyokong dia sorang pulak saja dah. Kalau dia tu solid menyokong semua keputusan kerajaan tak apalah jugak, ini dia duduk dalam mesyuarat kabinet yang meluluskan keputusan tersebut, dia jugak yang kemudian menghentam di luar.

Apa benda macam itu tu?

Maka tak hairanlah kenapa impian itu hanya tinggal impian, lain kali kalau nak sampai ke puncak, jangan pijak kepala orang, nanti orang pijak kepala kita balik.

p/s Artikel ini tidak ada kaitan sama sekali dengan kedudukan penulis sebagai penyokong kuat Perdana Menteri.  Berbuku dalam hati ni dah lama, lama sebelum Najib jadi Perdana Menteri pun, cuma nak tunggu ‘tarikh keramat’ ini sahaja datang, harap maklum.






4 Komen to Kempunan Nak Jadi Perdana Menteri Umur 40 Tahun Ya!!

  1. Pemerhati says:

    aku menghormati ‘personal grudge’ penulis terhadap KJ…KJ cuma biasa2 sahaja tiada apa yang istimewa dia menjadi ketua kepada pemuda UMNO, maksudnya UMNO(pemuda) tidak rugi apa2 jika mahu memilih orang lain untuk menjadi ketua pemuda yang baru

    baru2 ini KJ kata Orang Melayu yang melaporkan tentang rumah ada tanda salib di Langkawi sebagai kerja bodoh, dengan kenyataan seperti itu bagaimana pemuda2 Melayu yang menebal jati diri(Kemelayuan & Keislaman) mereka boleh rasa tertarik hati untuk menjadi ahli UMNO?

    pemuda2 Melayu yang menebal jati diri(Kemelayuan & Keislaman) ini boleh juga dikata Melayu jenis konservatif…KJ tidak berapa suka pemuda2 Melayu jenis konservatif ini, KJ lebih suka melayu jenis liberal yang tidak kisah rumah mereka tercat tanda salib pada bumbung rumah atau tidak berapa suka nak ambil kisah tentang isu2 yang menyentuh sensitiviti umat Islam serta sanggup berkata sesiapa(dikalangan Orang Melayu) yang melapor atau memperbesarkan isu seperti ini sebagai kerja bodoh

    kenapa ramai pemuda cina yang menebal sifat chauvinis(kecinaan) mereka menyokong sehingga mudah dapat menjadi ahli DAP? DAP tidak pernah merasa bersalah, orang melayu dari PKR, PAS & PAN pun tidak berkata tidak elok atau tidak betul DAP mempunyai ramai penyokong & ahli yang menebal dengan sifat chauvinis(kecinaan) tetapi KJ macam rasa bersalah jika mempunyai terlalu ramai ‘Melayu jenis konservatif’ dalam UMNO…KJ bodoh tidak faham tentang ‘realpolitik’, dari dahulu sehingga kini ‘realpolitik’ itu ialah UMNO vs DAP atau Melayu vs cina…KJ terus dengan sikap aplogetiknya kepada bangsa cina tetapi bilangan bangsa cina terus bertambah dalam DAP…UMNO dikata rasis KJ angguk kepala, DAP dikata rasis KJ geleng kepala

    orang melayu dari PKR, PAS & PAN bersekutu & bekerjasama dengan DAP kerana mereka tiada pilihan lain untuk membuka peluang mencari & mendapatkan lagi ‘habuan’ buat diri mereka & buat puak2 berkepentingan mereka yang tidak seberapa jumlahnya…mereka ini ialah melayu yang terpaksa diketepikan oleh UMNO kerana sudah pernah mendapat keistimewaan & bantuan dari UMNO jadinya persekongkolan mereka dengan DAP tiada kena-mengena pun kononnya untuk menyelamatkan Bangsa Melayu…sudah terlalu banyak dasar2 UMNO memberi manfaat kepada Bangsa Melayu secara keseluruhan tanpa mengira fahaman politik atau dari parti mana Bangsa Melayu itu sokong & menjadi ahli

  2. Memang Terok says:

    Menjangkau umur 30 tahun aku mesti miliki porshe
    Sampai umur 36 tahun aku mesti pegang jawatan pengarah urusan syarikat.
    Setahun dari sekarang saya akan jadi billionair.

    Penulis pernah dengar impian serupa diatas datangnya dari 2 kenalan penulis. Tapi apa yang berlaku tiada seorang pun dari mereka berjaya menggapai impian itu.

    Semua insan perlu ada goal, matlamat, impian atau paling kurang pun angan2. Namun jika matalamat itu disertakan dengan jangka masa tertentu untuk direalisasi.. banyak mudarat pada baik. Kerana ia akan buat individu tertentu berbuat apa saja demi mencapai impian pada masa yang dia sendiri tetapkan. Berlakulah jatuh menjatuh malah rasuah untuk impian yang berbetuk material.

    Apa yang KJ pernah ikrarkan itu sebenarnya banyak buruk dari baik, walau bagi KJ impian dia hanya tinggal angan2 kosong .

  3. semangat dato' haron says:

    Aku tetap dgn pendirian KJ harus dihapuskan Dari politik negara. We don’t need another Anwar Ibrahim

  4. rockers says:

    go kj go. najib, hide yrself.

Leave a Reply

Threesome