Menu Utama

Kemelut MB Kedah Selesai, Angkat Sumpah Selewat-lewatnya Rabu ini

Kedah akan mendapat Menteri Besar Ke-12 selewat-lewatnya Rabu ini apabila 20 daripada 21 Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah dari Barisan Nasional (BN) bersetuju dan akur untuk menerima sesiapa sahaja sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu menggantikan Datuk Paduka Mukhriz Mahathir.

Menurut sumber, kesemua mereka telah menyatakan taat setia kepada Presiden UMNO dan menerima sesiapa sahaja yang bakal dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu. Kesemua mereka bersedia menghadap DYMM Tuanku Sultan Kedah sekiranya dipanggil untuk menyatakan sokongan kepada keputusan UMNO dan Barisan Nasional.

Sehingga petang tadi, sumber memberitahu Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor telah bercakap dengan hampir 90% adun BN Kedah.

Apa yang menjadi pertimbangan ketika ini ialah sama ada mengekalkan keputusan melantik Timbalan Pengerusi BN dan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah atau melantik calon lain yang kurang kontroversi dan bagi meredakan keadaan.

Sebelum ini MYKMU pernah melaporkan bahawa 3 Ahmad antara nama dipertimbangkan sekiranya perubahan kepimpinan Kedah dilakukan.

Kem Mukhriz dikatakan telah menerima hakikat mereka tidak lagi mampu menghalang perubahan dan sekarang berusaha untuk menolak pelantikan Ahmad Bahsah sebagai Menteri Besar.-MYKMU.NET






20 Komen to Kemelut MB Kedah Selesai, Angkat Sumpah Selewat-lewatnya Rabu ini

  1. dkds says:

    Kalau dapat diselesaikan…alhamdulillah

  2. maula says:

    Nak printscreen artikel ni..

    Takut nanti jadi macam kes selasa yg x kunjung tiba tu

  3. kri says:

    LANGKAWI – “(Datuk Seri) Mukhriz (Tun Mahathir) pun masih senyum melihat pertumbuhan sektor pelancongan yang semakin menggalakkan di Kedah, terutama Langkawi,” demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Beliau berkata, pertumbuhan yang memberansangkan, terutama dari segi pertambahan pelancong ke Langkawi menggembirakan banyak pihak.

    “Perkembangan yang berlaku di Langkawi menyebabkan ramai yang gembira termasuk penduduk tempatan.

    “Saya tengok ramai yang gembira. Saya nampak Rawi (Adun Ayer Hangat, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid), Nawawi (Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad) gembira kerana makin banyak pelancong tiba dari pelbagai destinasi dengan penerbangan.

    “Saya tengok Mukhriz pun gembira kerana Langkawi sudah melangkah ke tahap lebih tinggi dalam industri pelancongan,” katanya ketika nerasmikan penerbangan sulung Air Asia dari Ghuangzhou ke Langkawi di sini, hari ini.

    Mukhriz kelihatan tersenyum ketika mendengar seloroh itu.

    Najib berkata penerbangan terus ke Langkawi akan memantapkan lagi kedudukan Langkawi dri segi menjadi pilihan utama sebagai destinasi pelancongan terutama dari China yang mempunyai pasaran begitu besar?.

    -Sinar Harian

  4. Pemerhati says:

    MB baru pun tiada masalah boleh gembira & tersenyum bila Langkawi terus melangkah ke tahap lebih tinggi dalam industri pelancongan…jemput Najib datang tu mungkin boleh merubah keputusan(disimpan dalam hati) Najib telah buat untuk gantikan dia dengan orang lain

    hehehehehe

  5. Hantu Gigi Jarang says:

    Helo…adnin tak dapat berita ke…mukriz kekal…sorrylah admin….jangan kecewa ye

  6. ayam says:

    btol ke mukhriz kekal?

  7. daud says:

    Credibility admin di tahap buku lali sekarang ni 🙂

  8. Pemerhati says:

    kesian jugak tengok kucing tu tak dapat makan ikan selepas Najib pulangkan ikan tu kepada nelayan…aku rasa kucing tu sengaja test nak tahu PM orangnya jujur ke tak…ikan tu bukan milik kucing ikan tu milik nelayan sebab nelayan yang tangkap jadinya betul le PM seorang yang jujur sebab dia pulangkan ikan tu kepada nelayan…maknanya PM tak pulangkan duit RM2.6 billion tu sebab bukan duit milik rakyat seperti ramai macai pembangkang & penjilat2 buah madey kata

    harap PM ada beri peruntukkan khas sediakan friskies(atau sama waktu dengannya) atas jeti supaya kucing dapat makan sehingga dapat membuat kucing rasa tak hairan & rasa tak kebulur lagi nak curi makan ikan tangkapan nelayan dari bot mereka

  9. Pemerhati says:

    bagi le ‘link\'(mana2 portal media online) kata mukhriz kekal?

  10. zan says:

    Pengundi di kedah dah berkira2 utk kembali kpd pembangkang kalau mukhriz diganti…

  11. Pemerhati says:

    berapa ramai yang dah berjira-kira tu?
    jawapannya tak tahu?

  12. Pemerhati says:

    macam takde orang lain, ingat mukhriz seorang sahaja ke boleh berkhidmat pada rakyat? dapat MB baru lebih rajin turun ke padang mendekati rakyat boleh membuat ramai yang berkira-kira itu tak jadi nak pangkah pembangkang pada PRU14

  13. mark chaipong says:

    Apa yg diharapkan penyelesaian yg terbaik dibuat.
    Ini semua untuk kesetabilan politik di Kedah agar
    rakyat dapat hidup dengan aman dan selamat,

  14. azmi says:

    untuk sedara Pemerhati, cuba aku guna ayat kau tapi ganti pekataan je sikit…
    “macam takde orang lain, ingat najib seorang sahaja ke boleh berkhidmat pada rakyat? dapat PM baru lebih rajin turun ke padang mendekati rakyat boleh membuat ramai yang berkira-kira itu tak jadi nak pangkah pembangkang pada PRU14”

    KAU SETUJU TAK???HE HE HE

  15. Memang Terok says:

    Biarkan Mukhriz turun. Dia diturunkan bukan ‘menurun’. Menurun boleh diertikan dengan tidak sedar atau berada dialam lain. Menurun berhubung kait dengan kawalan jin dalam tubuh sesaorang.

    Tapi bagi Mukhriz yang sentiasa bercakap mengikut irama bapak dia, ikut Midin, ikut Shafie memang kena turun walau tidak menurun . Dia tidak menyukai bosnya , jadi macam mana mahu terus bekerja jika seorang pekerja tidak ngam dengan majikan sendiri.

    Walau Mukhriz dikatakan penyebab pada kemenangan Umno dalam PRU lepas tapi tiada seorang pun yang indispensable/ sangat2 diperlukan. Rakyat Kedah tahu Mukhriz bekerja part time. Mukhriz seorang billionare sama saperti adik beradik dia yang lain walau Mokhzani saja sering tersenarai dalam kategori orang kaya negara. Namun seorang anak Madey adalah sekaya anak yang lain. maknanya mereka semua kaya raya. Dikayakan oleh bapaknya. Sebab itu Mukhriz perlu berada di KL kerana semua bisnis dia di KL nbukan diKedah. Kabarnya dia berak pun, berak diKL. Dikedah dia cuma kencing saja.

    Baik lah, kita tidak runsing dengan kekayaan mereka. Baguskah mereka kaya dan kita rasa seronok juga dengar orang kita kaya raya walau mereka hanya mamak kutty dari Kerala, tak macam kita . Tak mengapa , kita tak kisah itu semua . Gerenti kita tak rasa iri hari sebagaimana iri hatinya mereka terhadap PM, isterinya dan anak tirinya.

    Itu rezeki masing2. Kita redha dengan apa yang kita ada walau kita tak sekaya mereka namun kita tidak sesusah mana jugak .

  16. Memang Terok says:

    Bak kata Ungku Aziz, sekaya mana pun kita , kita hanya boleh makan nasi sepinggan saja. Kita tinggal disebuah rumah saja dalam satu masa, bukan kesemua 8 buah rumah yang kita miliki.

    Tafsiran Ungku Aziz memang terlalu baik dan besar erti jika difaham betul2. Menafaatnya juga banyak. Sebab itu Ungku tidak pernah soal siapa paling kaya, dari mana dia dapat duit. Ungku tidak pernah sukat berapa kaya PM, beg tangan jenama apa isterinya pakai dan berapa jumlahnya.

    Itu semua tidak perlu. Yang kita perlu tanya ialah berapa taatnya Nik Aziz bersolah malam. Apa yang Nik Aziz biasa buat selain dari sunat taubah, tahajjud, hajat dan witir ketika kiamullail. Ini untuk mengukur berapa kurangnya iabadah kita.

  17. Memang Terok says:

    Apa yang penulis hendak ‘merepek’ disini ialah mamak kerala yang dinaugerah umur melebihi had itu seharusnyalah membanding dirinya dengan arwah Nik Aziz. Hentikan banding dirinya dengan najib, anak tiri najib, isteri Najib.

    Insaf diri bahawa jika aku hanya berbangga dengan sekadar rawattib selepas/sebelum fardu memang tidak cukup. Kiamullail nya bagaimana ?

    Penulis tidak kata mamak itu tidak buat itu semua. Tapi penulis mahu galakkan dia ukur diri dan bercita2 untuk jadi setaraf dengan arwah tuan guru. Kerana tuan guru menangis teresak2 hanya kerana tertinggal tahajjud disatu malam. TErnyata madey hanya menjerit dan menangis terlolong2 kerana kroninya terlepas projek bukan terlepas solah.

    Wallahu alam.

  18. Peminat Setia says:

    Selagi ada remote control..slagi tulah tk kemana perjuangan umno.Klau nk maju sprti negara lain…knalah buang remote control nie dulu.Kawe raso..sesiapo sajo yg ingin rampas remote control ini semuanya habis dicantas oleh pasukan kroni remote control…maka tamatlah riwayat kesan degil.Orang yg bleh tumbangkan pasukan remote control ialah peminat2.Kita lihat saja nti di Perlawanan akhir kereta control ke 14(PRU 14).Saper yg bakal mnjadi sang JUARA.

  19. Habag hang says:

    Najib buat ke semua 2

  20. Pemerhati says:

    azmi says:
    January 25th, 2016 at 7:12 AM

    “untuk sedara Pemerhati, cuba aku guna ayat kau tapi ganti pekataan je sikit…
    “macam takde orang lain, ingat najib seorang sahaja ke boleh berkhidmat pada rakyat? dapat PM baru lebih rajin turun ke padang mendekati rakyat boleh membuat ramai yang berkira-kira itu tak jadi nak pangkah pembangkang pada PRU14”

    KAU SETUJU TAK???HE HE HE”

    dah bankrap idea lah tu sampai plagiat orang punya komen, low class punya babi belaan DAPigs!

Leave a Reply

Threesome