Menu Utama

Kemelut MB Kedah: “Jangan Kata Najib Tak Payung”

najib mukhrizBerkali-kali penulis terfikir, mengapa UMNO Kedah menggunakan pendekatan sidang akhbar ketika menyuarakan hilangnya keyakinan terhadap pimpinan Mukhriz Mahathir selaku Menteri Besar.

Dengan barisan yang penuh pengalaman politik, dari mentadbir, tewas dan kembali merampas Kedah, rasanya mereka sudah ada hampir segenap pengalaman untuk memikirkan baik buruk setiap langkah politik yang diambil.

Memberi isyarat yang jelas kepada Presiden melalui sidang akhbar terbabit, ia menceritakan tentang, bahawa selama ini, Presiden UMNO adalah watak penting dalam mempertahankan Mukhriz Mahathir.

Telahan ini benar, apabila Rahim Tamby Chik membuka cerita di sebalik tabir, dengan salah satu inisiatif ‘perdamaian’ yang dibuat oleh beliau dan Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Fatmi Salleh ketika itu ialah menawarkan Mukhriz satu jawatan Kabinet pada rombakan yang dilakukan tahun lalu.

Angin penolakan Mukhriz selaku Menteri Besar bukanlah baharu, dan Perdana Menteri Najib Razak sedar, serta mengambil langkah yang terbaik untuk parti UMNO, ibarat menarik rambut di dalam tepung.

Padan lah Perdana Menteri Najib Razak masih mampu tergelak, dan “cool” bersama Mukriz Mahathir sewaktu lawatan ke Langkawi tempoh hari, rupanya memang bukan hasrat beliau untuk menjadikan Mukhriz sebagai mangsa politik. Apatah lagi, dengan serangan bertubi-tubi oleh Tun Mahathir dan penyokongnya, bukan rahsia apabila ramai yang menuduh Perdana Menteri sebagai dalang di sebalik desakan yang dilakukan oleh UMNO Kedah.

Jalan penyelesaian yang terbaik telah dikemukakan demi keharmonian UMNO. Hormat, cinta dan kasihnya Perdana Menteri kepada Tun Mahathir, sehingga perkara sebegini dibawa ke pengetahuan Tun Mahathir terlebih dahulu. Malangnya, mengikut Rahim Tamby Chik, Mukhriz sendiri yang menolak pelan damai terbabit.

Kini, penulis faham, mengapa UMNO Kedah memilih cara mendesak Persiden UMNO dalam kemelut ini. Penulis masih berharap agar kemelut antara Mukhriz Mahathir dengan UMNO Kedah dapat diselesaikan dengan situasi menang-menang.

Dengan penjelasan oleh Rahim Tamby Chik, sudah jelas, nyata dan terang, bahawa Perdana Menteri sangat konsisten dengan merintis jalan damai, baik di peringkat antarabangsa seperti peranannya dalam proses damai Selatan Filipina, mahu pun di dalam parti yang dipimpinnya. Sering mengelak untuk bermusuhan, itulah Najib Razak.






Leave a Reply

Threesome