Menu Utama

Kemelut Kedah: Lebih Baik Bertemu Presiden, Dari Himpunan Dan Berceramah

Mukhriz Mahathir NajibJika benar sayangkan parti, tentu sahaja hal parti perlu diselesaikan secara dalaman, dengan menemui kepimpinan parti.  Namun, kita tidak boleh nafikan bahawa trend sudah berubah, dengan sikap keterbukaan serta atas alasan kebebasan bersuara menyaksikan bagaimana ketidakpuasan hati diluahkan secara terbuka yang akhirnya memberi persepsi negatif.

Tidak hairan, jika ada opportunis seperti Mahfuz Omar cuba mengambil peluang.

Baik UMNO Kedah, atau Mukhriz sendiri, kenyataan terbuka yang berlarutan, jika diteruskan, dikhuatiri akan memburukkan lagi keadaan. Pendekatan UMNO Kedah, boleh juga disifatkan sebagai kurang tepat, apabila membuat desakan dengan terbuka. Mungkin juga mereka mengikut cara yang Tun M lakukan ke atas Perdana Menteri Najib Razak.

Cuma, jika benar-benar Mukhriz seorang pemimpin parti yang berjiwa besar, beliau seharusnya berjumpa dengan kepimpinan tertinggi parti bagi menyelesaikan masalah yang sedang dihadapinya dengan UMNO Kedah. Kepimpinan parti ada hierarki, maka gunakanlah saluran yang betul.

Apa yang merisaukan penulis ialah, cara penyokong Mukhriz dan Mukhriz sendiri dalam menangani permasalahan ini. Jika benar masalah hendak diselesaikan, maka gunakanlah kebijaksanaan seorang pemimpin politik yang tahu hierarki parti. Bukan sembrono, asal ikut suka.

Cara seperti himpunan, berceramah ketika himpunan, atau apa jua yang menjurus kepada kecenderungan untuk “lawan” sebenarnya tidak tepat, jika mengambil kira kenyataan beliau yang mengakui masih setia kepada UMNO, dan tiada hasrat untuk tinggalkan parti itu.

Cara-cara di atas sekali imbas, persis gaya Anwar Ibrahim sewaktu dipecat jawatannya oleh Perdana Menteri ketika itu, sebelum Najib Razak dan sebelum Pak Lah.

Jika kemelut ini hendak diselesaikan, maka caranya perlu tepat, dan bukan penentangan secara terbuka. Parti punya hierarki, yang bertunjangkan perlembagaan. Jika benar Mukhriz masih setia bersama UMNO, maka beliau perlu bezakan cara UMNO dengan parti-parti lain.

Ketika UMNO Kedah dijadualkan untuk bertemu Presiden parti hari ini, amatlah bertepatan jika Mukhriz turut sama mengambil langkah yang serupa, dan bukannya tunggu dipanggil. Sebagai seorang pemimpin, jiwa besarnya diperlukan demi parti.

Kalau pun Mukhriz tidak mahu berjumpa Presiden UMNO di Kedah, rasanya bukan satu kepayahan untuk Mukhriz mengatur pertemuan tersebut di Kuala Lumpur.






19 Komen to Kemelut Kedah: Lebih Baik Bertemu Presiden, Dari Himpunan Dan Berceramah

  1. rockers says:

    semua team penyamun. tuang presideng pung mcm ketam nak suruh anak berjalan lurus.

  2. rockers says:

    drpd najib sibukkn psl umno kedah kn elok setelkn masaalah ekonomi yg makin meruncing ni. x habis2 politik

  3. Pemerhati says:

    orang tahulah keluarga ‘rockers’ memang penyamun tapi janganglah kata orang lain penyamun, buruk siku namanya

    sebelum buat himpunan mesti dia dah jumpa duduk bawak ketiak bapak mengadu macam2

  4. Pemerhati says:

    terimalah hakikat lebih ramai hilang kepercayaan dari yang tersedia menjadi pengampu bodek kepadanya yang tidak seberapa itu, nak buat himpunan menjerit sampai runtuh langit sekali pun jawatan itu tetap akan bertukar kepada orang lain…hormatilah suara majoriti, apa sahaja yang anda hemburkan tentang ketidakpusan hati anda itu merupakan hemburan suara golongan minoriti yang kecewa atas kekurangan/kesilapan diri sendiri

  5. bujuk says:

    Najib dah takda idea ka selain jatuhkan Mukhriz? Jangan kata Najib tak tahu.. tampa arahan Putrajaya Ahmad Bashah tak berani nak bersuara pun.
    Jawatan MB kedah mungkin bertukar tangan tapi Negeri kedah juga bakal bertukar k’jaan pru14 nanti. Apa yg Ahmad Bashah boleh buat kalau rakyat tak terima dia sebagai MB?

  6. Pemerhati says:

    apa AB boleh buat sama ada rakyat(Kedah) terima atau tidak kenalah ‘bujuk’ beri peluang, tunggu & lihat bagaimana, kenapa harus banyak bertanya boleh ke tidak rakyat(Kedah) terima kalau AB belum lagi diuji/teruji

  7. Mazlan says:

    …menteri besar kedah, duduk kedah….bukan duduk kuala lumpur….mukhriz…mukhriz..

  8. ayam says:

    Jaga2 rakyat kedah…kalau dari jauh dgr org nyanyi beramai2 camni sila telipon polis…

    “Kamilah Penyamun”
    Hoi!
    Kamilah penyamun di dalam negeri
    Kami penyamun di dalam ini negeri
    Kerja merompak mencilok dan mencuri
    Tidak memilih mas intan kerbau sapi
    Asal yang boleh ku bawak lari
    Kami penyamun
    Penyamun

    Lalallalalallalalala…Hoi!
    Kamilah penyamun di dalam negeri
    Kami penyamun cukup berilmu kebal
    Pasal mencuri terkenal paling handal
    Ayam dan itik semua kami bedal
    Siapa melawan ku tunjal-tunjal

  9. system baru says:

    He.he.he bujur tak faham masalah umno kedah. yg jatuh dia umno kedah bukan umno pusat. Malu lah kalau babit orang lain, kalau Mukhriz bijik konon dia dapat sokongan Dari seluruh cawangan kedah pergi minta buat undi ada kah muhkriz patut di kekalkan atau tidak kita tengok berapa cawangan akan sokong. Ingat tak kes pas kedah siapa nak jatuhkan menteri besar pas kedah ketika itu kalau bukan orang pas kedah itu bukan pas pusat. Berfikir bujur itu

  10. ayam says:

    system baru gay

  11. ayam says:

    motto umno: mau cuci telo? guna la glo!

  12. Memang Terok says:

    PM tidak semestinya punca pada kemelut ini, walau PM boleh jadi sebahagian darinya . Kita mahu berfikir dengan satu aliran bahawa barangkali kebanyakan rakyat Kedah sudah terlalu bosan dengan Mukhriz. Mukhriz bertutur cara bapaknya bertutur terhadap PM yang juga bossnya sendiri.

    Rakyat Kedah keliru arah mana kiblat MB mereka. Barat atau timur ? Mereka mahu sesuatu yang pasti, sepasti nasib Midin dan Shafie.

    Sekarang mereka sudah pasti dan bakal melihat Mukhriz jadi antara mantan2 tersingkir dan terpinggir. Biarkan Mukhriz bersama Midin dan Shafie dan Zaid Ibrahim dan orang dua politikus yang sudah diphase out dari arena semasa.

  13. sayang negara says:

    Kedah lepas PRU 14 akan dapat kerajaan baru,

    Lalallalalallalalala…Hoi!
    Kamulah penyamun di dalam negeri
    Kamu penyamun cukup berilmu kebal
    Pasal mencuri terkenal paling handal
    Ayam dan itik semua kamu bedal
    Semua Mahkamah Dalam ini Negeri dah kau tawan
    Siapa melawan kau tendang=tendang

    Sungguh malang…Malaysia

  14. azmi says:

    lagu ini ditujukan kepada kengkawan saya dalam mykmu teristimewa utk system baru gay dan yang memang terok…HE HE

  15. system baru says:

    Ada video pengaruh penyokong dap itu he.he.he macam azmi itu
    http://youtu.be/2aKirLBG6uo

  16. system baru says:

    Malaysia’s ‘first’ transgender in politics hopes …: http://youtu.be/2aKirLBG6uo

  17. ayam says:

    mana kau dapat menda2 gay ni?

  18. system baru says:

    Tengok video aku bagi. siapa sokong LGBT itu, pengikut tegar macam ayam itu

  19. ayam says:

    aku geli la nak nengok…tu aku tanya kau gay ke..

Leave a Reply