Menu Utama

Kelaparan: Bukti Pelajar Universiti Makin Tidak Cerdik

wp-1452385865144DI Malaysia ini realitinya tidak ada orang mati tak dapat makan, mati yang diakibatkan oleh penyakit-penyakit berlebih makan seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya, itu berlambak.  Jadi kalau ada cerita wujud kebuluran, ditengah-tengah persepsi kos hidup meningkat, maka cepat sajalah yang kurang bijak menyambar, maklum, benda tak pernah berlaku.

Hanya Anwar dan culai-culainya saja dalam Malaysia ini yang nak percaya kebuluran berlaku di Malaysia sebab itulah pun modal dia untuk dapat nama dengan menggerakkan demonstrasi pelakar semasa jadi penuntut di Universiti Malaya dekad 70-an dulu, kononnya berlaku kebuluran di Baling akibat kejatuhan harga getah dan 2 orang meninggal dunia.

Rupanya, tidak berlaku kebuluran yang dikatakan itu dan demo itu dikatakan akal Anwar untuk mengalihkan perhatian daripada prestasi pelajarannya yang merudum.  Tak tahu nak buat apa untuk tingkat prestasi, reka cerita dan demo.  Jadi tak siapa ada masa nak tengok pelajarannya yang merosot – tak hairan kenapa Anwar hanya dapat General Degree saja masa di universiti dulu.

Jadi penulis rasa ini taktik sama yang digunakan dalam isu kononnya ada pelajar universiti yang kebulur sehingga pecah usus.  Nampak lagi teruk bila ditokok tambah dengan cerita yang dibuat oleh orang yang tak pernah masuk Universiti, maka jadilah macam cerita itu benar dan kerajaan yang dimaki hamun.

Bila disiasat, cerita pelajar yang ada gastrik sejak tingkatan 1 rupanya, bukan pecah usus kerana kebuluran.  Dapat dosa kering sajalah siapa yang percaya dan sebarkan.  Logiknya belum kerajaan, mak bapak budak yang berkenaan pun tak akan biar anak mereka kebuluran sampai pecah usus.

Cakap pasal pecah usus ni, kalau usus kosong, macam mana pulak boleh pecah, kalau penuh tu lainlah – ni cakap orang tak pernah masuk sekolah perubatan lah ni, kalau bicara hal perubatan mungkin adalah penjelasan yang lebih baik.

Malangnya ada di kalangan pelajar universiti pun ikut termakan cerita tak masuk akal ini – bukan semua tapi ada.  Kelompok ini bodoh sangat ke tak tahu betapa banyak saluran boleh digunakan di Universiti bagi membantu pelajar miskin?  Zakat, HEP, Baitulmal, semua ini ada, pilih salah satu mana nak guna.  UIA contohnya memperuntukkan sehingga RM 2 juta untuk membantu pelajar dari keluarga susah.

Entah macam mana mereka masuk Universiti awam, menghabiskan duit rakyat sahaja menghantar puak-puak ini ke situ, tak sebut PTPTN lagi.  Tak hairan dengan kualiti pemikiran yang sebegini ditambah dengan pensyarah cenderung pembangkang, maka terhasil lah generasi berijazah tapi otak lemah.  Lepas tu sibuk kadar pengangguran di kalangan siswazah tinggi, siapa gila nak ambik orang macam ini kerja pun entahlah.






7 Komen to Kelaparan: Bukti Pelajar Universiti Makin Tidak Cerdik

  1. madey says:

    dulu anwar ibrahim dapat cgpa berapa untuk ijazah sarjana muda pengajian melayu dari universiti malaya? waktu sekolah menengah dulu bagaimana rupa keputusan peperiksaan anwar di maktab melayu kuala kangsar?? anwar ni kalau tak pandai bab akademik, macam mana boleh jadi menteri kewangan?? oh bajet surplus ek.. bangga lah tu culai-culai anwarinas.. nak jaja bajet surplus dalam sejarah malaysia hanya ketika anwar jadi menteri kewangan.. cerita ramai projek terbengkalai.. cerita hutang berlambak.. cerita habis harga rumah turun.. ini nak jadi bakal perdana menteri malaysia?? syok sendiri sungguh pakatan harapan.. bluek.. in your dream nak jadi kerajaan pusat selepas pru14. balik kampung tanam bunga, sayur, dan buah ada gak faedahnya.

  2. raplahjingaa says:

    hmmmm…7 artikel…tak sampai pun 20 komen, tu pun dari bebudak BR1M yang tak ada kerja menghabiskan dedak, apa dah jadi ni..

    adamyan hang tau tak dulu…1 artikel boleh menghasilkan beratus-ratus komen, la ni sejak semenjak hangpa pun diberi makan dedak…sunyi je MYKMU ni..hehehe

    rindu pulak aku nak dengar hiruk pikuk yang kat zoo tu….hehehehe, kirim salam aku kat skandal hang si kunta kinte…makin miss syoru la hangpa la ni…

  3. koko says:

    raplahjingaa..balaci dr m dan muhyidin..dah kenyang makan duit rakyat zaman mahafiraun dulu..skrg bile ade BRIM utk rakyat susah di hina2x pula..nampak tak sifat bongkak dan tamak haloba tu…itu pun balaci dr m dan mhyidin kata pemakan dedak.

    Duit depa kroni2x tak habis satu keturunan tau..awat hang nak ungkit duit brim seciput yg semmgnya hak rakyat…mahthir naik private jet pun ambik duit minyak petronas…duit yg sepatutnya digunakan utk menambah baik taraf hidup rakyat.

    mamak tu tak mati kebulur pun sebab dah byk songlap duit rakyat dgn kroni2x dia..muhyidin pun sama..hang nak kata dedak BRIM tu…amboi sombongnya meninggi diri sangat..dahlah tamak..menghina pulak..samalah mcm bos korang.

  4. anak selangor says:

    hanya pemakan dedak macam penulis artikel ni ja yang bijak…….

  5. rakyat smart says:

    Rahlahgay itu saja komen busuk dia. Sokong Anwar lah terus. Haha

  6. system baru says:

    Korang faham je budak Mckk ITU siapa penah masuk semua tahu perangai anwar kaki jambu

  7. rockers says:

    pelajar x cerdik tu biasa. tp klu menteri x cerdik cap ayam tu pelik sikit.

Leave a Reply

Threesome