Menu Utama

Kebebasan Bersuara Ala PKR: “You cakap, i gantung” ?

PKR sepang bergolakIni bukanlah kali pertama, kita mendengar PKR menggantung ahlinya yang mengkritik kepimpinan parti. Selaku jaguh kononnya memperjuangkan hak bersuara, ingin juga kita tahu, bagaimana PKR melayan kebebasan bersuara oleh ahli mereka sendiri.

Hakikatnya PKR juga tidak mempamerkan keikhlasan dalam memperjuangkan hak bersuara apabila Pengerusi Tetap PKR Cabang Sepang, Arffain Mohamed mendakwa dirinya bakal digantung gara-gara kelantangannya menegur pimpinan parti pada Kongres PKR pada November yang lalu.

Menurut Arffain, beliau menegur parti itu menggunakan saluran yang betul dengan beberapa kali menghantar surat kepada Setiausaha Agung, Rafizi Ramli berkaitan kehadiran perwakilan dari Cabang PKR yang digantung sekaligus menyifatkan kongres tersebut adalah tidak sah.

Sekali imbas, ia cukup berbeza dengan apa yang berlaku ke atas Perdana Menteri Najib Razak, yang juga merupakan Presiden UMNO. Kritikan demi kritikan, samada dari akar umbi mahupun pimpinan parti, tetap diterima malah bersikap terbuka untuk bertentang mata menjawab persoalan yang bangkitkan tanpa mengenakan tindakan tatatertib ke atas ahlinya.

Mungkin ada cuba membandingkannya dengan pemecatan seorang ahli Wanita UMNO di Langkawi. Ada pun pemecatan ke atas Ainina Saadudin, ia berlandaskan Peraturan 20.7 di dalam Perlembagaan UMNO di mana ia menyatakan bahawa:

“Seseorang ahli yang membawa apa-apa jua perkara parti atau hak keahliannya ke mahkamah sebelum mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan parti maka keahliannya di dalam parti gugur dengan sendirinya.”

Di dalam PKR, Arffain yang telah mengikut saluran yang betul dalam menegur adalah satu kesalahan sehingga membawa kepada penggantungan keahlian.

Di mana kebebasan bersuara di dalam PKR?

Apa yang ahli UMNO perlu faham ialah, permainan PKR dalam menjadi jaguh kebebasan suara, sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada ahli UMNO itu sendiri.

Dengan alasan kebebasan bersuara, ahli UMNO terus mengkritik kepimpinan sendiri tanpa menghirau fakta atau auta gara-gara terkesan dengan apa yang diperjuangkan oleh PKR. Sedangkan, kebebasan bersuara di dalam PKR sudah lama mati.

Ahli UMNO terus-terusan berbalah secara terbuka, sementara PKR sedang membina kekuatan parti.






Satu Komen to Kebebasan Bersuara Ala PKR: “You cakap, i gantung” ?

  1. itsme says:

    Biasalah mana ada pencuri mengaku dia mencuri?? Hehe

Leave a Reply

Threesome