Menu Utama

Kawalan keselamatan di KL, Putrajaya dan Labuan dipertingkatkan

Kementerian Wilayah Persekutuan bekerjasama dengan pasukan keselamatan dalam meningkatkan aspek keselamatan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan berikutan ancaman dan serangan kumpulan pengganas yang berlaku sejak akhir-akhir ini termasuk di Jakarta pada Khamis lalu.

Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, antara lokasi tumpuan adalah di sekitar ibu negara seperti pusat beli-belah, kawasan tarikan pelancong dan lokasi penganjuran acara keramaian.

Beliau berkata, pihaknya juga akan mendapatkan bantuan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekiranya perlu bagi memastikan keselamatan awam terjamin.

“Saya telah mengarahkan agensi penguatkuasaan kementerian untuk bersiap siaga dan mengawal kawasan tumpuan orang ramai dengan lebih ketat. Penguatkuasaan ini juga melibatkan pertambahan pegawai penguat kuasa.

“Saya nasihatkan orang ramai jika terdapat individu dan perkara yang mencurigakan, laporkan kepada pihak keselamatan segera,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Kempen Kibar Bendera sempena Hari Wilayah Persekutuan 2016 di sini hari ini.

UTUSAN






Satu Komen to Kawalan keselamatan di KL, Putrajaya dan Labuan dipertingkatkan

  1. Memang Terok says:

    Rakyat kita sudah melangkah setapak lagi kearah advancement mengikut jejak sedara kita diluar sana. Pengebom bunuh diri atau pengembom berani mati sudah wujud didalam masyarakat kita kini .

    Berdepan dengan penjenayah yang bersedia ditangkap disumbat dalam penjara adalah sukar dan bertambah sukar berdepan dengan yang langsong tak takut mati. Sedangkan kita dalam menjalani kehidupan seharian melaksanakan tugasan dan tempoh apa jua cabaran, yang mahu kita cuba elak ialah mendapat kecederaan. TEntunya yang paling akhir mengelak dari terkorban nyawa. Kita tidak berani konfront perompak/peragut kerana takut tercedera, tidak berani betembong musuh takut terbunuh. Kerana mereka tentunya bersenjata sedangkan kita tidak.

    Sekarang ada golongan yang dilatih untuk tidak takut pada semua itu. Justeru, apa cara nak lawan mereka sedangkan mereka sudah bersedia untuk kemungkinan tewas, cedera, ditangkap atau kematian.

    Sebagai orang awam kita tidak berupaya . Hanya bertawakkal dan berserah dan anggota keselamatan perlu memikul tugasan ini.

Leave a Reply