Menu Utama

Kad diskaun siswa baharu dilancar Mac ini

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan melancarkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) yang baharu pada Mac ini.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, kad siswa baharu itu adalah hasil proses tambah baik yang dilaksanakan menerusi perbincangan Jawatankuasa Kecil Menangani Kos Sara Hidup yang dianggotai oleh kementerian dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan pengguna.

Menurutnya, usaha menaik taraf kad tersebut juga selaras dengan hasrat kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memberi penjimatan dan menangani kos sara hidup rakyat.

“Kad siswa yang baharu ini dikeluarkan dalam dua versi iaitu kad siswa diskaun (seperti sedia ada) dan kad siswa debit.

Kad debit itu bertujuan memudahkan proses pembelian dan pemberian diskaun.

“Selain itu, bilangan rakan dagang bagi kad siswa itu yang kini hanya melibatkan sejumlah 402 syarikat akan turut diperluaskan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pelbagai NGO dan persatuan peniaga di kementeriannya di sini hari ini.

UTUSAN






2 Komen to Kad diskaun siswa baharu dilancar Mac ini

  1. rockers says:

    cadangan x masuk akal. kad dikaun tu blh guna kt warong ke…

  2. rockers says:

    mcm nilah bila dpt menteri poyo..

Leave a Reply

Threesome