Menu Utama

Jika Tidak Takut Pada Pihak Berkuasa, Takutlah Pada Allah Dan Balasan DariNya…

fitnah

Di akhir zaman ini, penulis tidak tahu apa yang berlaku terhadap umat Islam khususnya di Malaysia yang begitu teruja dengan komunikasi menerusi medium media sosial sehingga seolah-olah tidak mempedulikan soal dosa atau pahala.

Bukan sekadar sanggup bersusah-payah mengubah suai gambar untuk memburuk-buruk, mempersenda dan memperlekeh pihak tertentu, malah ada yang tergamak mereka-reka cerita palsu yang kelihatan seolah-olah benar serta menjurus ke arah fitnah.

Tidak dapat dinafikan tentang desas-desus mengatakan semua tindakan jijik seperti itu dipelopori sebuah pasukan yang dipercayai bukan Islam dan menjadi upahan pihak tertentu yang sudah sekian lama mendominasi laman maya. Namun mengapa pula mereka yang Islam ikut sama berperangai sebegitu?

Lebih menjengkelkan penulis, tanpa usul periksa atau berfikir panjang tentang cerita palsu dan gambar grafik yang diubah suai itu, ramai pula yang seolah-olah seronok menyebarkan perkara-perkara yang tidak benar. Hasilnya, ramai yang ‘terpercaya’ gara-gara viral disebarkan orang ramai.

Maka mungkin kerana itulah ada yang mengatakan bahawa perkara tidak benar atau bohong sekalipun, namun jika diviralkan secara besar-besaran maka ia akan dianggap sebagai benar oleh masyarakat di Malaysia. Itulah budaya yang sedang menjangkiti masyarakat kita sekarang.

altantuya

Pada pandangan penulis, mungkin kerana itulah ada di kalangan mereka yang membuat keputusan sanggup tidak memiliki telefon pintar atau gajet, dan langsung tidak memiliki akaun media sosial. Bagi golongan ini, biarlah mereka dianggap ‘anti-establishment’ asalkan mereka tidak terjebak dengan budaya fitnah dan dosa percuma di akhir zaman.

Sekiranya diteliti, boleh dikatakan hampir setiap bulan akan ada kenyataan atau amaran yang dikeluarkan dari pihak berkuasa tentang masalah fitnah, tohmahan, gambar tidak benar, cerita palsu dan sebagainya di media-media sosial. Namun tiada yang serik?

skmm 1mdb

Pada pandangan penulis, sekiranya tidak takut pun pada tindakan dari pihak berkuasa di negara kita, sepatutnya sebagai seorang yang mengaku beragama Islam, tidak perlu lagi dijelaskan tentang dosa dan pahala bagi setiap tindakan yang dilakukan.

Apakah selaku hamba Allah yang percaya pada dosa dan pahala, pembalasan di hari kiamat, syurga dan neraka, maka kita tergamak melakukan sesuatu yang dilarang Islam dan dianggap sebagai salah satu dari tujuh dosa besar?

Apakah kerana kita tidak nampak dosa dan pahala itu, tidak saksikan syurga dan neraka itu di depan mata dan hari pembalasan itu belum tiba waktunya maka kita tergamak melakukan sesuatu yang dilarang di dalam Al-Quran dan hadis?

palsu

Justeru itu penulis bermohon kepada semua rakyat Malaysia, khususnya umat Islam supaya kita sama-sama merenung kembali diri masing-masing dan berubah menghindari budaya yang bukan saja mampu menghumban kita ke neraka, malah mampu merosakkan budaya masyarakat dan negara.

Penulis bukan malaikat dan penulis juga bukan maksum seperti Rasulullah SAW. Cuma penulis khuatir sekiranya budaya negatif ini dibiarkan terus menguasai masyarakat di Malaysia, tidak mustahil nanti negara kita bakal musnah seperti sesetengah negara di luar sana. Ayuhlah kita beristiqamah bersama-sama merubah diri ke arah yang lebih baik dari semalam…






13 Komen to Jika Tidak Takut Pada Pihak Berkuasa, Takutlah Pada Allah Dan Balasan DariNya…

  1. ayam says:

    Haa…tau pun..ingat moderator mykmu tak tau

  2. Pemerhati says:

    ‘ayam’ tahu tak?

    tuduh & fitnah PM penyamun tak takut kena balasan tuhan ke?

  3. ayam says:

    Takut la…sebab tu mula2 kita tanya…mana pegi duit tu..? Mana ada tuduh…fitnah…tapi pm senyap jer…lepas tu tarik UMNO kasi bergasak sesama sendiri. Skrg dah berpuak2…puak dedak vs puak yg bertanya. PM masih jugak buat bodo2 ayam…kasi duit sana-sini suruh sokong dia. Kau pulak tak takut ke bersekongkol walhal kan bagus kita sama2 menggesa siasatan diselesaikan secepat mungkin, telus dan semata2 demi kebenaran?

  4. bajak says:

    kalo takut lebih baik senyap dari wat cite seolah mcm tau sume citehal pm..

  5. ayam says:

    Senyap lagi bagus…? Betul jugak…apalagi..kasi tutup la ini blog…semua cerita aku dapat daripada sini ler…sama la yg mcm lain2 yg dok singgah bagi komen mcm la tau semua benda.

  6. bajak says:

    APE CITE YG KO DPT???

  7. Pemerhati says:

    ayam says:
    January 20th, 2016 at 4:00 PM

    “Takut la…sebab tu mula2 kita tanya…mana pegi duit tu..? Mana ada tuduh…fitnah…tapi pm senyap jer…lepas tu tarik UMNO kasi bergasak sesama sendiri. Skrg dah berpuak2…puak dedak vs puak yg bertanya. PM masih jugak buat bodo2 ayam…kasi duit sana-sini suruh sokong dia. Kau pulak tak takut ke bersekongkol walhal kan bagus kita sama2 menggesa siasatan diselesaikan secepat mungkin, telus dan semata2 demi kebenaran?”

    takut kunun, ptuihhhhhh!!!!

    takut balasan tuhan tapi terus buat fitnah kata Najib merasuah orang UMNO pula supaya sokong kesalahan(mengikut dakwaan/tuduhan/kepercayaan ‘ayam’) yang dia lakukan

    ko jangan ikut madey ayam oi…madey tu lain tak sama macam ko…apa sahaja fitnah yang madey buat terhadap Najib seperti kata Najib merasuah orang2 UMNO, madey tetap rasa konpiden dia dapat masuk syurga…’ayam’ konpiden juga ke?

    ‘ayam’ menipu tuhan kata takut tapi sebenarnya dia tak takut nak buat fitnah lagi, tak pernah aku tengok ‘ayam’ begitu sial seperti ini!

  8. ayam says:

    Cerita karut najib explain derma ni la…mula2 nafi…ok la tu..aku percaya la…lepas tu kata fitnah minta bukti…aku percaya jugak pasal pembangkang kuat fitnah sure takde bukti…lepas tercirit terbarai semua story kemewahan pm satu dunia najib kata derma pulak…aik..? Lepas tu mula la UMNO jadi tunggang langgang dgn apek jh low la…anak rosmah la..anak raja saudi la…sampaikan keluar news kat sana yg saudi tak senang hati kena heret isu kebas duit ni. Asal2 aku ingat mykmu ni neutral dan benar demi umno…hmmmmmm..hampas la. Kipas tak abis2…kasi semua org melayu bertelagah. Janji dapat duit boss…yes boss…anything boss. Lepas tu kuat mencarut maki hamun lak tu melayu2 dlm blog ni..aku pun belajar la mencarut sama.

  9. ayam says:

    melayu mykmu kuat mencarut

  10. Pemerhati says:

    orang tak takut tipu tuhan & suka buat fitnah memang patut pun kena maki, hahahaha

  11. ayam says:

    kronik betul la penangan najib ni kat kau…mana ada org boleh tipu Tuhan….fitnah kena la siasat kasi bersih nama dan cari kebenaran…apa2 pun takde dlm Islam suruh maki orang kecuali isle pas…

  12. Pemerhati says:

    menipu lagi si ‘ayam’ sial kata mana ada orang boleh tipu tuhan, hahahaha

  13. ayam says:

    hahahaha…gelak2..kepala kote betol la

Leave a Reply

Threesome