Menu Utama

Jawapan Datuk Ahmad bin Maslan mengenai “Harga barang boleh turun kerana GST”.

Jawapan Datuk Ahmad bin Maslan mengenai “Harga barang boleh turun kerana GST”.

1. Ada video 15 saat tentang kenyataan saya dalam temuramah sejam (3600 saat) secara langsung di TV1 tahun lepas, 2015, telah disebarkan tentang “harga barang boleh turun kerana GST”. 15 saat daripada 3600 saat hanyalah 0.4% dan 99.6% temuramah lagi tidak ditunjukkan.

2. Walau sudah bertukar ke MITI, tidak lagi terlibat tentang GST, namun soalan mengenai GST masih diajukan kepada saya. Mengapa saya berkata pada ketika itu harga barang boleh turun kerana GST? Sehingga 31 Mac 2015, SST, Sales & Services Tax, Cukai Jualan & Perkhidmatan, telah pun dilaksanakan sejak 1972 lagi. Kadar SST dahulu ialah 5% atau 6% atau 10% atau kadar tertentu bergantung kepada jenis produk dan perkhidmatan.

3. Contoh barangan SST 10% ialah produk bukan makanan seperti semua jenis pakaian lelaki, perempuan, bayi; semua perabot rumah dan pejabat, peralatan elektrik, pinggan mangkuk, alat membersih diri, periuk belanga, carpet, kayu, kereta, cat, zink, handphone; dan ratusan (ya ratusan) barang keperluan harian yang lain. Lihat maklumat GST di www.gst.customs.gov.my atau Twitter saya @ahmadmaslan.

4. Kastam mengenakan SST 10% kepada kilang & barangan import. Kemudian pengilang/pengeluar jual kepada pemborong, pemborong pula jual kepada pekedai yang jual akhirnya kepada pengguna, kita semua. 10% SST itu dianggap sebagai kos yang kemudian dipindah 3 tingkat (kilang ke pemborong ke pekedai ke pengguna). 10% itu menjadi 15-18% bila sampai kpd pengguna akhir. Situasi ini dipanggil sebagai cukai atas cukai.

5. Pada 1/4/15, GST, Goods & Services Tax, Cukai Barang & Perkhidmatan menggantikan SST 10% yang telah dimansuhkan pada 31/3/15. Kastam juga telah membuat pengumuman yang peniaga boleh membuat tuntutan terhadap SST 10% yang telah dikutip oleh Kastam tapi masih berbaki dlm stok lama mereka, tuntutan untuk suatu tempoh masa yang tertentu.

6. Maka barangan yang sebelum itu dikenakan 10% SST tentunya boleh diturunkan harga bila cukai baru GST adalah lebih rendah. Buang SST 10%, masuk GST 6% maka harga barang sepatutnya turun. Bukannya kekalkan 10% dicampur 6% maka harga naik seperti yang sudah berlaku, dibuat oleh sebahagian peniaga yang kurang beretika.

7. Beberapa pengeluar kereta telah mengumumkan yang harga kereta turun bermula 1/4/15. Terpampang dalam beberapa akhbar pada 1/4/15. Sebabnya ialah SST untuk kereta ialah 10%, sudah diganti dgn cukai yg lebih rendah, GST 6%. Maka harga kereta pun turun beberapa peratusan. Benarlah apa yang saya sebut GST boleh turunkan harga barang.

8. Ini juga adalah contoh peniaga yang beretika pada 1/4/15. Tapi adakah ratusan barang yang lain selain kereta yang SSTnya 10% itu turun harga? Buah-buahan import sebelum GST ada SST 5%, bila GST 0% cukai. Adakah pada 1/4/15 harganya turun? Jika tidak turun, mengapa saya yang dijadikan mangsa dalam media sosial tapi dibiarkan pula peniaga yang tidak beretika itu? Tidak dinafi memang ada ramai peniaga yang tetap beretika dan ramai juga yang tidak mengambil kesempatan, tidak menahan lukah di pergentingan, tidak menangguk di air yang keruh.

9. Penguatkuasaan juga tentunya wajar ditingkatkan dalam isu harga barang yang meningkat. Rakyat juga boleh terus membuat laporan khasnya kepada KPDNKK & Kastam. Mereka yang bersalah wajar segera dihukum dan masukkan dalam pelbagai media untuk dijadikan pengajaran kepada peniaga yang lain. Pengguna juga boleh melaksanakan 3M, melapor, memilih atau memboikot.

10. Sebab yang ke 2 saya berkata demikian ialah dlm sistem GST, peniaga boleh membuat tuntutan balik 6% terhadap input perniagaan. Contohnya kilang perabot, ada 6% pada kayu, 6% pada bil letrik kilang, 6% pada besi perabot, semua boleh dituntut balik dari Kastam, disebut sebagai input tax credit, ITC. Maka GST bukanlah suatu kos kepada produk yang dihasilkan, tidak seperti SST yang merupakan kos sebab tidak boleh dituntut semula; yang kemudiannya kos itu dipindahkan kepada pengguna.

11. Tuntutan cukai input GST ini membolehkan Kastam dan LHDN mengetahui anggaran output peniaga tersebut yang memberi kesan positif boleh mengurangkan penipuan cukai perniagaan. Tuntutan itu juga mengurangkan kos niaga sekitar 6% yang sepatutnya boleh menurunkan harga barang.

12. Tetapi bila harga barang tidak turun walaupun peniaga sekarang ini sudah menerima bayaran cukai input dari Kastam, kenapa saya pula yang masih disalahkan oleh media sosial? Kenapa tidak ingatkan peniaga yang kurang beretika itu? Bila minyak naik, harga barang naik tapi bila minyak turun, kenapa harga barang tidak turun? Sekali lagi puncanya berbalik kepada etika peniaga. Dalam ilmu perniagaan yang diajar secara formal di menara gading, subjek etika perniagaan adalah antara topik yang selalunya mesti diambil.

13. YAB Lim Guan Eng dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini ada bertanya secara lisan kepada YB DS ahmad Husni Hanadzlah Menteri Kewangan ke 2, iaitu apakah yang Kerajaan boleh bantu kepada peniaga yang terkesan akibat GST. Saya ada dalam Dewan Rakyat pada ketika soalan itu diajukan.

14. Kelihatan apa yang berlaku kini pernah juga berlaku di sebahagian 170 negara ketika mula melaksanakan GST / VAT Value Added Tax. Peniaga pada mulanya menaikkan harga barang. Akibatnya pelanggan membalas dengan reaksi kurang membeli barangan yang tidak perlu atau menangguhkan pembelian. Oleh itu, ada sesetengah perniagaan agak merosot sedikit.

15. Kerajaan sebenarnya mungkin tidak perlu membantu peniaga yang berkaitan bila keadaan ini berlaku. Maka sebab ke 3 saya berkata harga barang boleh turun kerana GST ialah diharapkan agar peniaga sendiri akan ambil tindakan untuk turunkan harga barang. Bila harga barang turun, maka berdasarkan teori penawaran dan permintaan (supply and demand) pengguna akan kembali membeli barang keperluan. Diharap situasi ini boleh berlaku di negara kita kerana ada ramai juga di luar sana peniaga yang masih beretika tinggi.

16. GST di Malaysia agak berbeza daripada negara lain kerana barang makanan mentah, majoritinya tiada GST seperti beras, gula, garam, tepung, dhal, sagu, semua makanan laut basah & kering, semua sayur & ulam, semua buah-buahan segar import & tempatan, ayam, itik, telur, lembu, kambing, serbuk teh, kopi, minyak masak, gas memasak, air paip dll. Janganlah barang tanpa GST ini juga dinaikkan harganya, dan kononnya naik sebab GST.

17. Rumusan barang makanan mentah tiada GST ini ada dalam resepi nasi goreng yang saya masak serta dijadi bahan media sosial sedangkan saya ingin memberitahu perkara yang benar, dengan kaedah yang agak berbeza. Sebelum NGAM, Nasi Goreng Ahmad Maslan itu, minat untuk mengetahui tentang GST adalah agak kurang jika dibanding selepas ia menjadi viral.

18. Spin negatif media sosial seperti itu tidak akan melemahkan semangat saya. Dalam isu terkini #2kerja pula, kepada yang meneliti kandungan Twitter saya @ahmadmaslan dengan mudah akan faham bahawa pandangan saya ialah untuk #TambahPendapatan rakyat. Saya telah mencadangkan agar kerja sedia ada ditambah dengan berniaga atas talian kepada yang minat, boleh dibuat pada waktu malam atau hujung minggu dan ikut peraturan kepada yang kerja Kerajaan atau swasta.

19. Namun intipati cadangan yang spesifik itu telah dispin ke arah negatif (pendek kata dispin dari Kutub Utara hingga Kutub Selatan) walaupun saya berniat baik. Sekali lagi media sosial yang kurang gemar untuk spin ke arah yang positif, tidak akan melemahkan semangat saya untuk memberi pendapat tertentu demi kebaikan.

20. Akhirnya, ternyata kini GST menjadi penyelamat kepada ekonomi negara kerana hasil daripada sumber petroleum merosot lebih rm30billion dan kutipan GST pula dijangka sekitar rm39 billion pada tahun ini. Hasil GST tentunya boleh diguna untuk manfaat rakyat melalui pelbagai program kebajikan dan projek pembangunan.

Terima kasih kepada yang membaca dan memahami. Mohon maaf jika ada kesilapan. Salam perjuangan.

Ahmad bin Maslan
18 Januari 2016.






2 Komen to Jawapan Datuk Ahmad bin Maslan mengenai “Harga barang boleh turun kerana GST”.

  1. system baru says:

    Jawapan mudah je, peluar Dan pemborong tak mahu tuntu wang gst pada kerajaan Dan kebanyakan pemborong Dan pekilang mereka menipu itu masalah nya
    Bila cukai di rendahkan mereka cari alasan lain seperti sewa naik itu masalahnya.
    Kerajaan kena pantau kenaikan sewa kedai makin berlelewasa akhir ini. Betul ke ada setengah sewa kedai ada gst sedangkan pemilik hanya memiliki dua kedai sewa mahu kenakan gst itu. Kerajaan kena pantau sikap tamak pemilik sewa mahu kena gst sedangkan pendapatanya tak sampai 50ribu sebulan

  2. gst sayang says:

    “10. Sebab yang ke 2 saya berkata demikian ialah dlm sistem GST, peniaga boleh membuat tuntutan balik 6% terhadap input perniagaan. Contohnya kilang perabot, ada 6% pada kayu, 6% pada bil letrik kilang, 6% pada besi perabot, semua boleh dituntut balik dari Kastam, disebut sebagai input tax credit, ITC. Maka GST bukanlah suatu kos kepada produk yang dihasilkan, tidak seperti SST yang merupakan kos sebab tidak boleh dituntut semula; yang kemudiannya kos itu dipindahkan kepada pengguna.

    11. Tuntutan cukai input GST ini membolehkan Kastam dan LHDN mengetahui anggaran output peniaga tersebut yang memberi kesan positif boleh mengurangkan penipuan cukai perniagaan. Tuntutan itu juga mengurangkan kos niaga sekitar 6% yang sepatutnya boleh menurunkan harga barang.

    12. Tetapi bila harga barang tidak turun walaupun peniaga sekarang ini sudah menerima bayaran cukai input dari Kastam, kenapa saya pula yang masih disalahkan oleh media sosial? Kenapa tidak ingatkan peniaga yang kurang beretika itu? Bila minyak naik, harga barang naik tapi bila minyak turun, kenapa harga barang tidak turun? Sekali lagi puncanya berbalik kepada etika peniaga. Dalam ilmu perniagaan yang diajar secara formal di menara gading, subjek etika perniagaan adalah antara topik yang selalunya mesti diambil.”

    Semua sedia maklum memang ada peniaga beretika dan peniaga tidak beretika malah peniaga yang berpura-pura beretika.. etika ini subjektif.. hari ini peniaga itu beretika, esok lusa entah macam mana pulak.. boleh jadi peniaga tu beretika tapi double standard.. etika ikut suka hati.

    peniaga yang tidak beretika dan PASARAN GELAP tidak memohon cukai input daripada Kastam. merekalah yang paling menggelabah bila ada GST lalu memindahkan beban cukai input yang tidak dituntut daripada Kastam kepada pengguna seterusnya.. peniaga yang tidak berdaftar dengan syarikat SSM, perlu membayar cukai GST untuk bil elektrik, bil air, gas memasak, bahan-bahan mentah, bahan pembungkus, kelengkapan perniagaannya yang digunakan semasa operasi perniagaan.. tapi sebab mereka tak berdaftar dengan SSM, mereka tak dapatlah tuntut cukai input daripada Kastam.. Kastam pun tak tahu anggaran output peniaga dan peniaga tu pulak pindahkan kos kepada pengguna. buat masa ini, GST sedang dalam proses penyesuaian di kalangan masyarakat. kita harap duit GST tu digunakan ke jalan yang betul oleh kerajaan. jangan korup.

Leave a Reply

Threesome