Menu Utama

Jangan heret pihak istana – Polis Kedah

Polis negeri ini memberi ama­ran agar tiada pihak mengheret pihak istana dalam kemelut politik yang sedang melanda negeri ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Zamri Yahya berkata, perbuatan menyebarkan berita mengenai keengganan pihak istana berjumpa dengan mana-mana ahli politik Kedah wajar dihentikan.

“Elok dihentikan penyebaran segala berita yang melibatkan pihak istana kerana kemelut politik ini masih di peringkat penyelesaian.

“Kita akan pantau segala penyebaran maklumat palsu sebegini dan tidak mahu berita sebegini mengeruhkan keada­an,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai penyebaran maklumat palsu di aplikasi WhatsApp yang menyebut kononnya Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah serta Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah enggan menerima menghadap mana-mana ahli politik.

Tuanku juga dikatakan meminta Perdana Menteri untuk mengekalkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar sehingga Pilihan Raya Umum Ke-14.

Menurut Zamri, si­tuasi terkini di negeri ini juga stabil walaupun terdapat beberapa siri perhimpunan yang diadakan para penyokong Mukhriz di beberapa lokasi.

“Keadaan stabil dan terkawal dan penyokong juga dapat mengawal emosi masing-masing,” jelasnya.

Utusan






3 Komen to Jangan heret pihak istana – Polis Kedah

  1. Memang Terok says:

    Kalau istana diheret pun adalah atas pengaruh Madey. Madey tentunya tengah menyinga anaknya yang diharap boleh jadi PM diturunkan separuh jalan sebelum sempat bertanding naib president pun.

    W/bagaimana pun kita tak rasa sultan Kedah masih mengganggap madey relevan. Kerana Madey bukan sekadar mantan tapi Madey jugak mamak kutey kerala yang tak perlu dilayan.

  2. kri says:

    Memang Teruk, keturunan mamak bukan manusia yang cipta, tetapi keturunan mamak adalah daripada Allah, Allah yang cipta. Kalau tuan yang dihomati kalau nak komen komenlah tetapi jangan kaitkan dengan bangsa.

  3. itsme says:

    Betul tu KRI… kita ni serupa shj apa nak kira bangsa sgt, yg penting akidah kita. Satu akidah kita semua saudara sesama ISLAM.

    Byk andaian diluar sana.. dah acap kali POLIS bg amaran, tp ianya masih brulang sampai hr ni… kelemahan ini PDRM sendiri kena akui samada mrk tiada kuasa yg tertentu atau tiada dlm peruntukkan undang2.

    Seblum krajaan melaksanakan keterbukaan dlm penggunaan media sosial.. kjaan juga harus fikir consequences yg boleh berlaku dan jika ianya tiada dlm peruntukkan utk ditangani maka kesalahan tdk boleh diletak kpd satu pihak, kjaan juga salah!!

Leave a Reply

Threesome