Menu Utama

Isu Derma: Tuan Ibrahim Perlu Selesaikan Tabung Memali dan Kohilal Dahulu

tuan ibrahim dermaDiduga, dan dijangka, Tuan Ibrahim meneruskan konsistensinya dalam menyerang UMNO, dan kali ini, seperti yang disiarkan di sebuah portal, beliau mempersoalkan bagaimana Najib membelanjakan RM570 juta hasil sumbangan dari keluarga DiRaja Arab Saudi.

Mungkin Tuan Ibrahim tidak tahu, atau mungkin tidak sempat membaca bahawa wang yang disumbangkan itu adalah untuk kempen pilihanraya parti pimpinan Perdana Menteri Najib Razak. Itu belum diambil kira kemungkinan beberapa perkara yang hanya diketahui oleh si penderma, dan si penerima. Siapa Tuan Ibrahim untuk mengetahui intipati perbincangan tentang sumbangan yang diberikan itu?

Apakah duit sumbangan itu duit rakyat? Tentunya tidak, kerana ianya usaha seorang presiden parti untuk mencari dana bagi membiayai kos pengurusan parti, dan juga hal-ehwal politik kepartian. Jika duit itu milik rakyat, maka tidak salah untuk Tuan Ibrahim Tuan Man bersuara. Malangnya, ia diamanahkan kepada Presiden UMNO, untuk tujuan kempen pilihanraya parti UMNO dan mungkin Barisan Nasional.

Portal BBC melaporkan, derma tersebut diluluskan oleh Almarhum Raja Abdullah dan negara-negara seperti Jordan, Sudan, Mesir dan Maghribi juga dilaporkan menerima sumbangan dana dari keluarga DiRaja Arab Saudi. Apa yang dengki sangat tentang derma yang diperolehi oleh Najib Razak?

Adalah lebih baik, Tuan Ibrahim menumpukan usaha dan fokus kepada kutipan Tabung Memali yang tidak diketahui jumlahnya. Bahkan, ke mana wang itu disalurkan, perlu juga disiasat kerana penulis juga salah seorang penyumbangnya. Wang hasil derma rakyat, maka kembalikanlah hitam putih dokumentasi kepada rakyat, yang ingin tahu. Jika tidak tahu di mana harus beliau bermula, maka carilah insan bernama Cikgu Non, atau dikenali juga sebagai C.N. Afghani.

Selesai isu Tabung Memali, Tuan Ibrahim boleh pula melihat ke mana hilangnya deposit Kohilal, yang dalam bahasa Jawa dibilang juga sebagai “Kok Halal?”.  Penulis pasti, ramai juga ahli PAS yang mahu tahu misteri kehilangan yang telah lama menyelubungi mereka.

Selesai Kohilal, Tuan Ibrahim boleh mula mengadakan audit ke atas kutipan-kutipan derma yang dijalankan sepanjang siri ceramah PAS.

Bukankah sifatnya sama, iaitu derma. Jika Tuan Ibrahim Tuan Man berjaya menyelesaikan masalah-masalah pentadbiran partinya sendiri, maka barulah beliau punya kredibiliti untuk mempersoalkan derma yang parti lawan terima.

Bertaraf Timbalan Presiden PAS, tentunya kita harapkan beliau seharusnya lebih kritis dalam mengutarakan sebarang isu. Jauh bezanya jika hendak dibandingkan dengan Ustaz Nasharuddin pada suatu waktu dahulu.

Bikin malu.






6 Komen to Isu Derma: Tuan Ibrahim Perlu Selesaikan Tabung Memali dan Kohilal Dahulu

  1. sman says:

    Nak kata putih bersih tu tidak lah ,tapi hakikatnya PM Najib bercakap benar mengenai derma dari Arab dan kemudiannya mengembalikan baki melebihi 2 billion yg tidak di gunakan adalah sesuatu yg saya hargai.Begitu juga bila PM Najib memilih utk menerima derma dari Arab dan tidak menagih sumbangan dari ahli koporat bernafsu naga dalam negara adalah sesuatu yg lebih baik.Sementara Syarikat Perniagaan milik Umno pula sudah di lesapkan oleh Pak Mantan & Geng dan lesaplah juga sumber kewangan Umno.Rasanya kalau kita Melayu,usaha PM Najib dalam soal ini perlu di hurmati,lain lah kalau kita berjiwa DAP.

  2. azmi says:

    BERITA TERKINI!!

    Alor Setar :Menteri Besar Kedah yang baru Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah akan mengangkat sumpah di Istana Anak Bukit pada petang ini.

    Beliau akan menggantikan Mukhriz kerana beliau adalah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, menurut laporan daripada MYKMU sebentar tadi.

    Memetik sumber akhbar milik SMAN mengenai perkara itu, Ahmad adalah calon terbaik dan berkaliber untuk menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar.

    Mukhriz sebelum ini menghadapi penentangan terbuka oleh sesetengah pemimpin Umno Kedah, termasuk wakil-wakil rakyat di peringkat negeri dan persekutuan daripada parti Melayu yang memerintah.

    Ahmad mengetuai sidang akhbar pada hari Rabu lalu menggesa penyingkiran Mukhriz dengan mendakwa hilang keyakinan terhadap kepimpinan beliau kerana gagal untuk menyatukan parti dan jentera di Kedah dan kekurangan strategi untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

    Sumber MYKMU juga berkata penggantian Mukhriz telah dibincangkan dalam mesyuarat tertutup antara pemimpin Umno Kedah dan presiden parti Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur sebelum ini.

    HE HE HE…

  3. azam says:

    brahim ternganga tak dapat derma dari arab sebab tu meroyan tak tentu hala..sudah2lah tu brahim ungkit2 cerita derma..buat kerja kau tu jangan mengacau hal urusan orang lain…

  4. […] Rujukan:- http://www.mykmu.net/2016/01/isu-derma-tuan-ibrahim-perlu-selesaikan-tabung-memali-dan-kohilal-dahul… […]

  5. […] Sumber:http://www.mykmu.net/2016/01/isu-derma-tuan-ibrahim-perlu-selesaikan-tabung-memali-dan-kohilal-dahul… […]

  6. Aan says:

    Pas memang camtu. Kuman di seberang laut nampak gajah depan mata x nampak

Leave a Reply