Menu Utama

Insaflah, Semua Cerita Buruk Pasal Najib Selepas Ini Adalah Palsu

menate

PENYOKONG Pakatan Pembangkang yang diketuai DAP sekarang, tidak ada modal sebenarnya untuk memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri.  Ya, mereka boleh cerita semua tentang ‘kesusahan’ yang di dakwa berlaku di negara ini, tapi realitinya orang susah tidak mengadu akan kesusahan hidupnya dalam media sosial.

Nak mengadu dalam media sosial ni kena ada smatphone, kena ada data Internet dan sebagainya, kayalah tu. Orang kalau hidupnya susah, dia utamakan perut dia dulu dari semua itu.

Lagipun susah macam mana? Inflasi rendah, kadar pengangguran rendah, ekonomi berkembang, jalan sentiasa sesak, shopping mall penuh, pawagam penuh dan sebagainya.  Malah penulis difahamkan majoriti demonstran anti TPPA Sabtu lepas, datang ke KL dari serata Malaysia, guna pelbagai jenis pengangkutan awam, termasuk bas sewa khas yang mahal harganya – ada duitlah tu.

Paling tidak, guna perkhidmatan pengangkutan awam seperti Komuter yang pernah dikatakan kadar tambangnya lebih mahal dari yang di Jepun!!

Jadi, ada tidak ada, puak-puak ini kembali alih sasaran kepada peribadi Perdana Menteri. Pelbagai dakwaan dilempar, terbaru kononnya makan malam Perdana Menteri cecah harga RM 20.000.  Tapi sebab Allah swt sentiasa bersama Perdana Menteri, maka fitnah itu tak bertahan lama, kejap saja dipatahkan.

Semua ini bagaimanapun menginsafkan penulis bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak adalah seorang yang baik sebab itu penyokong Pakatan Pembangkang yang diketuai DAP, terpaksa fitnah beliau dengan cerita-cerita yang tidak ada.

Ia juga menginsafkan penulis bahawa penyokong Pakatan Pembangkang yang diketuai DAP, terutama yang Melayu sekarang, lebih jauh dari agama.  Ada sahabat penulis kata, di zaman fitnah dihujung jari ini, nak selamatkan diri sendiri dari api neraka pun tak tahu boleh ke tidak, nak selamatkan negara macam mana?

Apa pun yang penting selepas ini, rakyat kena tanam dalam hati, bahawa Najib adalah seorang yang baik.  Semua cerita buruk pasal beliau selepas ini, adalah palsu dan sengaja diada-adakan untuk tujuan politik.  Ia tidak akan berhenti kerana yang dicadang Pakatan Pembangkang untuk menggantikan Najib sebagai Perdana Menteri adalah seorang peliwat.

Justeru, apa pun usaha jahat akan terus dibuat untuk mengalih perhatian rakyat dari hakikat tersebut.






9 Komen to Insaflah, Semua Cerita Buruk Pasal Najib Selepas Ini Adalah Palsu

  1. system baru says:

    Ini mesti kerja abuya,ayam,azmi Dan rakan seangkatan dengan nya itu kerja dap gay itu

  2. GoProBro says:

    Mastermind untuk memenangi public perception ni adalah dari grup yg kecil. Tapi mereka sgt smart dan licik. Mangsanya bukan shj DSN, govt atau parti2 politik, tetapi juga org ramai yg sangat mudah diperdayakan. Perserta anti-TPPA tu tak pernah sentuh apa lagi nak baca documents TPPA tu. Janji dapat naik bas, tshirt free, air kotak dll. Cukuppp.

  3. Anak_Nogori says:

    Nak ambil alih negara dgn memfitnah..buat buat lah bertaubat.

  4. Pemerhati says:

    pada suatu hari anak murid kepada Imam As Syafie bertanya kepadanya:

    Murid : Wahai Imam, nanti diakhir zaman kelak akan lahir ramai pemimpin yang zalim jadi bagaimana kami ingin tahu akan pemimpin yang berjuang pada landasan Islam yang betul?

    Imam As Syafie : Kalau kamu ingin mengetahuinya, kamu carilah pemimpin yang banyak panah-panah fitnah menuju kepadanya maka kamu ikutlah pemimpin yang difitnah banyak itu kerana sesungguhnya dia sedang berjuang di jalan yang benar

    ——————————————————————————–

  5. kakak says:

    Kadang-kadang saya dapat membayangkan, sebagai manusia PM duduk menangis sedih akan nasibnya sentiasa difitnah dan dilontar kata nista. Apa tidaknya, manusia mana yang boleh tahan menjadi sasaran cerita rekaan, ada yang karut-marut, ada yang tidak logik dan ada yang diperbodohkan sampai dituduh pembunuh.

    Tetapi kita lihat PM masih kelihatan “cool”, “gentleman”, bersahaja dan sabar walaupun kadangkala ada juga menunjukkan kerisauan. Hanya Allah yang mengetahui segalanya betapa besar dugaan dalam hidupnya. Allah telah menjadikannya begitu penyabar dan tenang, tidak melatah tidak tentu hala.

    Walau apapun kemelut yang datang melanda, semoga Allah terus melindunginya dan memberi petunjuk dalam melayari pentadbiran agar berjaya dan makmur untuk semua.

    Aamiin.

  6. system baru says:

    Bagi aku untuk jadi pemimpin Akhir zaman kena menbiasakan dirinya dengan fitnah dilemparkan pada dia jika diri terkena fitnah dia telah biasa nya dengan Dan bersikap tenang apabila dia terkena fitnah. Aku tak nampak pemimpin lain ada kebolehan macam najib sebab dia biasa menghadapi fitnah dari mula2 dia jadi menteri dari mula2 dia menteri sampai dia jadi pm dia dah biasa hadapi fitnah Dan kontovasi dia hadapi . Sebab ada orang cakap dengan bukan mudah jatuhkan najib itu dengan fitnah dari macai dap.
    Aku sokong seorang pemimpin itu aku tengok macam mana dia mehadapi fitnah Dan kontovasi dia hadapi jika dia berjaya hadapi nya baru aku cakap dia berjaya.

    Anwar tak ada kebolehan menghadapi kontovasi Dan fitnah dia tak layak jadi pm terlalu banyak kelemahan anwar itu. Pendapat aku ini anwar hanya bijak reka cerita Dan mahir bekampin parti Dan kumpunkan Dana untuk parti, anwar tak layak pm ia hanya layak untuk menbantu kerja2 kempin parti. Itu aku lihat hanya kebolehan anwar

    Mahnyuddin sama macam anwar dia ada boleh kempin Dan menbantu kerja2 parti tak dia tak mahir perurusan negara lagi pun dia orang pakturut susuh sikit untuk dia berjaya mahuyddin tak mahir menghadapi fitnah sebab aku dia tak layak jadi pm

  7. Pemerhati says:

    kakak says:
    January 25th, 2016 at 11:56 PM

    “Kadang-kadang saya dapat membayangkan, sebagai manusia PM duduk menangis sedih akan nasibnya sentiasa difitnah dan dilontar kata nista. Apa tidaknya, manusia mana yang boleh tahan menjadi sasaran cerita rekaan, ada yang karut-marut, ada yang tidak logik dan ada yang diperbodohkan sampai dituduh pembunuh.

    Tetapi kita lihat PM masih kelihatan “cool”, “gentleman”, bersahaja dan sabar walaupun kadangkala ada juga menunjukkan kerisauan. Hanya Allah yang mengetahui segalanya betapa besar dugaan dalam hidupnya. Allah telah menjadikannya begitu penyabar dan tenang, tidak melatah tidak tentu hala.

    Walau apapun kemelut yang datang melanda, semoga Allah terus melindunginya dan memberi petunjuk dalam melayari pentadbiran agar berjaya dan makmur untuk semua.

    Aamiin.”

    Amin….

    bertuah kalau aku jadi Najib dapat pahala bertimpa-timpa termasuk pahala orang yang kononnya tak pernah tinggal solat, puasa cukup sebulan & sebagainya tapi menyebarkan fitnah2 yang telah direkayasa terhadap Najib & isterinya

    antara fitnah itu ialah altantuya mengandungkan anak Najib, kiranya Najib terbuat anak haram jadinya altantuya terpaksa dibunuh sebab takut dia buka rahsia…Sirul telah membuat pengakuan kata fitnah itu tidak benar tapi percaya atau tidak akan ada orang kata Sirul telah disuap dengan duit supaya kata begitu?…jangan terkejut orang berjubah, berkopiah atau berserban seperti tuan ibrahim(contoh sahaja) pun boleh kata begitu

    hehehehehe

  8. arul belanda says:

    Perhatian….!!!

    kepada semua MELAYU yg suka sangat viral kan berita berita sensasi yg selalunya ber unsur fitnah di media sosial…bersedia lah untuk DIBAKAR dlm neraka….

  9. anakbochek says:

    Suatu ketika Tunku keras mengkritik Mahathir tetapi dia tak layan pun kritikan Tun. Dan TPM juga pernah kena pecat di zaman Tun M.

    Sekarang ni Tun M keras mengkritik Najib dan Najib juga pernah memecat TPM beliau.

    Deja Vu…

Leave a Reply

Threesome