Menu Utama

Hanya tiga Exco hadiri 
mesyuarat mingguan

Hanya tiga daripada sembilan Exco hadir dalam mesyuarat mingguan yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Difahamkan mesyuarat mingguan yang berlangsung setiap Rabu itu dihadiri ‘orang kuat’ Mukhriz iaitu Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan dan Kesenian Kebudayaan, Pembangunan Insan, Datuk Aminuddin Omar.

Aminuddin dilihat memasuki pekarangan Wisma Darul Aman kira-kira 10.10 pagi dan sempat melambai tangan kepada wartawan di luar pagar bangunan tersebut setelah petugas media dilarang memasuki Wisma Darul Aman seperti kebiasaan sebelum ini.

Yang turut hadir dalam mesyuarat itu, ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan, Kebajikan Masyarakat, Datuk Suraya Yaacob serta Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi dan Sumber Tenaga Manusia, Datuk Norsabrina Mohd. Noor.

Suraya dan Sabrina dikatakan memasuki Wisma Darul Aman tanpa menggunakan kenderaan rasmi masing-masing bagi mengelak daripada menjadi tumpuan media.

Menurut sumber, selain Mukhriz, Aminuddin, Sabrina dan Suraya, mesyuarat itu turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din dan Setia­usaha Kewangan Ne­geri, Datuk Sepiah Isa.

“Mesyuarat yang berlangsung hari ini bagaimanapun berjalan tanpa meluluskan sebarang usul.

“Ini kerana kuota kehadiran ahli-ahli Exco tidak mencukupi yang mana memerlukan keha­diran sekurang-kurang­nya empat Exco untuk berbuat demikian,” kata sumber berkenaan.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Perumahan, Datuk Tajul Urus Mat Zain ketika ditanya tentang ketidakhadirannya menjelaskan bahawa beliau kini berada di Putrajaya bagi menghadiri satu mesyuarat.

Exco lain se­perti Pengerusi Jawatan­kua­sa Penerangan, Pem­bangunan Luar 
Bandar dan Pembasmian Kemiskinan, Datuk Mohd. Tajuddin Abdullah dikatakan berada di hospital dan tidak dapat menghadiri mesyuarat hari ini.

Utusan






6 Komen to Hanya tiga Exco hadiri 
mesyuarat mingguan

  1. itsme says:

    Baik mrk semua tak yah keje.. berenti jd exco.. exco dan yb bertugas utk rakyat dan jika isu semasa menyebbkan mrk tdk hadir maka mrk semua harus dipecat krn mendahulukan sentimen benci MB Mukriz melebihi kepentingan rakyat.

    DiMsia aku tgk.. semua parti seakan “berniaga” menggunakan parti masing2.. masing2 seakan mncari jln mudah dgn mnjadi YB dan exco utk kepentingan poket sendiri. Kita kalau tanya setiap seorg dr mrk, apakah yg mrk telah buat sepeanjang mnjadi wakil rakyat, 90% jawapan yg kuar adalah ayat2 penipu.. cubalah try.

    Ya.. tunggu nnti bila sampai “sana”… itu pasti datang.

  2. jebon says:

    Aku bersyukur, Allah tarik keluar Mukhriz drpd barisan ular Anacoda Najib.

    Memang besar hikmahNya.
    Mukhriz tak perlu lagi bersengkongkol dgn penipu dan kaki kencing rakyat.

  3. Anak_Nogori says:

    Kalau saya mukris..saya malu..krn saya jenis malu…semua tanda2, dari 14 ketua bahagian umno kedah, 300 rakyat saja yg hadir utk menyokong beliau dan tidak penuhnya kehadiran exconya..menunjukkan bahawa beliau tidak lagi diperlukan utk mengekalkan jawatan mb kedah.

    Berundur lah cara terhormat.

  4. azmi says:

    Mukhris confirm akan disingkirkan oleh Najib dari kerusi MB Kedah..tetapi cara menjatuhkannya melalui tandatangan Akuan Bersumpah(SD)adalah tidak bermoral sama sekali..menggunakan ugutan supaya mendatangani SD tersebut..kepada 3 exco yang masih sokong mukhris tak tau la apa akan jadi..

  5. Gengrembau says:

    Sian dier.. Apalagi bubar la dewan rakyat kedah.. Ader berani mukriz??? Atau ade berani dedak dedak semua?

  6. daud says:

    Nampak gaya macam tk berjaya lah mat basah ni…
    Bual malu kat orang kampung bakar bata jer…

Leave a Reply