Menu Utama

Hanya Mereka Yang UMNO Kedah Sahaja Yang Faham?

Bagi mereka diluar, yang tidak tahu tentang budaya politik di Kedah, mereka boleh kata apa saja yang mereka suka. Bagi mereka yang tidak pernah merasai pengalaman berpuluh tahun berada di dalam politik UMNO di Kedah, mereka juga oleh kata apa saja yang mereka mahu.

Walaupun pemimpin itu berasal dari Kedah sekalipun, penulis menegaskan bahawa majoriti mereka sendiri pun tidak mampu memahami keunikan budaya politik di negeri itu jika mereka tinggal bermastautin di luar Kedah, di ibu negara khususnya. Apatah lagi pemimpin itu orang Johor atau Selangor, lagilah mereka tidak faham, bukan?

Sejarah politik Kedah sendiri membuktikan meskipun kuasa Presiden UMNO mampu memaksa semua Adun UMNO dan BN menerima seorang Menteri Besar yang beliau pilih, ia tidak semestinya akan menyebabkan politik UMNO Kedah ‘aman makmur’ menerima dengan berlapang dada.

Sila rujuk kes Tan Sri Osman Arof dan Tan Sri Sanusi Junid berkenaan hal tersebut. Apa hasilnya? Hasilnya ialah walaupun Sanusi masih mampu menangkan BN di Kedah, namun kemenangan itu adalah tipis dan ramai Adun BN yang menang ‘sipi-sipi’ sahaja.

Kenapa jadi begitu? Terus terang penulis katakan, seorang yang berpuluh tahun pengalaman berkecimpung dalam politik UMNO Kedah menjelaskan bahawa sekiranya akar umbi dan Ketua Bahagian tidak suka, maka tunggulah akibatnya.

Hanya memberikan contoh, pejuang UMNO itu mengisahkan tentang satu Bahagian UMNO yang hampir tewas akibat calon pilihan MB ketika itu tidak mendapat restu dari Ketua Bahagian dan akar umbi di kawasan terbabit.

Lebih dari separuh tidak keluar mengundi katanya. Ada yang sengaja buat rombongan ketika PRU, ada yang tidak keluar rumah. Ada yang keluar dari Kedah dan ada yang datang meninjau, tapi tidak masuk mengundi di pusat mengundi. Itu berlaku.

Berbalik kepada apa yang berlaku di Kedah, khabarnya masalah kepimpinan Mukhriz itu dikatakan sudah lama dipendam oleh Ketua-Ketua Bahagian UMNO. Khabarnya, mereka telah memberi peluang pada Mukhriz untuk tahun pertama. Mereka juga masih bersabar pada tahun kedua.

Namun, apabila selesai tahun ketiga tapi Mukhriz masih lagi ditakuk lama, maka mereka terpaksa bertindak demi kepentingan UMNO Kedah. Katanya, kerana itulah ‘orang-orang lama’ UMNO Kedah menegaskan bahawa tindakan Ketua-Ketua Bahagian itu adalah untuk ‘pengukuhan parti’.

Bila ditanya tentang apa sebenarnya yang mencetus ketidakpuasan hati Ketua-Ketua Bahagian itu, maka beliau senaraikan satu persatu secara rasional tanpa menyebelahi sesiapa. Itu membuatkan penulis lebih hormat pada pandangan ‘orang lama’ itu.

Walau bagaimanapun, beliau tidak mahu dan tidak membenarkan penulis mendedahkan perkara-perkara tersebut kerana ia merupakan ‘pekung di dada’ UMNO Kedah, khususnya menghormati kedudukan Mukhriz yang masih lagi sah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri.

Tetapi, apa yang jelas adalah beliau tidak bersetuju untuk Mukhriz menyerahkan kedudukannya bagi kedua jawatan tersebut kepada rakyat Kedah. Beliau tegaskan bahawa Mukhriz buknnya dilantik rakyat untuk menjadi Menteri Besar atau Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah.

Jelasnya, Mukhriz hanya dipilih rakyat Dun Air Hitam di Kedah untuk menjadi wakil rakyat mereka pada PRU ke-13. Itupun kerana beliau bertanding di atas tiket BN. Jika Mukhriz bertanding atas tiket Parti Amanah Negara, belum tentu lagi rakyat Air Hitam pilih beliau.

Yang memilih Mukhriz untuk menjadi Menteri Besar Kedah adalah Presiden BN yang mengumumkan namanya sehari sebelum PRU ke-13 yang lalu. Yang melantik Mukhriz sebagai MB Kedah ialah Sultan Kedah selepas namanya dicadangkan oleh Presiden BN yang dikutuk puak-puak Mukhriz.

Katanya, jika Presiden BN itu tidak cadangkan nama Mukhriz, jangan mimpilah untuk jadi MB Kedah. Kerana itulah ‘orang lama’ itu mendakwa Mukhriz kelihatan sedikit bongkak dan seperti cuba menipu rakyat untuk meraih simpati dari mereka.

Tentang cadangan dan gesaan dari Ketua-Ketua UMNO Bahagian itu beliau menjelaskan bahawa ia tidak salah dari sudut Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan UMNO mahupun undang-undang negara. Jadi apa masalahnya jika menyatakan hilang kepercayaan pada Mukhriz?

Lagipun katanya, selesai saja sidang akhbar itu, jawatan Mukhriz itu langsung tidak terjejas sedikit pun, bukan? Jadi, mengapa yang para pengiring-pengiringnya ‘bersilat sakan’? Mengapa pula perlu mengheret rakyat Kedah untuk menyelamatkan diri?

Lebih menimbulkan persoalan pada penulis, beliau selamba mempertikai bahawa selama 5 tahun PAS memerintah UMNO, berapa kerap Mukhriz pulang ke Kedah membantu jentera UMNO Kedah merampas kembali Kedah dari tangan PAS selain tahun terakhir.

Balik kemudian menang, terus jadi MB, tapi sampai sekarang tidak jadi ‘orang Kedah’ juga. Menamatkan perbualan kami, penulis terdiam, tidak mampu berkata lagi. Suram di Kedah akan bertambah kelam jika masalah ini tidak diselesaikan…






9 Komen to Hanya Mereka Yang UMNO Kedah Sahaja Yang Faham?

  1. ayam says:

    Kepala kote la penulis

  2. laut selatan says:

    dia ingat dia paling pandai…org lain bodo…!

  3. system baru says:

    Ayam asyik cakap kote je, aku rasa ayam gay kot ada hubungan sejenis dengan anwar kot.

  4. rockers says:

    ini salah mahathir kata macai najib. klu mukriz sokong najib x de hal..

  5. ayam says:

    anoi yg ajar aku mencarut kepala kote…aku ikut je sbb dlm mykmu kena pandai mencarut…susah nak komen kalau tak mencarut.

  6. koko says:

    quote “mengapa yang para pengiring-pengiringnya ‘bersilat sakan’?”..politik memanglah mcm tu…yg balaci-balaci nilah lebih sudu dari kuah..nak tunjuk hero..nak tunjuk dorang tu berjuang utk rakyatlah konon..padahal berjuang utk periuk nasi dia dan suku sakat dia je.

  7. bajak says:

    pendirian aku jelas…nk turun naik kn pemimpin ikut cara demokrasi…kite ade pru kite ade pemilihan parti…begitu juga hal nye dlm isu pm n mb kedah ni…

  8. ayam says:

    pendirian aku jelas…umno milik melayu dan bukan milik individu

  9. Hantu Gigi Jarang says:

    Wah…bukan dilantik oleh rakyat? Aoa lu ingat rakyat Kedah masih bodo mau terima aje apa UMNO buat…lu tunggu la pilihan raya nanti…Asal Bukan UMNO punya penangan…Gwa ahli UMNO yang akan mengundi sapa saja asal bukan UMNO..

Leave a Reply

Threesome