Menu Utama

Hampir pasti ganti MB Kedah

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan akan meneliti permohonan dan hasrat hati UMNO Kedah yang mahukan beliau melakukan perubahan dalam kepemimpinan parti itu di negeri tersebut dengan menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar.

Dalam pertemuan beliau de­ngan barisan kepemimpinan UMNO dan Exco kerajaan negeri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini, Najib yang juga Presiden UMNO berkata, beliau akan meneliti semua perkara sebelum membuat sebarang keputusan.

“Perdana Menteri akui apa yang berlaku adalah suara yang dibawa oleh ketua-ketua bahagian di Kedah, oleh itu beliau minta diberi masa untuk membuat keputusan kerana apa juga tindakan perlu mengambil kira kesan kepada UMNO Kedah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.

“Selain itu beliau juga menuntut kesetiaan semua pemimpin UMNO negeri tersebut terutamanya apabila keputusan dibuat dalam tempoh sehari dua lagi,’’ kata satu sumber yang turut menghadiri mesyuarat berkenaan.

Mesyuarat itu dihadiri oleh lebih 50 orang pemimpin UMNO Kedah. Antara yang hadir Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah; Ahli Parlimen Jerai Datuk Seri Dr. Jamil Khir Baharom; Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Dawai, Datuk Tajol Urus Mat Zain; Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Johari Baharum dan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim.

Selain itu beberapa Exco Kerajaan Negeri dan ADUN yang dikatakan menyokong Mukhriz tidak hadir. Exco tersebut ialah Datuk Aminuddin Omar, Datuk Suraya Yaakob, Datuk Dr. Ku Rahman Ku Ismail dan Datuk Noor Sabrina Mohd.Noor.

Menurut sumber itu, kesemua pemimpin UMNO yang hadir sepakat meminta Perdana Menteri menyelesaikan isu tersebut dengan segera termasuk menghadap Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah secepat mungkin.

“Dalam mesyuarat itu, Ahmad Bashah yang mewakili kepemimpinan UMNO Kedah menjelaskan apa yang berlaku dan mahu Perdana Menteri membuat perubahan terhadap kepemimpinan UMNO Kedah demi memastikan parti itu terus berkuasa,’’ katanya.

Ditanya mengenai calon Menteri Besar bagi menggantikan Mukhriz, sumber itu berkata, setakat ini Ahmad Bashah merupakan calon utama dan pengumuman mengenai­nya akan dilakukan dalam tempoh sehari dua lagi.

“Ada pihak memaklumkan majlis angkat sumpah dijangka diadakan pada penghujung bulan ini di Istana Anak Bukit,’’ kata sumber tersebut.

Sementara itu di ALOR SETAR, sokongan terhadap Mukhriz dilihat semakin berkurangan apabila beberapa perhimpunan bagi menyatakan sokongan terhadap kepemimpinan beliau semakin pudar.

Dalam masa sama, satu sumber memberitahu, Mukhriz juga menghadapi masalah dalam mendapatkan sokongan ADUN-ADUN jika beliau berhasrat membawa perkara itu ke dalam sidang DUN.

“Tetapi majoriti pemimpin UMNO Kedah mengharapkan tidak sampai pada tahap itu sebaliknya mereka menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Perdana Menteri menyelesaikan kemelut yang berlaku.

“Tambahan pula kecuali beberapa orang wakil rakyat, pemimpin UMNO lain kesemuanya sudah menyatakan kepada Perdana Menteri bahawa mereka akan menyokong siapa sahaja yang dipilih menggantikan Mukhriz,’’ katanya.

Utusan






13 Komen to Hampir pasti ganti MB Kedah

  1. azmi says:

    Apala utusan ni cakap belit-belit…
    Mula-mula tulis ada exco yang sokong mukhriz tak hadir dalam perjumpaan dgn PM…
    “Selain itu beberapa Exco Kerajaan Negeri dan ADUN yang dikatakan menyokong Mukhriz tidak hadir. Exco tersebut ialah Datuk Aminuddin Omar, Datuk Suraya Yaakob, Datuk Dr. Ku Rahman Ku Ismail dan Datuk Noor Sabrina Mohd.Noor.”
    PAS TU CAKAP PULAK MUKHRIZ DAK KURANG SOKONGAN…
    “Sementara itu di ALOR SETAR, sokongan terhadap Mukhriz dilihat semakin berkurangan apabila beberapa perhimpunan bagi menyatakan sokongan terhadap kepemimpinan beliau semakin pudar”
    Nampaknya ahli UMNO macam ayam..
    Kat mana tabur dedak lebih sikit kat situ la mereka mencatuk…

  2. azmi says:

    ARTIKEL MYKMU PADA RELATED KAT ATAS NI DITULIS PADA APRIL 18 2015 CERITA LAIN PULAK…
    Editor: KuntaKinte Malaysia | Diterbitkan pada: 18 April 2015| Kategori: Semasa,Utama | 4 Comments »

    UMNO Kedah Isytihar Sokong PM dan MB

    Alor Setar – Umno Kedah hari ini membuat ketetapan menyokong penuh kepimpinanan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri merangkap Presiden Umno.

    Timbalan Pengerusi Perhubungan negeri, Dato Paduka Ahmad Bashah selaku jurucakap menegaskan, tidak berlaku sebarang pepecahan di dalam kerukunan UMNO Kedah dan mereka tetap setia dengan Najib.

    “Adun (ahli dewan undangan negeri) dan Ketua Bahagian Umno Kedah menyokong penuh kepimpinan YAB Dato Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.

    “Kami juga menyokong penuh kepimpinan YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO negeri dan Menteri Besar Kedah yang telah diberi kepercayaan oleh Presiden parti dan amanah oleh rakyat” ujarnya lagi dalam sidang media sejurus selepas menghadiri Mesyuarat Khas Perhubungan Umno Kedah.

    Mesyuarat khas pada pagi tadi itu diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon.

    Mukhriz walau bagaimanapun tidak hadir dalam sidang media yang diadakan itu.

    Menurut Ahmad Bashah, Umno negeri turut membuat ketepatan untuk menghormati pendirian Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

    “Kami meminta Tun Dr Mahathir agar memberi masa kepada PM dalam perkara yang berbangkit sebelum ini.

    “Kami turut menyokong saranan YAB PM yang mahukan 1MDB disiasat oleh Jabatan Audit Negara dan hasilnya diserahkan pada PAC” ujarnya lagi.

    Ahmad Bashah turut menjelaskan, kesemua Adun dan Ketua Bahagian Umno Kedah telah bersetuju agar Mukhriz tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang dijadualkan pada 24 April ini kerana memahami situasi yang beliau alami.

    Umno Kedah turut memutuskan untuk membatalkan mesyuarat perhubungan Umno negeri yang akan dijadualkan pada 24 April ini.

    Menurutnya segala keputusan itu dicapai melalui persetujuan dan konsesus bersama.

    Share this:
    Facebook305TwitterEmailPrint
    Related
    Sayap UMNO Kedah Desak Mukhriz Jangan Sokong Najib?
    April 16, 2015
    In “Semasa”
    Hinanya Najib Di Mata UMNO Kedah dan Hipokrasi Pimpinan Sayap
    April 16, 2015
    In “Kunta Kinte”
    Nasib Dua Menteri Besar Masih Samar, UMNO Kedah, Pahang dan Perak Bakal Dirombak?
    July 31, 2015
    In “Semasa”
    Ada 4 Comments setakat ini.

    semangat dato’ haron
    April 18th, 2015 at 7:43 PM
    Jgn sesekali korbankan Mukhriz krn kemelut ini. Beliau adalah tokoh penting UMNO di Utara utk melawan pembangkang.

    daud
    April 18th, 2015 at 10:42 PM
    bbbbbbbbgggggggggg

    daud
    April 18th, 2015 at 10:42 PM
    gggggggggg

    Spy Bukit Gantang
    April 19th, 2015 at 9:36 AM
    Syabas UMNO Kedah, macam tu lah. Lepas ni siapa2 yg cuba jadi ‘mami jarum’, kita tahulah nawaitu org itu. Samada nak ambil kesempatan atau pengkhianat perpaduan.

  3. james bond says:

    Jika Umno diibaratkan sebuah rumah, maka Najib sekarang sedang mencabut satu persatu tiang. Maka tak lama lagi robohlah rumah tu. Dia tak apa boleh cabut lagi duduk oversea bila rumah roboh. Yang balaci macam Bashah tu menganga. Pelik kenapa ahli Umno membiarkan Najib merobek2 Umni sesuka hati.

  4. Joemettelica says:

    Salah 1sbb kedah jatuh ke tangan bn adalah disebabkan mukriz.turun mukriz rakyat kedah akan turun kan bn pula.

  5. Anak_Nogori says:

    Apabila sudah hilang kepercayaan oleh majoriti ahli parti..seelok2nya letak lah jawatan tu..tak guna nak bergayut didahan yg rapuh…seorang mb tidak akan bertahan lama jika yg menyokong dun/exco seorang dua..belajar lah apa yg berlaku pada krisis mb selangor yg akhirnya kerusi tersebut tidak dapat pun bertahan lama.

    Lagi pun…boleh ke seeorang mb bekerja bersendirian tanpa sokongan jentera parti?..dan tidak terfikir ke apabila ada krisis kepimpinan mcm ni, jika menang pun dlm pru14 nti, sudah tentu jangka hayatnya tak akan bersambung.

    Jadi…jgn marahkan nyamok kelambu dibakar…bincang elok2, letak jawatan..itu jln terbaik jika betul2 sayangkan umno.

  6. system baru says:

    Azmi patut tanya pada sayap di kedah kenapa dia orang berpaling tadah Dan mejoriti berpakat jatuhkan Mukhriz itu dah tentu dia buat tak betul. Kalau tak ada angir pokok bergoyang . Nampak sangat betul apa umno kedah cakapkan. Tak payah kau tegak benang basah. Kalau Mukhriz betul suruh minta pada majis tertingi adakan balik pemilihan ketua umno di kedah adakah dia berani. Dan dia akan pertahankan jawatan ketua umno kedah itu. Kita tengok Mukhriz dapat sokongan Dari parti atau tak

  7. system baru says:

    Azmi suara mantan president umno penting ke?
    Azmi suara mejoriti ahli umno kedah tak penting ke?
    Berfikir lah jangan fanatik sangat

  8. ayam says:

    manade fanatik la gay…rakyat kedah mahu mukhriz….KB2 yg memberontak pulak mahu ambil peluang singkir dia alang2 sudah ada alasan kuat semata2 beliau mempersoalkan rm2.6 billion dan 1MDB…sama soklan2 yg rakyat kedah mau sampaikan kepada najib tapi tak sampai2 melalui wakil masing2. Agaknya rakyat kedah tersalah pangkah ayam2 yg laparkan dedak dan bukan wakil rakyat mcm mukhriz.

  9. ayam says:

    Kelmarin itu boss sudah panggil mesyuarat pasal isu singkir mukhriz…tak sampai separuh dtg…takde decision..takde press conference…balik ikut pintu belakang mcm biasa. Yg 14 penyamun tu pun dah pening…rakyat kedah tak kira parti sudah marah…apa la punya boss..sudah endorse suruh rebel pastu cabut lari.

  10. ayam says:

    ahmad bashah dapat berapa srp dia dulu? apasal yg cerdik2 pi ikut mamat bodo ni berontak?

  11. system baru says:

    He.he.he nampak sangat ayam suka golongan lgbt itu he.he.he
    Dah terang umno kedah mahu dia letak jawatan tak bodoh sangat umno pusat mana kau tahu tak sampai separuh datang ayam. Kalau seluruh mejoriti ketua bahagian umno kedah suruh mb letak ‘kau nak cakap apa. Tak payah menipu untuk pecah umno kedah itu.Ada sesuatu tak kena pada mukhriz itu aku cakap cepat ‘nak cepat turuh. Askar sendiri belot kau salahkan orang ke ayam. Kalau mukhriz bijak untuk dia kekalkan kuasa dia minta majis tertinggi buat undi adakah dia patut kekal atau tidak. ada mukhriz berani

  12. ayam says:

    Gay…kalau camtu nape najib tanak tendang mukhriz aritu? Bukan ada perjumpaan ke baru2 ni yg najib panggil ramai tapi tak sampai separuh dtg? lepas tu kena pikir dulu….cabut lari ikut pintu belakang tanpa bagi press conference? askar2 yg belot pulak semua buncit2 byk kerawit apasal? Yg paling2 utama ialah najib janji kt rakyat kedah sebelum PRU dulu yg mukhriz akan jadi MB…tetiba menang pulak dah…walhal sebelum tu janji apa pun kalah. Makna rakyat kedah percaya kt mukhriz walau apa pun apatah lagi umno. Skrg tetiba ada perot2 buncit suruh turun tak pasal2…apa hal?

  13. Helang says:

    Jadi semua KB yg mendesak mukhriz turun tu sebenarnya melawan najib… sbb najib dah tepati janji melantik mukhriz jd mb kedah. Jika KB2 tu setia Dan hormat najib pasti diorang x buat mcm tu sbb taat pd perintah najib. Tiada pulak tindakan diambil kpd KB2 tu. Jadi apa sebenarnya yg terjadi disebalik cubaan rampasan kuasa ni? Jika betul2 pusat ingin membantu kedah, pasti mereka membantu mukhriz. Pelik tapi benar, rakyat sedang melihat tingkah laku pemimpin umno, mereka menilai. Allah bukakan kpd seluruh rakyat malaysia utk melihat Dan menilai moral pemimpin umno. Tak kira lah berapa hebat permainan mereka namun belum tentu mereka boleh bawa kedah. Rakyat kedah tahu apa yg berlaku Dan pasti mereka memilih siapa yg memihak Dan bekerja utk mereka. Mereka tahu siapa mastermind permainan ini.

Leave a Reply

Threesome