Menu Utama

“Guru” Dedah Atau Reka Cerita Kesempitan Kewangan Ibubapa

SEGELINTIR pihak yang cukup tidak bertanggungjawab cuba sedaya upaya mereka untuk memberi gambaran bahawa negara kita sedang menghadapi kemelut ekonomi yang cukup nazak, rakyat sedang menderita dan lain-lain lagi. Usaha tersebut bermotifkan politik dalam usaha untuk mencemarkan kredibiliti kerajaan Barisan Nasional dalam menangani kegawatan ekonomi dunia.

Berdasarkan kepada status yang dimuatnaik dalam “Facebook” dan di”share” oleh beberapa pihak, seorang guru menceritakan tentang keperitan beberapa orang ibubapa menangani masalah kewangan akibat daripada kesempitan hidup. Namun apabila diselidiki rupa-rupanya akaun tersebut telah ditukar nama dan gambar profilnya juga turut telah ditukar.

cikgu bohong

Kita mempersoalkan motif guru tersebut memandangkan kerajaan telah lakukan sebaik mungkin untuk membantu para ibubapa menangani isu kos persekolahan anak-anak mereka. Bantuan persekolahan sebanyak RM100 untuk setiap anak bagi ibubapa yang berpendapatan RM3000 ke bawah merupakan inisiatif yang hanya wujud dalam zaman Datuk Seri Najib Tun Razak memegang jawatan sebagai perdana menteri.

Tambahan pula, kos pakaian sekolah anak-anak pula mendapat kerjasama yang cukup baik dari beberapa buah pasaraya besar. Kini ianya berkaitan dengan pilihan dan gaya hidup ibubapa itu sendiri pula. Kasut sekolah serendah RM3.90 ada ditawarkan oleh beberapa buah pasaraya. Begitu juga dengan baju dan kelengkapan sekolah yang lain.

Mungkinkah guru tersebut hanya mereka-reka cerita sahaja? Beberapa “posting” guru tersebut didapati memperlekehkan kenyataan beberapa orang pemimpin kerajaan manakala pemimpin yang menentang kerajaan pula disokong oleh guru tersebut.

cikgu 2

cikgu 3

Guru merupakan orang yang bertanggungjawab mendidik anak-anak namun sikap tidak bertanggungjawab guru akan memudaratkan murid-murid dan menghasilkan para pemberontak di masa hadapan. Walaubagaimanapun, kami tidak dapat memastikan samada guru ini benar-benar seorang guru ataupun menyamar sebagai guru memandangkan ada beberapa gambar beliau kelihatan seperti “super impose” dan tidak ada sebarang gambar beliau yang mengambarkan wujud aktiviti beliau dan sekolah.

Berkenaan dengan pekerjaan pula, kita amat maklum bahawa negara kita merupakan syurga pekerjaan bagi para pendatang asing. Dalam negara kita yang cukup aman dan makmur ini, para pendatang asing mampu menghantar duit beribu ringgit ke negara asal mereka dan mampu hidup mewah dengan melakukan pekerjaan yang halal.

Bagi rakyat tempatan pula, pekerjaan merupakan pilihan samada mereka mahu hidup ala kadar, senang ataupun mewah. Sebagai contoh, bagi mereka yang kurang pendidikan dan agak malas bekerja, mereka boleh sahaja memohon untuk menjadi pengawal keselamatan di pasaraya yang bergaji RM900. Kalau mereka memilih untuk lakukan dua shift maka mereka akan memperolehi gaji RM1800.

Sesungguhnya, dalam Islam, banyak ayat Al Quran dan hadis yang menyarankan umatnya agar sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan sama ada di dunia dan juga di akhirat. Usaha dan amalanlah yang menjadi perkara yang dinilai oleh Allah s.w.t sebagaimana firman-Nya dalam surah At Taubah ayat 105 yang bermaksud :
Dan katakanlah wahai Muhammad “ Hendaklah kamu semua berusaha (beramal ) kerana Allah akan melihat dan menilai apa yang kamu usahakan .”

Dalam ayat yang lain Allah berfirman yang bermaksud : Maka bertebarlah di muka bumi serta carilah rezeki daripada kurniaan Allah” Surah Al Jumuah ayat 10 .

Rasulullah s.a.w. menyatakan dalam satu hadis yang pencari kayu api lebih baik dan lebih mulia daripada peminta sedekah .Baginda juga mengatakan dalam hadis yang lain , orang yang berusaha untuk menyara diri dan keluarganya seperti orang yang berjuang di jalan Allah .

Namun sejak kebelakangan ini cara pemikiran rakyat Malaysia yang “bertuhankan” pembangkang dilihat semakin terdesak memburukkan kerajaan. Cara mereka menyuarakan ketidakpuasan hati mereka seolah-olah segala-galanya salah kerajaan. Dengan kata lain kerajaan perlu bertanggungjawab untuk “menyuapkan” rezeki ke mulut mereka tanpa mereka lakukan apa-apa pun.

Didalam al Quran ada dinyatakan bahawa sesiapa yang tidak bersyukur maka Allah akan mendatangkan azab yang pedih kepadanya, sebaliknya sesiapa yang bersyukur Allah telah menjanjikan ni’mat kepadanya. Ayatnya Bermaksud: “Dan (ingatlah juga), tatkala Rabbmu memaklumkan: ‘Sesungguhnya, jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni’mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih.”

Pilihan ditangan anda. Samada anda mahu menjadi insan yang berusaha bekerja untuk diri sendiri dan keluarga disamping bersyukur dengan segala yang kita miliki hari ini atau pun mengkritik tanpa henti dengan tidak berusaha untuk memperbaiki nasib keluarga dan diri sendiri disamping menyalahkan orang lain tanpa henti dan tidak bersyukur. Pada pendapat anda, siapa yang akhirnya berjaya dalam kehidupan mereka dunia dan akhirat kelak. Sekali lagi, tepuk dada tanya selera.

Antara status facebook yang mengkritik isu kesempitan hidup menjelang hari persekolahan anak-anak :-

Kojed Fansuri :-
Ini baru yang dalam satu kelas…
Kat Malaysia ni ada berapa banyak sekolah dan dalam sekolah ada berapa banyak kelas…
Jika kita senang, tak bermakna orang lain pun senang…
Yang kita nampak, ramai orang berbelanja di IKEA, kereta penuh di jalanraya etc…
Tengoklah statistik der…
Penduduk Malaysia ada hampir 30 juta, yang kamu nampak tu adalah golongan T20 dan sebahagian dari isi rumah M40…
So jangan pejam mata dan taknak akui bahawa adanya golongan B40 di Malaysia ni…
Walaubagaimanapun, kerajaan ada juga bantu dengan bagi BR1M dan pengecualian cukai pendapatan yang lebih banyak untuk M40…
Cuma, udah-udahlah umum buat jawatankuasa kaji sara hidup penduduk ni. kami mahu tindakan, bukan omongan kosong sahaja…
Seperti yang dibuktikan oleh MB Negeri Sembilan, pentadbirannya boleh buatkan harga rumah lebih murah dengan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan. Maka sebenarnya kerajaan boleh lakukan sesuatu untuk kawal harga barang…
Apa nama tu…
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih..

Red Tomato :-
Assalamualaikum . .hehe .status saya.menulis Orentasi sekolah..hajat di hati kongsi rasa dgn kwn fb otai disini..liku2 ibubapa yg perit nk membayar..kos RM tu termasuk inshallah yuran2..alatan tulis pakaian sukan Pakaian PJPK..termalu pulak saya ada rakan share di FB lebih mega pembacanya…kihkihkih..kang saya takut kena lastik dgn Pegawai KPM…hakikat..di sekolah..Tidak semua anak2 dan ibubapa dapat menglengkapkan keperluan anak ramai kan.Walaupun sudah berbulan menabung duit.

Untuk makluman, satu perbandingan ringkas berkenaan indeks harga barangan terpilih ini mungkin boleh membantu anda menilai secara kasar kedudukan ekonomi negara kita :-

(1) PETROL

(a) Malaysia RM 1.85 – RON95
(b) Indonesia IDR 8626.76 (RM 2.69) – RON88
(c) Thailand THB 32.11 (RM 3.83) – RON92
(d) Philippines PHP 42.51 (RM3.87) RON 92

(2) BERAS (1kg)

(a) Malaysia RM 4.06
(b) Indonesia IDR 12,959.71 (RM 4.15)
(c) Thailand THB 37.90 (RM 4.52)
(d) Philippines PHP 43.86 (RM3.64)

(3) AYAM DI PROSES (1kg)

(a) Malaysia RM 11.08
(b) Indonesia IDR 47,102.98 (RM 14.69)
(c) Thailand THB 100.87 (RM 12.04)
(d) Philippines PHP 149.94 (RM 13.64)

(4) GULA (1kg)

(a) Malaysia RM 2.90
(b) Indonesia IDR 11,600.00 (RM 3.62)
(c) Thailand THB 73.13 (RM 8.73)
(d) Philippines PHP 52.00 (RM 4.73)

(5) KEMUDAHAN ASAS/utiliti (Letrik, pemanas, Air , Sampah) utk apartment keluasan 85m2

(a) Malaysia RM 180.94
(b) Indonesia IDR 841,536.35 (RM 262.41)
(c) Thailand THB 2,341.70 (RM 279.57)
(d) Philippines PHP 3,290.08 (RM 299.25)

(6) GADAIAN – Kadar /bunga Interest dlm Peratus (%) setahun

(a) Malaysia 4.67%
(b) Indonesia 9.76%
(c) Thailand 6.35%
(d) Philippines 8.15%

NAH..BANDING YG NI PULA..!!

(7) KDNK – Keluaran dlm Negara Kasar dlm dollar US$ (2014)

(a) Malaysia $10.304
(b) Indonesia $ 3.592
(c) Thailand $ 5,678
(d) Philippines $2,614

(8) PURATA PERBELANJAAN BULANAN (After Tax)

(a) Malaysia RM 3,531.20
(b) Indonesia IDR 4220827.00 (RM 1,316.54)
(c) Thailand THB 13,608.72 (RM 1624.71)
(d) Philippines PHP 14,698.97 (RM 1,336.96)

(9) GST
(a) Malaysia 6%
(b) Indonesia 10% going up to 15%
(c) Thailand 7%
(d) Philippines 12%

Alhamdulillah, keadaan harga barangan dalam negara kita masih terkawal dengan baik.






4 Komen to “Guru” Dedah Atau Reka Cerita Kesempitan Kewangan Ibubapa

  1. paktho says:

    Berapa banyak mahu tubuh panel jawatankuasa semasa pemerintahan Najib ni. Masalah x selesai gak. Yg kenyang ahli jawatankuasa,x kn free je kot.piiirah.

  2. dkds says:

    Dalam dunia ini mana mungkin kita mampu memuaskan semua hati manusia.

  3. musanghitam says:

    cibaok, jilake punya manusia , profil fake ke apa? buat cerita nak bagi orang bengang. babi punya maanusia

  4. kakak says:

    Memanag betul, apa yang dikatakan kesempitan hidup tidak menggambarkan realiti.
    Lihat sekali di musim cuti sekolah, berduyun-duyun keluarga balik ke kampung, menziarahi, menghadiri jemputan kahwin, melancong dll. Walaupun aktiviti itu semua mengeratkan hubungan silaturrahim antara sanak saudara dan rakan taulan, mana mungkin boleh dilakukan kalau tiada ongkosnya. Lihat sahaja di musim cuti baharu ini, R & R dan hentian sebelah di sepanjang lebuhraya, penuh belaka. Kadangkala hendak masuk tandas pun beratur. Untuk berjalan begitu pasti perlu wang untuk minyak kereta, tol, makan minum, buah tangan dll.
    Kalau benar ibu bapa bertanggungjawab, rancanglah perbelanjaan mengikut keutamaan. Perlengkapkan dahulu keperluan sekolah yang meruncing seperti uniform, kasut dan lain-lain barulah lakukan aktiviti untuk bersilaturrahim itu. Lakukan (perancangan dan pembelian kelengkapan ini) sebelum atau di awal cuti sekolah bulan November dulu. Kalau bajet tidak cukup, tidak perlu hadir di semua majlis jemputan itu. Lakukan di lain masa bila kewangan membenarkan. Sebaliknya penuhi tuntutan untuk anak-anak tadi.

    Kalau iapun perlu kelengkapan sekolah, bukan semua perlu dibeli sendiri atau dikeluarkan dari poket sendiri: buku teks dibantu, CSR oleh pihak swasta, GLC, NGO, individu tertentu sentiasa bermurah hati menghulur bantuan untuk beli kelengkapan (pakaian, kasut beg, alat tulis dll), bantuan persekolahan (RM100) dari kerajaan pun ada. Untuk alat seperti tie, lencana sekolah, perlu dibeli sekali sahaja. Itupun kalau berpindah ke sekolah baru atau naik ke tingkatan menengah. ( Dengan andaian juga anak-anak tidak cuai dan menyimpan alat-alat itu dengan cermat supaya tidak hilang).

    Benar, saya akui ada keluarga yang susah. Tapi terdapat banyak saluran untuk membantu mereka. Negara kita tidak tandus dermawan yang bermurah hati.

    Juga kalau betul sempit sangat hidup, (benar seperti pendapat penulis artikel) – kenapa IKEA penuh saban minggu, kedai makanan segera sentiasa terisi, warung-warung tidak pernah kesepian, kedai mamak sentiasa hiruk pikuk, dewan konsert penuh dengan penonton dan stadium bola bergegak gempita.

    Jadi lihatlah realiti.

Leave a Reply