Menu Utama

Guna nama Islam: Rayani Air jawab tuduhan Mahathir

Rayani Air membidas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang mendakwa syarikat penerbangan baharu itu cuba menggunakan nama Islam untuk mengaut keuntungan.

Menurut Ketua Pengarah Operasinya, Kapten Sumar Lee Hashim Lee, pihaknya cuba menampilkan ciri-ciri Islam dalam penerbangan Rayani kerana bertepatan dengan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Beliau menolak dakwaan Rayani Air bermotifkan keuntungan semata-mata, sebaliknya cuba membantu bangsa Melayu khususnya dalam mendapatkan pekerjaan.

Tambahnya, meskipun pemilik penerbangan itu adalah berbangsa India, namun konsep keislaman yang diterapkan itu adalah cetusan idea daripada empat orang kakitangan dalam bidang pengoperasian termasuk beliau sendiri.

“Itu pandangan peribadi Tun, dalam sesuatu perniagaan apa-apa pun memang nak untung, kalau tak mahu untung tak payahlah berniaga, tapi bila ada dakwaan kita guna nama Islam untuk kaut keuntungan, itu tak betul, kita hanya bawa ciri-ciri Islam dalam syarikat penerbangan ini.
sumer lee rayani air

“Contohnya kita tengok perniagaan tudung Fareeda, Neelofar, kalau tak kerana ciri-ciri Islam yang ditampilkan, pengeluar tudung itu sendiri pun takkan untung,” katanya ketika temubual eksklusif bersama BNBBC.my.

Rayani Air bulan lalu memperkenalkan imejnya sebagai syarikat penerbangan yang mewajibkan anak kapal kabinnya memakai tudung bagi yang beragama Islam.

Syarikat itu juga menyediakan makan minum daripada sumber halal, melarang minuman keras dan mengamalkan bacaan doa sebelum memulakan penerbangan.

Ia kemudiannya mendapat respon Tun Mahathir dengan mempersoal adakah melayan penumpang dengan tudung menunjukkan lebih Islam berbanding yang lain.

“Pakai tudung buat kerja salahkah?. Ia sopan, Islam wajib pakai tudung, itu antara ciri-ciri Islam yang kita masukkan (dalam Rayani Air), di Malaysia juga sekarang ni ciri keislaman menjadi satu tarikan dan ia adalah satu kebaikan

“Bukan nak tunjuk lebih Islam, cuma kita nak penuhi kehendak keislamaan dengan mengetengahkan konsep ciri-ciri Islam dimana kita wajibkan pekerja kita pakai tudung.

“Polisi yang kita buat tu disambut baik, bukan setakat pekerja menyambut baik, malah sekarang ni orang Malaysia semakin ramai memakai tudung,” ujar Sumar Lee.

BNBBC






10 Komen to Guna nama Islam: Rayani Air jawab tuduhan Mahathir

  1. koko says:

    islam wajib tutup kemaluan (aurat) bukan wajib pakai tudung..lepas ni sape rasa nak komen balas silalah..hehe..tunjuk siape lebih islam.

  2. ayam says:

    Tutup aurat tu kena la pakai tudung…takpe la…isu kecil aje tu….tak payah sebut patuh syariah dlm kempen meniaga asalkan menerapkan nilai2 murni Islam pun dah cukup sebenarnya. Kena tengok motif kenapa non muslim beriya2 mahu mengIslamkan bisnes mereka. Walau apa pun Islam tak ajar org menyamun…guna Islam demi politik…mau menunjuk2…mau untung lebih2…skrg org memperalatkan Islam demi kepentingan diri sampai org2 kafir pun dah nampak potensi untung melalui jalan ini. Sebab tu la ISIS senang2 dapat orang mau mati cepat…YB2 PAS byk yg kaya2 bini 3-4 sebab hudud PAS…sampai skrg najib pun dah pandai cari makan politik cara PAS. Bank2 dah banyak loan2 Islamik yg “profit” dia mengalahkan bunga2 bank yahudi. Rasuah…pecah amanah…samun duit…takde rasa bersalah langsung.

  3. arul kanda says:

    semakin lanjut usia semakin nyanyuk, merapu …tak sedar malaikat maut duk jelinggg jer kat mukanya…sambil berkata ..tak tobat tobat lagi manusia ni…!!!

  4. bugis says:

    Siapa cakap, berniaga tak mahu untung, jangan berniaga?

    Tengok 1MDB, tak perlu untung, cuma perlu bangga pandai bayar hutang, bangga pandai lesap wang !!!

    Sejak bila kapir hormat Malaysia negara Islam?

  5. Meriam Buluh says:

    koko, sumar lee tu sekadar nak bagitahu..ikut pemahaman dia di dalam Islam rambut wanita tu aurat jadi wajib ditutup. Itu je. Tak payah nak spin.

  6. GoProBro says:

    Tahniah Pasaraya MUIP di Pahang. Majlis/Badan/Koperasi di semua negeri boleh ikut.

  7. Pemerhati says:

    kalau hati itu memang ‘berpenyakit’, syarikat penerbangan nak terapkan nilai Islam pun si tua musibat itu & penjilat2 buahnya akan pertikai & perlekeh…mempersoal tentang mengaut keuntungan merupakan satu kenyataan paling bodoh(bangang) yang tidak sepatutnya diperkatakan oleh si tua musibat itu kerana semua orang berniaga nak untung macam si tua musibat itu, walaupun si tua musibat itu tidak berniaga tapi setakat menjadi PM meluluskan lesen judi kepada kroninya namun dia tetap mendapat untung juga…cuba lihat betapa ‘grand’ kroni membuat sambutan harijadi si tua musibat itu

    si tua musibat itu seharusnya mengucapkan tahniah & syabas(bukan memperlekeh) kepada orang Hindu yang menjadi pemilik Rayani Air kerana telah memecahkan antara tembok diskriminasi pekerjaan terhadap wanita Islam(bertudung) dalam industri penerbangan…jika tidak dimulakan oleh Rayani Air, syarikat penerbangan mana pula dari negara kita yang akan memberi peluang pekerjaan kepada wanita Islam(bertudung) untuk menjadi kakitangan kabin pesawat penerbangan’?

  8. system baru says:

    Jawapan mudah je airasian takut persaingan ITU je, maklum lah rafidah suruh tun m cakap perkara tersebut. Ramai akan naik rayani air’ ITU pemikiran kono ada pada tun m itu. Kalau servis airasian bagus dah tentu ramai naik dah puji airasian itu. Aku dengar banyak komplat Dari pelangat tenteng servis airasian ini Dari mulut mereka

  9. Pemerhati says:

    apa akan syarikat penerbangan lain lakukan sekiranya Rayani Air dapat mengembangkan sayap(memperbanyakkan destinasi penerbangan seperti AirAsia/MAS/Malindo dll) & menjadi semakin popular(menjadi pilihan utama) dikalangan penumpang beragama Islam?

    tidakkah jawapannya syarikat penerbangan lain akan membuang syarat berbentuk diskriminasi itu dengan membenarkan pula pengambilan wanita Islam(bertudung) untuk bekerja menjadi kakitangan kabin?

  10. semangat dato' haron says:

    Mamak ni agak2 lah, sejak bila dia jd pejuang peniaga islam pula? Bkn pd zaman dialah peniaga2 bukan islam dibantu habis2 habisan oleh dia sehingga sanggup tambat matawang demi melindungi kepentingan peniaga2 tersebut. Tabik dgn Rayani Air sbb x pernah berlindung sape sbnr ownernya x spt syarikat2 lain.

Leave a Reply

Threesome