Menu Utama

FORMULA SELESAI KEMELUT KEDAH

Zulkiflee Bakar

APABILA berakhirnya pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kepemimpinan UMNO Kedah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kelmarin, penulis menerima pelbagai mesej. Ada yang menceritakan apa yang berlaku dan ada pula yang berunsur “maki hamun”.

Bagi kelompok yang berfikiran cetek dan taksub dengan politik kebencian, mereka menganggap pertemuan itu gagal kerana Najib tidak membuat sebarang pengumuman mengenai kedudukan Datuk Seri Muhkriz Tun Mahathir sebagai Menteri Besar (MB) Kedah.

Kepada mereka, pertemuan itu dianggap berjaya kalau Najib membuat kenyataan menerima desakan dan permintaan pemimpin-pemimpin UMNO Kedah yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Perhubungannya, Datuk Ahmad Bashah Md.Hanipah supaya Mukhriz disingkirkan.

Sedangkan pertemuan itu diadakan bagi membolehkan Najib yang juga Presiden UMNO mendengar sendiri daripada pemimpin-pemimpin UMNO Kedah apa yang berlaku bagi membolehkan beliau membuat keputusan sebaik-baiknya demi UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri itu.

Membuat keputusan yang sebegitu penting tidaklah semudah tindakan “konco-konco” mana-mana ahli politik di negeri tersebut menghantar mesej memaki hamun sesiapa yang mereka tidak suka. Ini soal masa depan UMNO di Kedah dan melibatkan kedudukan MB.

Sudah pastilah Najib seperti mana kata seorang pemimpin yang turut hadir dalam pertemuan tersebut, Perdana Menteri minta diberi masa bagi membolehkan beliau mengkaji segala aspek sebelum membuat keputusan termasuklah kesan kepada kedudukan UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sepanjang berada di Kedah sejak kelmarin, penulis akui proses untuk menggantikan Mukhriz bukanlah mudah.

Selain anak kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, beliau juga dianggap ikon anak muda di Kedah dan menyatukan rakyat Kedah. Oleh itu apa juga keputusan atau tindakan yang hendak dibuat mestilah dilaksanakan secara hati-hati.

Bagaimanapun kemelut politik di negeri Jelapang Padi itu bukanlah terlalu sukar untuk diselesaikan, tambahan pula ini bukanlah kali pertama Kedah menempuh situasi ini.

Sejak 1985 lagi pelbagai kontroversi melanda kerusi MB Kedah sehingga memaksa penyandangnya mengundurkan diri.

Datuk Seri Syed Nahar Tun Syed Sheh Shahabudin, Tan Sri Osman Aroff, Tan Sri Sanusi Junid, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain Barakhbah, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Tan Sri Azizan Abdul Razak, merupakan pemimpin-pemimpin yang telah merasai “kehangatan” kerusi MB Kedah.

Tetapi perlu difahami situasi politik di sesebuah negeri itu menjadi panas atau sejuk, segala-galanya bergantung kepada pemimpin-pemimpin dan penyokong mereka. Kelompok inilah yang mampu mengawal keadaan supaya ia tidak sampai memudaratkan parti dari segi sokongan rakyat.

Kemelut tidak boleh diselesaikan melalui mesej-mesej yang memaki hamun seseorang, kemelut tidak mampu ditamatkan akibat ketaksuban kepada seseorang dan sudah pasti kemelut tidak mampu diredakan jika kepentingan parti tidak menjadi keutamaan.

Begitulah juga situasi di Kedah, segala yang berlaku hanya boleh diselesaikan jika semua pihak yang bertelagah mengamalkan keikhlasan, kepatuhan dan kesetiaan.

Ikhlas untuk menyelesaikan masalah, patuh kepada keputusan pucuk pimpinan dan setia kepada parti biarpun apa yang berlaku.

Atas sebab itulah Najib tidak membuat keputusan terburu-buru untuk menerima desakan, permohonan dan hasrat hati UMNO Kedah yang mahukan Mukhriz digantikan.

Perdana Menteri mahu melaksanakan pendekatan ibarat “menarik rambut dalam tepung” supaya ia tidak memberi kesan buruk kepada UMNO negeri itu apabila keputusan dibuat.

“Dalam konteks ini, demi kebaikan Kedah dan menutup ruang kerosakan politik daripada berterusan, maka hormati hak Presiden yang akan menjadi hakim untuk membuat keputusan terbaik.

Oleh itu tidak perlulah ada rapat umum dan pelbagai sesi seolah-olah kempen dalam parti, serta membawa rakyat ke kancah dilema kuasa,’’ kata Pensyarah Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa di Pusat Pengajian Antarabangsa (SOIS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Md. Shukri Shuib kepada penulis ketika dihubungi.

Perlekeh
Bagi membolehkan Najib membuat keputusan terbaik, maka keikhlasan, kepatuhan dan kesetiaan pemimpin UMNO Kedah amat diperlukan. Jika benar berjuang untuk parti, maka mereka mesti ikhlas mahu menyelesaikan masalah yang berlaku secara tenang dan damai.

Janganlah tindakan dilakukan semata-mata kepentingan politik sama ada dalam soal mahu menggantikan atau mempertahankan kedudukan MB.

Apabila keputusan dibuat, semua pihak mesti patuh. Janganlah berlaku seperti sekarang, apabila sudah ada pemimpin yang merasakan dia paling layak menggantikan Mukhriz sehingga sanggup memperlekehkan pemimpin lain yang sebelum ini bersama-samanya membuat desakan mahu Mukhriz “diturunkan”.

Kalau benar semua yang terlibat tidak hipokrit, maka mereka perlu menunjukkan kesetiaan yang tinggi apabila pucuk pimpinan membuat keputusan. Kesetiaan bukanlah membabi buta kepada mana-mana pemimpin tetapi setia kepada parti bagi memastikan UMNO tidak porak peranda dan BN tidak rosak.

Ketika ini secara jujur penulis melihat ketiga-tiga sikap itu terlalu nipis dalam kalangan pemimpin UMNO terlibat. Masing-masing mahu menegakkan pendirian dan kehendak sendiri. Sepatutnya yang menjadi pertimbangan utama ialah kepentingan parti dan kemahuan rakyat.

Kalau mahu mengikut “nafsu politik” mereka, sampai bila pun kemelut di Kedah tidak akan dapat diselesaikan. Oleh itu mereka perlu menyerahkan kepada Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO untuk membuat keputusan.

Sama ada suka atau tidak seperti mana ditegaskan oleh Md. Shukri, “Keutamaan harus diletakkan pada Presiden dalam memilih mana-mana pemimpin UMNO untuk menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri seterusnya pelantikan MB dalam kalangan wakil rakyat UMNO, itu adalah hak mutlak Presiden UMNO selaku Pengerusi BN”.

Kenyataan itu menunjukkan bahawa apa pun keputusan sama ada menggantikan atau tidak Mukhriz sebagai MB Kedah, ia terpulang kepada Najib untuk menentukannya. Beliau sudah pasti akan membuat pertimbangan semasak-masaknya termasuklah soal sentimen dalam kalangan orang Kedah.

Tidak boleh dinafikan orang Kedah tengah marah, orang Kedah bak kata seorang kawan, “dah jadi tak tentu hala dah” berikutan apa yang berlaku, malah sudah ada gerakan melalui aplikasi Whatsapp dan Facebook untuk menyeru anak Kedah supaya tidak lagi mengundi UMNO dan BN dalam PRU-14.

Tetapi sama ada kemarahan itu dapat diredakan, “keadaan tak tentu hala” tersebut dapat dipulihkan segala-galanya bergantung kepada pemimpin-pemimpin UMNO Kedah. Mereka yang boleh mengawal penyokong-penyokong sendiri tidak kira apa pun keputusan pucuk pimpinan parti.

“Pertarungan” politik di Kedah bukan soal kedudukan seorang MB atau siapa yang akan menjadi pengganti tetapi soal survival politik UMNO dan BN. Apabila UMNO tumbang di Kedah pada 2008, ia sudah menjadi isyarat bahawa Kedah sama tarafnya dengan Terengganu dan Kelantan.

Pemimpin-pemimpin suka bertelagah sesama sendiri, lupa daratan bila dapat jawatan, mengamuk bila tidak dapat jawatan, soal berjuang untuk parti dan meletakkan kepentingan parti di hadapan hanyalah retorik.

UMNO Kedah tidak boleh berada dalam “satu kelab” dengan situasi di Terengganu dan Kelantan. Oleh itu pucuk pimpinan parti perlu membuat keputusan sebaik-baiknya manakala kesemua yang terlibat perlu ikhlas, patuh dan setia dalam menamatkan konflik.

Bagi meredakan keadaan adalah wajar jika mana-mana pemimpin tidak menunjukkan kekuatan masing-masing dengan menghimpunkan penyokong di sana sini.

Kalau setakat 30 orang datang kemudiannya menjerit di pinggir jalan akan mempertahankan seseorang pemimpin itu habis-habisan, ia hanya memalukan UMNO sahaja.

Masalah dalaman UMNO biarlah diselesaikan secara musyawarah dan kematangan bukanlah mengikut kehendak politik mana-mana pihak. Jangan mengamalkan sikap merasakan “aku paling layak menjadi MB” sehinggakan sanggup menghina pemimpin lain atau berpendapat, “jika seseorang pemimpin itu tidak ada UMNO akan kalah”.

Kalau masing-masing merasakan layak dan mendapat sokongan rakyat, sudah pasti, ia menyukarkan pucuk pimpinan membuat keputusan.

Oleh sebab kemelut ini diserahkan kepada Najib, berilah kepercayaan kepada Perdana Menteri untuk menyelesaikannya.

Apa yang penting, jangan ada dalam kalangan pemimpin UMNO mahu menjadi pengkhianat kepada parti sendiri sehingga sanggup “mengorbankan” parti kerana kemahuan politik mereka tidak tercapai.

Bak kata seorang veteran UMNO Kedah kepada penulis, “Dalam bab politik ni, orang Kedah pelik sikit.’’ – Apakah maksudnya? Tunggulah apabila keputusan dibuat oleh Najib. Yang penting, kalau ada sikap ikhlas, patuh dan setia diamalkan, tiada apa yang perlu dikhuatirkan.

Utusan






17 Komen to FORMULA SELESAI KEMELUT KEDAH

  1. itsme says:

    Tidak pulak dinyatakan kelemahan2 mukriz disini… dsn wajar juga panggil mukhriz utk sblh pihak lagi atau penyokong2 beliau. Baru nampak adil sket.

  2. system baru says:

    Azmi,ayam Dan abuya rakan seangkatan dengan akan menghasut dan nak pecat umno. Macai dari lGBT itu

  3. azmi says:

    System baru amat kecewa bila mana tuan dedak tak dapat buat keputusan selepas pertemuan itu..Ahmad Bashah yang mengidam kerusi MB harap2 tak kempunan..mula nya 14 ketua bahagian hadir masa buat press conference..pas tu ada ketua bahagian dakwa ditipu untuk hadir..masa betemu najib ada 4 exco tak hadir dikatakan penyokong mukhriz..
    So Najib dah gabra…HE HE HE

  4. Memang Terok says:

    Tiada siapa boleh nafikan bahawa Mukhriz tentunya memiliki penyokong dia sendiri didewan rakyatnya. tak kan semua ahli mahu dia undur. TEtapi cara demokrasi ialah cara suara terbanyak. Maka dalam cara ini tentunya lebih ramai orang mahu dia turun dari berada disitu terus menerus.

    Untuk ambik Mukhriz sebagai anak mantan PM maka atas sebab itu dia harus duduk disitu,ini satu perkara yang dilihat sumbang kerana bapaknya tidak lagi relevan dalam poltik negara walau dia sendiri rasakan begitu.

    Mukhriz juga tidak relevan jika hal ini diambik sebagai ukuran kerana dia lawan tokey. Tak ada orang yang lawan tokey patut terus bekerja dengan tokey yang sama.

  5. podusi says:

    Buat pemimpin2 umno kedah.. pemimpin tu biarlah yang disukai dan disenangi rakyat kedah.. bukan disukai oleh ahli umno.. nak menang pilihanraya ke nak menang pemilihan umno.. fikir2kan la.. memang dah lupa sbb apa kedah jatuh pada pas dulu.. mmg tak pernah nak blajar..

  6. ayam says:

    system baru gay

  7. system baru says:

    Empat exco he.he.he tak payah putar belit azmi. Dalam Kedah ada 15 cawangan umno jika 14 cawangan suruh Mukhriz letak jawatan kau cakap apa. Ia akan merosakan pru akan datang jika Mukhriz tak mahu letak jawatan. Balajar kes pas Kedah ia macam mana dia kalah sedangkan mb ketika itu memetingkan Rakyat, semua gara2 pepecahan pas Kedah tak suka para mb pas itu. 14 ketua cawangan umno ketua ada jawatan dun negeri kedah, apa kau boleh azmi jika kau duduk dalam jawatan itu terpakas kau kena letak jawatan.
    Kes Kedah tak sama macam anwar nak jadi mb selangor. Diri sendiri melatik diri anwar jadi mb selangor hanya bodoh jadi pengikut anwar itu macam azmi

  8. ayam says:

    Gay…umno ada 15 cawangan je ke kat kedah? fakta ke auta? Aku tau la kau gay specialist tapi tang nie aku yakin la aku betul….kau ke yg belit sebenarnya?

  9. system baru says:

    He.he.he dap ayam gay nak bodoh orang. He.he.he nak berdebat orang he.he. he tengok diri kau sendiri
    Kedah ada 15 cawangan
    http://www.umno-online.my/direktori/ibu-pejabat-umno-malaysia/kedah/

  10. Habag hang says:

    ERM 15 cawangan, brape kerusi dun umno menang

  11. ayam says:

    Gay…aku pakai link kau tu la…aku kira ada 15 BAHAGIAN UMNO…mana ada kata CAWANGAN UMNO…beza tu sebab dlm setiap bahagian ada beribu cawangan biasanya. Jadi kau ke nak bodohkan orang atau aku? Sila jawab encik gay!!!

  12. ayam says:

    Dah silap terus senyap…kepala kote btol la kau gay

  13. system baru says:

    kalau setakat ketua 4dun Sokong Mukhriz itu tak apa memberi kesan pada umno itu di dun Kedah .macam ini di kedah ada 2200 cawangan umno Kedah. yg jumpa pm itu 14 ketua bahagian. Siapa paling berkuasa kalau ketua 14 ketua bahagian di kedah. Kalau setakat 4 dun tak tergugat umno itu mereka kena ikut setuju dengan 14 bahagian umno itu. jangan malu ia ayam LGBT dap. Kalau 4dun tak dengar umno kuasa 14 bahagian. kau buat apa,4 dun itu tak boleh buat apa2 pun malah mereka akan pinggir kan oleh kuasa 14 bahagian itu. kalau mereka 4dun tak setuju dengan 14 bahagian mereka akan digantikan dengan orang lain pada masa pru akan datang. Sebelum menyusahkan umno ada faham
    Ayam pondah dap dah malu dah.

  14. system baru says:

    Sekarang aku dah jawab. Kau pulak jawab 4dun jika boleh gugat kuasa 14 bahagian. Sila jawab. Kalau 4dun nak sokong Mukhriz di mesyuarat dun negeri pun mereka akan kalah Mukhriz supaya tak pecat 4 dun tersebut akan kalah. Lagi pun pas tak mahu campur tangan dengan main dap itu .he.he.he
    Ayam dap gay jangan malu ia

  15. system baru says:

    Umno menang 21 kerusi dun Kedah tak tergugat pun jika ada 4dun berkecuai
    Jangan malu ayam gay

  16. ayam says:

    Aku tak tanya simple je: Cawangan ke bahagian? Cakap la kau tersilap kata cawangan walhal bahagian. Tu jer. Jawab berjela2 mcm pakar analisis politik…lepas tu suruh orang setuju buta2…syok sendiri la namanya…tak menjawab soalan.

  17. Helang says:

    Aku kurang paham..??!! Jadi semua ada 18 Bahagian la…Mcmna 4 bahagian x datang, masih ada 14 Bahagian yg tinggal…??
    Kalau x salah 15 Bahagian…4 x hadir..patut tinggal 11 bahagian.
    Target nampknya utk pemilihan parti….bukan utk pilihanraya. Rakyat melihat pada pucuk pimpinan. Tak kiralah boleh diubah 4 pimpinan bahagian tu…Tapi kerusi yg 21 tu boleh diubah oleh rakyat yg menyokong mukhriz. Pusat boleh mengarahkan sokongan diberikan kpd mb sbb mb adalah pilihan pm.
    Jika tak sokong mb maksudnya tak sokong pm…melainkan ada arahan lain dari pm yg tidak kita ketahui.
    Kurang faham aku dgn maklamat sebenar gerakan ni.

Leave a Reply

Threesome