Menu Utama

Filipina dan Thailand Tidak Mahu Sertai TPPA, Jomo KS Perlu Banyak Membaca

jomoKSCadangan penganalisis ekonomi, Jomo Kuwame Sundram supaya Malaysia mengkaji mengapa Filipina dan Thailand tidak mahu menyertai Perjanjian Perkongsiap Trans-Pasific (TPPA) sangat melucukan dan mengelirukan.

Jomo KS melontarkan soalan mengapa Malaysia begitu berminat untuk menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) sedangkan negara-negara seperti Thailand dan Filipina memilih untuk menjauhkan diri.

“Mengapa Thailand tidak berminat? Mengapa Filipina yang begitu rapat dengan Amerika Syarikat, tidak berminat? Adakah terdapat begitu banyak manfaat yang Filipina dan Thailand tidak nampak?” soalnya.

Sebagai penganalisis ekonomi yang diketahui anti kerajaan Barisan Nasional, Jomo tidak harus mengelirukan rakyat dengan analisa dan pandangan yang palsu kerana realitinya Filipina, Thailand, Indonesia, Korea Selatan dan Taiwan turut menyatakan minat untuk menyertainya.

Namun negara-negara ini perlu menunggu 12 buah negara asal termasuk Malaysia menyelesaikan perjanjian ini. Pembabitan awal Malaysia telah membolehkan negara ini mengadakan rundingan terhadap terma-terma dalam TPPA bagi menjaga kepentingan negara. Negara-negara yang akan menyertai selepas perkongsian ini dimuktamadkan tidak akan mempunyai apa-apa kuasa rundingan kecuali mengikut persetujuan sedia ada.

Kenyataan Malaysia perlu mengkaji mengapa Filipina dan Thailand tidak mahu menyertai perkongsian ekonomi ini satu pembohongan sama sekali.

tppa-filipinaPada Oktober 2015, Presiden Filipina Benigno Aquino dengan jelas menyatakan Filipina mahu menyertai TPPA kerana ia merupakan peluang perdagangan yang besar.

Bercakap dalamForum Perniagaan majalah Forbes tahun lalu, Aquino menyatakan “We really want to participate in it.” Aquino told a business forum organized by Forbes magazine.

Bagaimanapun Filipina perlu menunggu kerana mereka hanya diundang menyertai Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) ini untuk pusingan kedua setelah 12 negara pengasas ini menyelesaikan perjanjian.

Thailand juga telah menyatakan hasrat untuk menyertai TPPA ini. Timbalan Perdana Menteri Thailand, Somkid Jatusripitak, pada November lalu dengan jelas menyatakan negara tersebut sangat berminat menyertai TPPA. “Thailand is highly interested in joining TPP”

jokowi-tppaMalah untuk pengetahuan Jomo, Indonesia juga menyatakan hasrat untuk untuk menyertai TPP ini kerana menyedari peluang pertumbuhan ekonomi yang sangat besar. Presiden Indonesia, Joko Widodo menyatakan hasrat tersebut kepada Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama, keperluan untuk Indonesia turut serta.

Isu Perkongsian Trans-Pasifik bukan lagi sama ada mahu sertai atau tidak. Jika ia diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat, sukar untuk Malaysia tidak menyertai atau menolaknya kerana kita akan ketinggalan dan hilang antara pasaran eksport utama kita.

Masalah Malaysia lebih serius sekiranya Malaysia tidak menyertai tetapi sebahagian negara Asean yang mempunyai pasaran besar seperti Indonesia, Filipina dan Thailand menyertainya kemudian.

TPP pasti akan memberi beberapa kesan negatif kepada negara. Namun jika ia berjaya dilaksanakan dengan penyertaan sebahagian besar pasaran Asean tanpa Malaysia, kita akan berhadapan masalah lebih besar. Kita akan kehilangan pelaburan asing dan sebahagian pasaran eksport negara yang sekaligus akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan mengakibatkan pengangguran.

Malaysia sebenarnya bertindak bijak apabila berada dalam kelompok terawal membolehkan kita melakukan rundingan menjaga kepentingan kita dalam penentuan terma-terma perjanjian.-MYKMU.NET






8 Komen to Filipina dan Thailand Tidak Mahu Sertai TPPA, Jomo KS Perlu Banyak Membaca

  1. jomobongok says:

    bukan ke dia dulu penasihat ekonomi Barisan alternatif dulu? berjaya ke cadangan dia masa tu? ni semua nak inter frame je

  2. dkds says:

    Sampai bila kita perlu dihidangkan dengan cerita dongengan pihak yg menentang…?bayangkan si jomo ini menipu tahap gaban

  3. azmi says:

    MYKMU kena jelaskan apa kebaikan Perjanjian ini..
    Sehingga hari ini kerajaan Najib masih berahsia tentang TPPA..
    Dua kali OBAMA datang ke Malaysia dan Najib main golf dengan Obama pasal TPPA ni..
    Rakyat hendak tahu apa bijik butirnya perjanjian ini..
    Ahli Parlimen pun kabur tentang benda ni..
    So saya mintak bijak pandai dalam MYKMU ni tolong jelaskan sejelas-jelasnya….

  4. sman says:

    Kalau betul pun Thailand ,Filipina,Indonesia dan Korea Selatan tidak berminat ,biarkan lah, Malaysia tidak perlu ‘mengikut’ orang lain.Conffidence lah pada diri sendiri,laksanakan apa yg kita rasa bagus utk negara kita.Kalau perlu bersaing pun bersaing lah,jangan jadi macam syarikat Proton yg sentiasa menyalahkan persaingan yg menjadikan Proton tidak berjaya.

  5. geekpuk2 says:

    Alhamdulillah

    Lepas China, USA pula melabuhkan sayapnya ke Malaysia

    kemasukan pelaburan asing dari USA, liberalisasi ekonomi , penghapusan subsidi dan hak istimewa akan meransangkan lagi iklim perniagaan negara

  6. falsafah says:

    wahai pembantah-pembantah TPPA sekalian.. ambik kau.. pembantah ye yang dipanggil.. sedar ke idok apa erti 12 buah negara pengasas??? sekarang ni dah masuk pusingan kedua TPPA.. tahu tak apa peranan negara pengasas TPPA ni?? mempunyai pengaruh dalam pembuatan keputusan menentukan terma-terma dalam TPPA.. runding punya runding, siapa yang untung.. malaysia tau.. TPPA ni bukan perjanjian perdagangan yang pertama di malaysia.. dah berlambak agreement pun malaysia dah sign.. boleh nampaklah kesan positif dan kesan negatif daripada agreement yang lepas-lepas.. daripada fikir nak malaysia tarik diri dari TPPA ni, baik fikir benda lain yang bagi faedah.. bersukan kan lebih baik.. takkan tengok je, take it shot.. jom kita bersukan.. eh jangan kata takdak kena mengena pulak ye.. why not bersukan.. mm apa kata menari.. asalkan berpeluh.. keluarlah toksin-toksin dalam badan tu.. baru segar sikit nak berfikir pasal TPPA ni. 6000 muka surat tu.. selamat membaca dan menghadam ye.

  7. rockers says:

    jgn gebanglebih2. bg tau pd rakyat manafaat tppa..

  8. rakyat smart says:

    Kan dah keluar dokumen 6000 mukasurat tu cik Azmi ooi. Bacalah jangan pemalas sangat. Jangan jadi burung kakak tua ulang balik apa orang cakap. Bentuk keputusan sendiri.

    http://fta.miti.gov.my/miti-fta/resources/MITI_TPPA.pdf

Leave a Reply

Threesome