Menu Utama

Faedah empat peratus pinjaman perumahan kekal

Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, kadar faedah empat peratus ke atas pinjaman perumahan penjawat awam kekal meskipun Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) diperbadankan menjadi Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) bermula 1 Januari lalu.

Perdana Menteri berkata, ke­mu­dahan lain termasuk jumlah kelayakan pinjaman juga dike­kalkan.

“Ingin saya tegaskan di sini, kemudahan yang dinikmati oleh penjawat awam seperti jumlah kelayakan pinjaman, kadar faedah ke atas pinjaman perumahan iaitu sebanyak empat peratus dan kemudahan lain adalah dikekalkan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perhimpunan Khas Kementerian Kewangan di sini hari ini.

LPPSA yang diperbadankan bermula 1 Januari lalu merupakan sebuah badan berkanun yang bertanggungjawab bagi mengurus semua perkara berkaitan pinjaman perumahan penjawat awam.

Dalam pada itu, Najib memberi­tahu, kerajaan akan membuka la­pan lagi Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara pada tahun ini sebagai tambahan kepada 10 UTC yang sedia ada yang telah pun memberi perkhidmatan kepada 10.3 juta orang.

“Insya-Allah, bagi tahun 2016 ini, kita akan lihat lapan UTC akan siap sepenuhnya, antaranya, UTC Labuan, UTC Sungai Petani, UTC Miri, UTC Sibu dan UTC Kelantan,” katanya.

Dalam perkara lain, beliau memberitahu, program ‘Bumipreneurs for Tomorrow’ (Bahtera) yang bermatlamat menggalakkan bumiputera dalam bidang keusahawanan akan diperluaskan tahun ini berikutan kejayaannya tahun lalu dalam menarik kehadiran 15,000 orang peserta.

Sementara itu, dalam ucapannya, Najib turut mengucapkan tahniah kepada semua warga Kementerian Kewangan atas kejayaan kementerian berkenaan mendapat penarafan empat bintang dalam Pengauditan Indeks Akauntabiliti bagi Tahun 2014.

“Ini menunjukkan bahawa Kementerian Kewangan mampu untuk menguruskan kewangan dengan cekap, teratur dan berinte­griti,” katanya.

Utusan






Satu Komen to Faedah empat peratus pinjaman perumahan kekal

  1. semangat dato' haron says:

    Teruskan bekerja Dato’ Seri. Kami sentiasa di belakang menyokong kempimpinan Dato Seri

Leave a Reply

Threesome