Menu Utama

Dulu Zakat, Sekarang Duit Tabung Haji Pula?

Tabung HajiMungkin suratan, mungkin juga kebetulan.

Begitulah yang dialami oleh penulis beberapa hari yang lalu, apabila melalui aplikasi WhatsApp, seorang rakan telah melontarkan karangan kononnya dari pekerja Tabung Haji sendiri. Isunya, berkaitan dengan kebocoran kandungan surat dari Bank Negara Malaysia kepada Tabung Haji.

Tipikal pembangkang, asal ada isu yang melibatkan GLC kerajaan, maka akan berterbanglah ke serata alam kononnya “luahan pekerja syarikat”.

Penulis cuba menerangkan, sambil merujuk kepada kenyataan rasmi Tabung Haji sendiri, selain artikel yang diterjemahkan oleh JASA bersumberkan NST.

Sebagai tambahan, penulis memberitahu, bahawa serangan ke atas institusi Islam dan Melayu di negara ini mungkin bukan bersifat kebetulan, kerana jika dilihat, ia bermula dari perkara asas seperti agihan kutipan zakat kepada golongan yang tidak berhak. Rentetan daripada itu, kita melihat, dan membaca bagaimana saban hari segala yang berkaitan dengan institusi ini menjadi modal serangan pihak-pihak tertentu.

JAKIM, MARA, FELDA, YPEIM dan Tabung Haji, seharusnya sudah mula faham, dan bersedia menerima serangan dari pihak-pihak tertentu. Di mana ada institusi Islam dan Melayu yang mempunyai kekuatan dana, maka disitulah serangan akan dihalakan, sungguhpun ianya bersifat isu separuh masak.

Motifnya, penulis berpandangan mereka cuba menghilangkan keyakinan orang Islam dan Melayu ke atas institusi-institusi tersebut. Setelah institusi-institusi tersebut rebah, maka hilang sudah tempat untuk orang kita bergantung. Hilang tempat bergantung, lebih mudahlah menawan hati dan minda orang kita, atau pun menolak supaya beransur. Sukar menawan kesemuanya, cukup sekadar pecah dan perintah.

Menerusi perbincangan di dalam grup WhatsApp itu juga, penulis memberitahu rakan-rakan, jika tidak percaya, tunggulah sikit hari nanti. Pasti ada yang cuba menangguk di air keruh.

Keesokkan harinya, tiba-tiba DAP pula campurtangan dalam isu tersebut. Betul telahan penulis. Mungkin suratan, mungkin juga kebetulan.

Mungkin cuba menjadi hero, tetapi tidak mustahil mungkin juga sedang memerhati dan mahu tahu kekuatan aset-aset sebenar institusi milik orang Islam.

Adakah mereka punya keberanian untuk audit dan bentangkan kepada kita dakwaan derma berbillion ringgit yang diperolehi oleh parti mereka dari Israel?






4 Komen to Dulu Zakat, Sekarang Duit Tabung Haji Pula?

  1. system baru says:

    Cuba korang fikirkan dap orang tahu peralatkan agama sama macam pas di belakangnya orang yahudi peralatkan agama Kristin di amerika untuk nafsu yahudi di amerika. Cuba tengok cara dap seolah2 sama cara Obama itu.
    ada pemimpin dap disokong pkr dulu cakap zakat boleh bagi pada bukan islam dia lupa wang zakat hanya untuk orang islam, wang jizyah bukan islam. Kebanyakan asas agama islam pun tak tahu.

    Adakah kita mahu negara Malaysia ini jadi boneka yahudi yg hanya tahu peralatkan agama Kristen itu lihat di amerika kristen di peralatkan golongan yahudi kepentingan mereka, akhir sekali ada golongan Kristen LGBT di amerika.

    Aku Sebagai orang islam aku perhatikan tindak tanduk golongan pergunakan agama ini. Dap Cuba menubuhkan negara Kristen LGBT seperti amerika Dan negara euro itu. Korang kena tahu amerika ini sekarang telah menuju ke negara demokasi LGBT empayar Rome

    Ancaman orang islam ialah demokasi Kristen LGBT empayar Rome, mereka Cuba perkenalkan budaya kristen Rome LGBT di Malaysia ini. Rusia dan china sedar ancaman tersebut mereka menbasmi golongan peralatkan agama kristen, sebab china musnahkan gereja terbesar di china Dan golongan paderi2 Cuba menghasut Rakyat china dirusia pula kerajaan rusia menangkap paderi berfaham LGBT.presiden Putin tahu golongan LGBT ini sedang peralatkan agama kepentingan diri

    Dap Cuba cari kesalahan T,Haji itu dengan cara fitnah supaya orang islam hilang keyakinan terhadapt T,haji itu

  2. burrpp.. says:

    Salah satu cara untuk menanam kebencian orang Melayu kepada BN UMNO adalah dengan kaedah menjaja cerita-cerita fitnah dan separuh masak bagi menaikkan kemarahan, kerana orang Melayu amat sensitif dengan perkara-perkara yg berkaitan agama Islam dan beberapa institusi bumiputera. Ini dapat diperhatikan dengan serangan demi serangan yg bertali arus terhadap YAPEIM, Tabung Haji, Pusat Zakat, Khutbah Jumaat, MARA, UiTM dan beberapa isu lagi yg telah memberikan indikator salah kepada rakyat. Rakyat yg agak beremosi akan mempercayai secara melulu, tanpa mahu memeriksa kebenaran, walaupun para ustaz dan agamawan sering memberikan hadis peri penting kita menyemak kesahihan berita.

  3. BERLAGAK BODO says:

    kalau nk mencari slh org tu mmang nmpk sgt..klau dri sndri x sedar dri…rakyat smua dh thu permainan nye..xpyh la nk sgkut kn ker negara org lain..negara sndri pon dh jadi kacau bilau..

  4. cyst says:

    susah sangat ke nak terima pengurusan th ade kekurangan. sebelum tunding kat org lain ade empat jari tunding balik. perbaikilah diri supaya tiada kelemahan yg boleh diexploitasi

Leave a Reply

Threesome