Menu Utama

Dua Lagi Mara Digital Mall Akan Dibuka Jun Ini

Dua lagi pusat barangan teknologi maklumat (IT) Bumiputera, MARA Digital Mall akan dibuka selewat-lewatnya Jun tahun ini di Anggerik Mall, Shah Alam dan Glomac Mall, Damansara.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia berikutan maklum balas positif yang diterima daripada orang ramai selepas pembukaannya di MARA Atrium Mall di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini.

“Sejak ia dibuka pada Dis lepas, peniaga memaklumkan menerima maklum balas yang baik daripada pelanggan dan jualan mereka juga meningkat.

“Oleh sebab itu kita akan tambah lagi dua pusat IT seumpamanya kerana selain memberi banyak pilihan, penubuhan pusat ini juga dapat membantu golongan Bumiputera dalam perniagaan,” katanya selepas melawat MARA Digital Mall di sini, Isnin.

MARA Digital Mall yang beroperasi Dis lepas menjual pelbagai barangan IT seperti komputer, telefon pintar dan aksesori dan sehingga kini mempunyai 38 gerai.

Sementara itu Ismail Sabri berkata pihaknya turut menyambut baik permintaan daripada negeri-negeri seluruh Malaysia untuk turut serta membuka MARA Digital Mall termasuk di Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan.

Dalam pada itu beliau berkata bagi menjaga kepentingan pembeli, sebuah pusat aduan khas akan dibuka bagi membolehkan orang ramai membuat aduan tentang masalah yang dihadapi seperti kualiti perkhidmatan peniaga dan barangan yang dibeli.

Jelasnya lagi, setiap barangan IT yang memasuki pusat itu akan melalui proses saringan yang dikendalikan oleh Pusat Bekalan IT Tulen, WGN Scan Sdn Bhd yang ditempatkan di dalam MARA Digital Mall bagi menjamin kualiti dan ketulenannya.

— BERNAMA






2 Komen to Dua Lagi Mara Digital Mall Akan Dibuka Jun Ini

  1. Go Pro Bro says:

    Tahniah Mara Digital. Tumbuhkan banyak lagi outlet umpama cendawan selepas hujan. Juga ingin melihat rangkaian outlet penjual/pengedar kapcai bumiputera diseluruh negara.

  2. anoi says:

    yes, semarakan & rancakan melayu meniago, macam kat petronas timokasih datang lagi, org melayu hebat meniago & ramah tamah biar depa kata rasis. pedulikan. kito melayu sama2 menyokong utamakan kodai melayu.depa ingat kito ni tak pandai meniago, beri peluang & pimpim mereka. zaman dulu org melayu la juara meniago seantaro dunio pulak. cuma skrg sejak merdeka malaysia pimpinan melayu je kedepan selang seli dgn kroni kearah meluat nak muntah walhal perniagaan dlm negara melayu masih jauh ketinggalan.

Leave a Reply

Threesome