Menu Utama

‘Dua kem’ atau SPRM kejar ranking TI?

Tidak tahulah sama ada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed sudah hilang kawalan terhadap pegawainya.
Bukan kerana apa, apabila ketua bercakap, pegawainya pula ‘pusing’ sebelah lain.

Apabila Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengumumkan tiada alasan untuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung siasatan sumbangan dana RM2.6 bilion serta SRC International, Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohd. Zin bernada lain pula.
YM_MACC_Kassim_20150611_04_620_412_100
SPRM, kata Bahri, ‘berkemungkinan besar’ akan merayu terhadap keputusan Peguam Negara itu yang menutup kes tersebut. Ini kerana kes berkenaan, dakwa Bahri, sebagai straightforward (tidak kompleks).
Tindak-tanduk Bahri itu ba­gai­­­manapun bukanlah suatu yang pelik. Sebelum ini pun, beliau mengetuai siasatan terhadap syarikat SRC International dan pernah menerima notis pindah tugas ke Jabatan Perdana Menteri tahun lalu.

Insiden berlaku selepas beliau bersumpah untuk membawa dalang ke muka pengadilan ketika pegawai SPRM yang terbabit dalam siasatan kes itu berdepan tindakan daripada polis.
Arahan perpindahan itu kemudian dibatalkan.

Pada masa sama, pegawai SPRM juga didapati mengadakan dialog bersama pemimpin pembangkang yang mengunjungi Ibu Pejabat SPRM.

Ya, kita tabik kepada Abu Kassim kerana mengeluarkan ke­nyataan tidak akan bertoleransi terhadap mana-mana pegawai SPRM yang mengeluarkan ke­nyataan tanpa kebenarannya dan bercanggah dengan ketetapan tersebut.

Tetapi mengapa Bahri boleh te­rus berbuat sewenang-wenang­nya?

Katakanlah Ketua Polis Negara mengeluarkan satu arahan, namun pegawai kanan atau mana-mana pegawainya mengumumkan satu lagi arahan, tidakkah huru-hara dibuatnya situasi dalam negara?
Jadi, mengapa Abu Kassim boleh terlepas pandang tindak-tanduk Bahri yang mengeluarkan kenyataan kepada media tanpa kelulusannya?

Perlakuan Bahri dan Abu Kassim sendiri mewujudkan suasana ‘mengelirukan’ dalam kalangan rakyat. Ia seperti ‘peperangan terbuka’ untuk ‘mencemar’ imej pucuk pimpinan dan juga kerajaan, bukankah begitu?
Antaranya yang dikupas daripada tindak-tanduk SPRM ini:
– SPRM mengeluarkan ke­nyataan media berbaur negatif yang seolah-olah menjatuhkan reputasi pemimpin dan kerajaan pada setiap peluang yang ada.

– Mengadakan sidang media terbuka bersama Ketua Pembangkang.
– Merangka satu kertas pertuduhan terhadap pemimpin wa­laupun sebelum siasatan dimulakan dan sebelum proses soal siasat dijalankan terhadap pe­mimpin terbabit – justeru, bagaimana bo­leh dianggap sebagai proses yang adil?

– ​Memberikan cadangan pertuduhan terhadap pemimpin, walaupun tanpa sebarang asas perundangan.
Kita bimbang dengan arahan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang mungkin dilanggar lagi selepas ini sekali gus hanya memberi gambaran – mungkinkah SPRM telah dipolitikkan? Dipolitikkan dengan kemungkinan badan ini terbahagi kepada ‘dua kem’?

Atau mungkinkah semata-mata ada individu dalam SPRM mahu mengejar ranking indeks persepsi rasuah atau Corruption Perceptions Index (CPI) Transparency International (TI)?

Zulkifli Jalil
Utusan






2 Komen to ‘Dua kem’ atau SPRM kejar ranking TI?

  1. johan says:

    Pelik.. dlm suatu organisasi hanya ketua pengarah sahaja boleh beri kenyataan. Nampsk tak jahatnya di Bahri ni
    Jika berakhlak dila bagitahu siapa yg bersetubuh pejabat. Kenapa bini boleh bagi msklumat sprm flm fb? Kenapa tiada penyrlesaian kes TBH, Rusli dan lain-lain? Yang diusahakan hsnya nsk jatuhksn PM. Bahri ni ejen DAP ke tidak?

  2. Hantu Gigi Jarang says:

    Selalunya bos yang kaki cover…

Leave a Reply

Threesome