Menu Utama

Doa Untuk Jakarta: POTA, SOSMA Dan Sandiwara

sosmaDoa untuk Jakarta, jiran serumpun, semoga segalanya dalam keadaan terkawal. Takziah diucapkan kepada seluruh rakyat Indonesia atas serangan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan keamanan negara Garuda itu.

Mengikuti perkembangannya, penulis mendapati majoriti rakyat Indonesia, baik marhaen atau ahli politik melahirkan rasa dukacita dan meluahkan ketidakpuasan hati mereka berhubung serangan tersebut. Segalanya kelihatan sepakat, dan satu hati bagi menghadapi pasca serangan.

Berbeza di Malaysia, pengalaman kita menyaksikan bagaimana pencerobohan berdarah Lahad Datu dilabel sebagai sandiwara oleh golongan-golongan tertentu. Malang, apabila negara sedang dihadapi dugaan, wujud pula golongan manusia yang lebih berminat untuk mempolitikkan apa yang berlaku. Terkorbannya nyawa perajurit adalah lakonan, begitu juga airmata yang gugur kerana kehilangan orang tersayang. Betapa tebalnya kebencian kepada negara, sehingga menafikan perkara serius seperti pencerobohan ke atas kedaulatan negara.

Tatkala SOSMA dan POTA dibahaskan untuk kelulusan Parlimen, tidak hanya ahli politik mereka, malah penyokong mereka juga memainkan peranan untuk menggagalkannya atas alasan ianya demi ketahanan politik UMNO semata.

Bagaimana dengan laporan penahanan individu yang dipercayai anggota IS oleh kerajaan Malaysia yang turut didakwa sebagai sandiwara oleh penyokong-penyokong mereka? Tidak mustahil, jika penahanan tersebut tidak dilakukan, mungkin sahaja Kuala Lumpur akan mengalami nasib yang sama seperti Jakarta.

Inilah bukti bahawa undang-undang yang ketat seperti SOSMA mahupun POTA amat perlu demi melindungi negara ini. Amat bertepatan sekali perkara-perkara ini diberi keutamaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak yang konsisten menolak ekstrimisma seperti IS.

Mungkin juga golongan-golongan yang hampir kepada sifat petualang ini lebih gemar jika Malaysia diserang, kerana itu memberi ruang dan peluang untuk mereka terus mengkritik pihak berkuasa, tentera dan kerajaan Malaysia. Penyelesaian? Jangan harap mereka akan beri penyelesaian, kerana terbukti sudah berkuasa di beberapa buah negeri sekalipun, mereka tetap cuba menyalahkan kerajaan pusat atas kegagalan mereka sendiri untuk mentadbir.

Semoga Allah terus pelihara negara ini dari petualang, dan kuncu-kuncunya.






Leave a Reply

Threesome