Menu Utama

Demo TPPA: Ulangan Bantahan Lynas & GST Dululah, Nak Tipu Rakyat

Malaysia

PAKATAN pembangkang yang diketuai DAP katanya nak mengadakan demo Sabtu ini bagi membantah penyertaan Malaysia dalam TPPA.  Ayat-ayat macam jual kedaulatan negara, jadi koloni USA dan sebagainya digunakan dan puak-puak ini memang cukup handal bab letak label penipu macam ini.

Seperti demo membantah pembinaan kilang Lynas di Kuantan tak berapa lama dulu la, konon kanserlah, konon pencemaran radiasi lah dan sebagainya tapi penyudahnya apa pun takde.  Silap-silap generasi demo yang nak berdemo Sabtu ini pun tak ingat Lynas tu apa benda.

Begitu mudah lupa.  Hakikatnya yang ‘radiasi’ dan ‘kanser’ itu, tidak ada lain, pembangkang itulah kanser dan radiasi yang sebenarnya.

Samalah juga macam GST.  Setakat hari ini tidak ada seorang pun rakyat yang  mati atau jatuh miskin kerana GST.  Realitinya pusat membeli belah sentiasa penuh, lebih lagi hari Sabtu (hari sesuai nak anjur demo, boleh tumpang crowd), jalan tak pernah yang tak sesak dengan kereta tapi masa demo, digambarkan begitu teruklah sekali GST ni.

Dah laksana, semua orang hidup macam biasa.  Kos sara hidup?  Ada takde GST, kos sara hidup tetap naik, zaman nenek kau muda dengan sekarang, harga barang tetap tak sama, naik jugak.

Jadi sekarang mereka nak mula balik dengan TPPA.  Sebab tahu jenis yang tak cukup akal ni ramai, maka kesempatan diambil untuk meracun pemikiran rakyat.  Penulis tak nak ulas panjang TPPA ni apa sebab konsep asasnya ialah TPPA ini peluang meluaskan pasaran produk negara, dengan apa perkara macam itu jadi salah?

Logik mudah.

Kebimbangan macam-macam yang ditimbulkan pun tak realistik, sama macam Lynas dulu.  Konon dengan TPPA, ubat akan jadi mahal, nak tanya sikit, sejak bila yang rakyat Malaysia bayar ubat ikut harga pasaran di hospital-hospital kerajaan yang nak bimbang sangat ni?

Ambik satu dua itupun dah cukup membuktikan bahawa demo pakatan pembangkang yang diketuai DAP ini ke atas perlaksanaan TPPA adalah semata-mata bantahan politik, bukan ada kesan sama sekali kepada rakyat.  Pakatan pembangkang yang diketuai DAP, taknak lihat negara maju dan makmur dengan perlaksanaan TPPA sebab kalau negara maju dan makmur, sukarlah mereka nak cari makan.

Maka itu yang baik akan diburukkan, yang cantik akan dihodohkan dan sebagainya, itu saja sebab, politik mereka, tidak ada lain.  Baik lagi TPPA sebenarnya dari lantik seorang peliwat jadi Perdana Menteri dan perjuangan sebenar Pakatan pembangkang yang diketuai DAP ini ialah itu, bukan rakyat.

Yang nak terikut-ikut sangat ni buat apa?






2 Komen to Demo TPPA: Ulangan Bantahan Lynas & GST Dululah, Nak Tipu Rakyat

  1. geekpuk2 says:

    Alhamduliilah

    Adamyan dan MyKMU menyokong TPPA

    Perjanjian yang bakal meluaskan lagi liberalisasi ekonomi,penghapusan subsidi dan hak istimimewa tempatan

    Biarkan pakatan haram melalak . Kita sokong GST dan TPPA

  2. ayam says:

    hidup amerika! hidup obama!

Leave a Reply

Threesome