Menu Utama

Demo TPPA: PAS ‘Bersendirian’ Di Padang Merbuk

20160122223843

DEMONSTRASI membantah perlaksanaan TPPA yang diadakan di Padang Merbuk hari ini, membayangkan perpecahan ketara di kalangan parti-parti pembangkang bila demonstrasi haram itu nampak dikuasai lebihnya oleh puak-puak PAS sahaja.

Puak-puak dari suku lain, tak begitu ketara walaupun dikatakan ada lebih 60 NGO lain akan turut menyertai demonstrasi haram tersebut.  NGO-NGO yang cenderung pakatan pembangkang yang diketuai DAP seperti Bersih, Lynas dan lain-lain tidak begitu menyerlah, kalau ada pun, tenggelam dek baju hijau.

Agaknya sebab itu puak mata sepet kurang nampak.

Mungkin akibat semalam DAP dan PAS berbalas-balas perang mulut.  Yang PAS tuduh DAP & PKR senyap-senyap sokong TPPA (pura-pura bantah) , yang DAP hentam PAS balik sebab dedah ‘rahsia’ itu.

Demonstrasi yang diadakan pada hari sama Sogo mengadakan jualan murah itu juga, nampak menarik perhatian begitu ramai kaum wanita, tua dan muda termasuk budak-budak sekolah.  Malah penulis sempat bertemu dengan sekumpulan pelajar sekolah Tahfiz berusia lingkungan 16-19 tahun yang sedang menjamu hidangan di sebuah restoran berhampiran.

Tak faham pun TPPA tu apa benda, datang hanya sebab dibawa oleh orang yang lebih tua.

Apa pun yang penting disini, nak disebut bahawa bantahan ini sama macam bantahan-bantahan yang lain diadakan pembangkang – tidak akan memberi kesan.

Hakikatnya, hal-hal macam ini ditentukan kerajaan memerintah berdasarkan kekuatan dalam parlimen dan Parlimen sekarang dikuasai sepenuhnya oleh BN dengan 134 kerusi berbanding pembangkang 87.

Jadi nak duduk ramai-ramai buat apa kalau hasilnya tetap tidak ada.  Kalau kerajaan nak buat, kerajaan akan buat dan terbukti, apa yang dibuat kerajaan itu (yang dibantah sebelum ini) memang ada manfaat kepada negara dan rakyat.

Macam bantah GST hari tu, apa hasil ada?  GST tetap dilaksanakan kerajaan dan tidak ada bukti seorang rakyat yang mati kebulur atau jatuh miskin kerana perlaksanaan GST.



« (Previous News)



7 Komen to Demo TPPA: PAS ‘Bersendirian’ Di Padang Merbuk

  1. cina malaysia says:

    masa bersih 4 pas pun tak join……apa guna ph nak join kali ini….hadi ini pun satu sekejap nak kerjasama dengan umno sekejap nak bantah dasar umno….buat apa nak berlakon di sini….keliru…..

  2. azm says:

    Pas bukan blh percaya sgt..bukan ikhlas pun nak kerjasama..tak perlu terhegeh2 ajak pas yg bukan kuat pun..cuma perasan dia tu banyak pengikut..parti dah pecah dua pun masih sombong..ekonomi tak bijak nak cerita pasal tppa..nampak sgt sokong melayu mundur..bab ni cina dap nampak bijak..nanti kena pijaklah org melayu..

  3. burrpp.. says:

    Kebetulan tadi nk pg UTC Pudu nak renew passport, tgk ramai makhluk berbaju hijau kat dataran, yg muda yg tua bangka, yg nenek yg atuk ada kelihatan. Kalau ditanya apa itu TPPA pun ntah faham ntah tidak. Apa yg penting, datang bantah tanpa tahu hujung pangkal. Memang nampak tak ramai tadi, agak-agak kalau mcm tak best je blh sggh kat Jalan TAR ataupun Coket yg tak.

  4. sman says:

    Mereka tak tahu apa pun pasal TPPA ni,Pas memang lemah dalam bidang ini.Sebaiknya mereka berbincang dulu dgn pihak kementerian Tok Pa utk mengetahui ianya dgn lebih jelas,sebelum membuat bantahan.Kalau dah faham dan tak puas hati juga barulah buat bantahan.

  5. Anak_Nogori says:

    Komuniti perniagaan sokong tppa, takkan pkr dan dap nak bantah..peluang pasaran pun besar…lagi manyak untung maaa…pas je yg entah hapa tah.

  6. ayam says:

    Ini la namanya diperalatkan oleh kaum sendiri

  7. arul belanda says:

    PAS ni dari dulu sampai sekarang, tak pernah nak jadi cerdik….beballl memanjang..tu pasal senang kena tendang, kena buli selalu…

Leave a Reply