Menu Utama

Demi Allah, Najib tidak terlibat – Sirul Azhar

Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar bersumpah dengan nama Allah SWT bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Dia melafazkan sumpah itu menerusi rakaman video terbaharu yang menjadi viral di Facebook dan Twitter selepas disiarkan oleh laman Facebook ‘Barisan Merdeka’ hari ini.

“Saya lafazkan di sini, wallahi, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak langsung tidak ada terlibat dan tidak ada kaitan dalam kes,” katanya.

Sirul Azhar memberitahu, dia mengerti tentang kehendak sesetengah pihak yang berkepentingan untuk menjatuhkan individu tertentu.

Walau bagaimanapun, Sirul Azhar menegaskan, dia tidak pernah diajar dan diasuh untuk memfitnah orang lain.

“Adalah dosa besar kepada saya jika saya memfitnah seseorang itu,” jelasnya.

Rakaman video berdurasi 54 saat itu merupakan pengakuan ketiga Sirul Azhar berhubung isu kes pembunuhan Altantuya yang disebarkan melalui media sosial.

Pada 21 Januari lalu, Sirul Azhar melalui rakaman video pertama menyuarakan kekesalan dengan tindakan pihak tertentu termasuk segelintir agensi media yang cuba mengambil kesempatan dengan memperalatkannya untuk menjatuhkan dan memfitnah individu lain.

Sementara itu, melalui rakaman video kedua yang tersebar menerusi media sosial pada 24 Januari lalu, dia turut mengesahkan dakwaan pihak tertentu kononnya Altantuya mengandung ketika dibunuh adalah tidak benar.

Sirul Azhar dan bekas pegawai UTK, Azilah Hadri dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Per­sekutuan pada 13 Januari 2015 kerana membunuh Altantuya sembilan tahun lalu, tetapi Sirul Azhar bertindak melarikan diri ke Australia.

Utusan






2 Komen to Demi Allah, Najib tidak terlibat – Sirul Azhar

  1. sman says:

    Nanti akan ada suara yg mengatak ‘Sirul sudah di beli’.Bagi mereka yg begini,sumpah dgn nama Allah tidak memberi nilai apa-apa ,yg penting bagi mereka ialah suara syaitan fitnah mereka misti di dengar dan di patuhi.Nama Allah hanya boleh di gunakan bila mahu mempertahankan mereka,misalnya mereka akan berkata’Aku ada Allah engkau ada kuasa’,demi menunjukan mereka berada di pihak yg benar kononnya.Hasad dengki dan busuk hati itu cerita lain.

  2. Memang Terok says:

    Untuk sesiapa melafazkan wallahi, wabillahi, watallahi… bukan perkara yang ringan saperti melafaz lirik lagu.

    Atas sebab itulah AnwarIbrahim tidak pernah bersumpah walau pun didesak olih berbagai pihak untuk membukti kebenaran dirinya . SEdangkan Ummi melafaz kalimah itu berulang kali menyokong pernyataannya atas issu yang berkaitan. Sementara Saiful melakukannya didalam masjid langsong mengulanginya di Baitullah selepas itu.

    PM Najib sudah melafaznya dihadapan saksi dan kini kita dengar anggota UTK yang masih didalam tahanan itu pula melafaznya. Palsukah pengucapan itu dari mereka semua. Jika palsu ditelinga manusia, bagaimana kesaksian para malaikat yang langsong menyampaikan pada Allah s.w.t.

    Insaflah wahai semua. Ukurlah menafaat yang anda terima hasil dari menolaknya atau pun mempercayainya. Penulis memilih untuk mempercayai bahawa sumpah itu tulin kerana penulis tidak kerugian apa2 , juga tiada keuntungan diperolihi jika berfikir sebaliknya.

Leave a Reply

Threesome