Menu Utama

Datuk Seri Najib Nafi Terima RM42 juta Dalam Akaun Peribadi Melalui SRC

the malaysian insider

The Malaysian Insider didapati berbohong lagi apabila menerbitkan artikel yang bertajuk “Najib admits getting RM42 million from SRC, but tells Ling to prove it”. Artikel tersebut dilihat bertujuan untuk memfitnah Datuk Seri Najib bagi memberi gambaran bahawa PM tidak layak untuk mentadbir negara.

Najib melalui peguamnya telah menafikan laporan yang mendakwa beliau mengaku menerima RM42 juta dari SRC International ke dalam akaun peribadi beliau.

Portal The Malaysian Insider mendakwa bahawa Najib telah membuat pengakuan di dalam kenyataan yang difailkan pada 12 Januari melalui firma Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

Menurut kenyataan balas Najib berkenaan tuntutan gantirugi (defamation suit) terhadap bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik, beliau hanya “acknowledged” perpindahan dana berjumlah RM42 juta ke dalam akaun plaintif melalui AmPrivate Banking. Tidak ada sebarang spesifikasi berkenaan SRC International.

“Tetapi plaintif tidak tahu menahu yang ianya dilakukan melalui dua perantaraan sebagaimana tuduhan defendan. Oleh itu, defendan diminta membuktikannya,” menurut kenyataan tersebut. Mereka tidak pernah menyebut yang ianya SRC.

Sebelum ini pihak SPRM telah mengesahkan bahawa derma RM2.6 bilion bukan dari dana 1MDB. Namun begitu, pihak anti Najib dan pembangkang masih berusaha mengaitkan 1MDB dengan perdana menteri kita melalui SRC International.

Untuk makluman, SRC International merupakan subsidiari kepada 1MDB yang kini masih disiasat.

Isu ini dibangkitkan apabila parti pembangkang iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) cuba membatalkan keputusan pilihanraya umum yg ke 13 dengan menggunakan isu derma RM2.6bilion (dana politik). Mahkamah sivil telah memutuskan yang ianya bukan dalam bidang kuasa mereka untuk memutuskan maka dengan itu PKR diarahkan membayar kos mahkamah.

Nampaknya pembangkang dan golongan anti Najib masih cuba mencetuskan kesangsian dan perasaan ragu-ragu di hati rakyat Malaysia. Ini merupakan perkembangan yang cukup tidak sihat untuk negara. Kita sepatutnya berganding bahu bagi menangani masalah ekonomi dan pengganas IS yang kini makin mengancam ketenteraman awam.

Tuduhan yang dicetuskan oleh Malaysian Insider ini perlu ditangani segera. Mereka perlu diambil tindakan bagi memastikan perkara ini tidak berulang lagi memandangkan ini bukanlah kali pertama portal tersebut melaporkan berita yang berbaur fitnah dan menghasut.






11 Komen to Datuk Seri Najib Nafi Terima RM42 juta Dalam Akaun Peribadi Melalui SRC

  1. azmi says:

    setakat menafi je budak tadika pun biasa buat…
    Nafikanlah dengan bukti-bukti dan bersemuka dengan orang yang menuduh…
    Saman lah dan nafikan di mahkamah…

  2. azmi says:

    setakat menafi je budak tadika pun biasa buat…
    Nafikanlah dengan bukti-bukti dan bersemuka dengan orang yang menuduh…
    Saman lah dan nafikan di mahkamah…
    ADA BRANI???

  3. dkds says:

    Wahai azmi , ini adalah kes saman lah …berita malaysinsider duk spin dari maksud sebenar berdasarkan kenyataan PM kepada mahkamah…skg ni dr ling kenalah buktikan apa yang dia katakan adalah benar

  4. tarabas says:

    LOL si azmi..

  5. awat says:

    apa lah si azmi ni, yang menuduh kenelah buktikan..betol tak dkds?

  6. ayam says:

    Yang pasti najib tak nak saman dan tak nak bawak mahkamah.

  7. system baru says:

    Sila bagi bukti azmi kalau cakap tin kosong baik tak payah ia tunjuk bukti blog2 pembangkan itu dulu anwar di jatuhkan pun bukti dia jatuh ke tangan kalpa .
    Lupa mana boleh bawa kes itu ke mahkamah selagi siasatan belum selesai, siasatan belum selesai boleh bawa kes itu kemahkamah APA punya bodoh azmi ini.
    Aku tak penah tengok polis buat kerja siasat ‘belum habis dah bawah kes itu ke mahkamah, APA kah pac bodoh sangat pasal undang2, sila jawab azmi ini

  8. ayam says:

    liong sik cuma nak lawan saman najib la..najib yg start nak saman dulu…pastu tiba2 mcm tak jadi jer sebab hakim kata setel2 la kat luar….semacam je sebab tak sangka cina tu sanggup berdepan saman dia di mahkamah. terkedu la najib sebab kang semua terburai.

  9. rockers says:

    hai.. takkanlah tak tau mane dtg 42j tu… bangang ke ape

Leave a Reply