Menu Utama

Dana RM 2.6 Billion: Arab Sah Tak Gila, Siapa Yang Gila Sekarang?

donation

MELAINKAN agensi berita antarabangsa seperti BBC ini sudah jadi milik UMNO/BN dan ada pulak bukti bagi mengesahkannya, selamatlah untuk dikatakan disini bahawa Arab tidaklah gila bila bagi derma berbilion ringgit (atau beratus juta USD) kepada sesiapa sahaja yang dimahukannya.

Tun Mahathir kata sebelum ini Arab gila saja yang bagi berbilion RM derma.

Ikut laporan BBC disini, pandangan itu sebenarnya salah. Adalah biasa bagi kerajaan Arab memberikan berbilion sumbangan kepada sesiapa yang mereka mahu.  Lebanon dapat, Sudan dapat, Maghribi pun dapat, itu yang didedah, yang tak didedah entah berapa banyak.

Hanya sebab Mahathir tak pernah dapat derma dari Arab sepanjang 22 tahun memerintah, jangan pulak cemburu bila orang lain dapat.  Lebih dari itu, jangan fitnah kata duit itu dari 1MDB.  Sekarang semuanya sudah terbukti, untung Najib tidak pangkah awal-awal, sebaliknya serah perkara ini untuk disiasat, kalau tidak lagi teruk kerosakannya kepada Mahathir dan pembangkang.

Jadi, persoalan yang tinggal sekarang, siapa yang sebenarnya gila, Arab ke Mahathir?  Jangan kata Datuk Seri Najib Tun Razak pulak (sebab pulang balik RM 2 billion), beliau orang baik, apa yang tak perlu, dipulangkan kembali.  Itu ciri-ciri orang mulia.

Apa pun, Mahathir betul ‘gila’ kalau tak minta maaf dengan Najib sebab tuduh wang itu dari 1MDB, itu dah pasti.  Dosa dengan Allah swt boleh minta ampun, tak kisahlah sebesar mana, dosa dengan manusia, kena manusia yang difitnah itu maafkan, kalau tak ia kekallah sampai ke sudah.

Buatlah apa yang patut. Melainkan tarikh bila nak berpindah ke alam lain, semua perkara yang lain boleh dirancang.  The Mines ke Putrajaya tidaklah jauh, boleh rancang untuk diadakan perjumpaan dan meminta maaf.






14 Komen to Dana RM 2.6 Billion: Arab Sah Tak Gila, Siapa Yang Gila Sekarang?

  1. rakyat smart says:

    Dari dulu lagi Mahathir ni seorang yang pendengki. Sekarang ni siapa malu hahaha. Apa dulu UIA tu bukan ada derma orang Arab juga? Gila betul la Mahathir dan macainya.

  2. sman says:

    Rakyat smart,

    Arab Saudi mungkin upset beri sumbangan pada UIA,kerana akhirnya UIA jadi pusat pembiak pembangkang yg beraliran Muslim Brotherhoods yg bergentayangan dalam Pas ,Abim dan pengikut al Jub yg ketika itu masih dalam Umno.

    Walauapapun sekarang Mahahtir dah tersedak lemas kerana fitnahnya tak menjadi,kata-kata busuknya menjadikan beliau tidak lagi di hurmati kecuali oleh beberapa kerat pengikutnya yg sama berhati busuk seperti beliau.

  3. kakak says:

    Alahmdulillah, beginilah penyudahnya. DS Najib begitu sabar selama ini. Beliau tidak sama sekali melinting. Semoga beliau dan Malaysia terus dilindungi Allah dari apa jua malapetaka politik, alam dan IS.

  4. kakak says:

    ** Alhamdulillah…. (tersilap)

  5. Memang Terok says:

    Tidak keterlaluan ada orang menulis segala tindak tanduk Madey bersangkutan dengan duit . Tak ada satu pun yang kearah membangun ummah & membentuk peribadi insan . Madey buat semua perkara dengan cara terang2an tanpa selindung.

    Dia luahkan ketidak puasan hatinya mengenai YTL, mesin judi Vencent Tan, jambatan begkok dalam serangannya terhadap PM. Tapi segelintir rakyat yang tidak suka meneliti dan menilai ungkitan issue itu, lalu menyokong dia lagi. Mungkin juga bukan kerana berapa betulnya Madey tapi kerana bencikan PM. dari mana terlahirnya rasa benci itu ? hasil titik peloh Madey juga yang mengarang dan mencipta

  6. Gengrembau says:

    Hahaha
    Saper giler sekarang
    Mat arab kater depa tak derma.
    Hahaha
    Makan tuan balik…
    Dedak dedak dedak mau dedak lagi
    Hahaha

  7. rakyat smart says:

    Siapa mat arab yang kata tak tu geng Rembau? Unnamed official? Bapak ko? Eh silap takkan bapak ko arab.

  8. Gengrembau says:

    Ha ha ha sudah carut dah. Biasa la pemakan dedak dah tak leh nak spin
    Habis kiter dicarutnyer
    Saudi government official buat denaial
    Baca syedoutsidethebox la ….. Bukan dok baca aper mykmu tulis aje
    Hahahahahahaha
    Busgis…Dedak kasi tambah satu…

  9. rakyat smart says:

    Lol. Kalau unnamed Saudi official siapa pun boleh jadi. Bagi la nama dan jawatan sekali. Lagi pun belum ada penafian rasmi dari kerajaan. Itu semua quote laporan dari unnamed official.

  10. Gengrembau says:

    A Saudi government official, while declining to comment specifically on the prosecutor’s statement, said the Saudi ministries of foreign affairs and finance had no information about such a gift and that a royal donation to the personal bank account of a foreign leader would be unprecedented. – nasdaq article

    Ye la saper saper leh cerita
    Hehehehehehehe
    Dedak satu lagi… Hehehehe

  11. rakyat smart says:

    Saudi official ni siapa. Agaknya pegawai rendah. BBC punya well-placed source.

  12. Gengrembau says:

    Lol. Kalau unnamed Saudi official siapa pun boleh jadi. Bagi la nama dan jawatan sekali. Lagi pun belum ada penafian rasmi dari kerajaan. Itu semua quote laporan dari unnamed official. -rakyat smart

    Aku quote and unquote ape ko kater kat atas tu…….
    Dedak masuk mata la tu
    Lu tanyer.. Lu jawap
    Tapi spin terlebih ….
    Hehehehehe

    Dedak tabur ader? Hehehehehehehe

  13. Apa Lah.. says:

    SO? cepat2 lah pergi minta maaf kat PM kalau ada sesiapa yang menabur fitnah pasal 2.6 billion nie…. especially yang BETUL-BETUL yakin 2.6Billion ni datang dari 1MDB.(entah mana korang dapat info palsu nie ha??)

    Korang kena ingat…. kita hanya mampu bertanya… jangan pula kita menjawab soalan yang bukan kita tidak tahu kerana ianya boleh menjadi fitnah…!!!!

  14. Gengrembau says:

    Sapa rase besalah la mintak maaf
    Tapi pasal dedak.. Lntak la..

    Dedak oh dedak…..

    Hehehehe

Leave a Reply

Threesome