Menu Utama

Dana Rakyat Tidak Digunakan Untuk Selesaikan Isu 1MDB

Dana rakyat tidak digunakan untuk menyelesaian isu dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Isu 1MDB yang saya janjikan pada rakyat tempoh enam bulan sudah pun nampak penyelesaian.

“Yang kita banggakan penyelesaiannya dalam bentuk bukan MoU (Memorandum Persefahaman) tetapi dalam ‘agreement’ (persetujuan) yang ditandatangani dan lebih mustahak ia tidak guna dana rakyat sama sekali. Ini perlu saya jelaskan,” katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini hari Isnin.

Pada 23 Nov lalu, Edra Global Energy Bhd, anak syarikat 1MDB menjual semua asetnya kepada China General Nuclear Power Corp dan anak syarikatnya (CGN Group) untuk RM9.83 bilion.

1MDB, Edra dan anak syarikatnya memeterai perjanjian jual beli saham dengan CGN Group untuk jualan 100 peratus pemilikan dalam semua aset tenaganya, iaitu Edra Solar Sdn Bhd, Edra Energy Sdn Bhd, Powertek Energy Sdn Bhd, Jimah Teknik Sdn Bhd, Jimah O&M Sdn Bhd, Mastika Lagenda Sdn Bhd dan Tiara Tanah Sdn Bhd (syarikat operasi Edra).

Transaksi berkenaan dijangka selesai pada Februari tahun ini.

Pada 31 Dis lalu, 1MDB menandatangani perjanjian jual beli saham untuk menjual 60 peratus pegangan Bandar Malaysia Sdn Bhd pada RM7.41 bilion kepada konsortium IWH-CREC Sdn Bhd.

Konsortium itu adalah usaha sama 60:40 antara Iskandar Waterfront Holdings IWH dan China Railway Engineering Corp (M) Sdn Bhd.

Najib dalam perutusan tahun baharu 2016 berkata paras hutang 1MDB telah berkurangan sebanyak RM40.4 bilion berikutan pemeteraian beberapa perjanjian oleh syarikat itu setakat ini.

Laporan sebelum ini menyatakan paras hutang 1MDB sebanyak RM42 bilion, berdasarkan akaun kewangan yang diaudit setakat 31 Mac, 2014.

— BERNAMA






9 Komen to Dana Rakyat Tidak Digunakan Untuk Selesaikan Isu 1MDB

  1. azmi says:

    Albab Aklaken
    Menang sorak kampung tergadai. Sendiri berak, negara terburai. Bukannya berniaga cari untung, tapi berniaga mengumpul hutang. Lepas ni,apalagi yg djualnya.
    Like · Reply · 2 · 59 mins

    Katak Lompat
    Kesilapan rakyat pilih pemimpin
    Like · Reply · 34 mins

    Ghafar Ishak
    setakat jual harta bayar hutang sapa pun boleh uruskan.. tak payah bergaji puluh ribu
    Like · Reply · 2 · 57 mins

    Armanyadi Jaafar · Politeknik sultan haji ahmad shah
    Hahaha…. sekian terima kasih
    Like · Reply · 57 mins

    Low Kia Soon · Marketing at The Guitar Store Malaysia
    Kaki kencing No 1
    Like · Reply · 3 · 56 mins

    Wan Rezz Wan
    kalau x guna duit rakyat,mana pegi duit pembayar cukai??bangkai
    Like · Reply · 1 · 26 mins

    Abdullah Soheimi Ishak
    apabila kata2 itu datangnya dari seseorang yg mempunyai sifat2 munafik maka dituntut umat islam supaya berhati2 dgn apa yg diperkatakanya….wallahualam
    Like · Reply · 22 mins

    Azman Ahmad
    Para pemimpin umno bijak buat hutang…bijak mengenakan itu dan ini spt gst…bijak menaikan harga dgn alasan penarikan subsidi….bijak memainkan isu perkauman utk meraih sokongan….yang bodoh ialah rakyat yang mengundi mereka…yang bodoh adalah rakyat yang termakan umpan mereka spt isu hudud dll….yang bodoh adalah rakyat yang termakan BRIM dbgnya…sedarlah wahai rakyat mslaysia.
    Like · Reply · 2 · 48 mins

    David Long
    Aku tak caya dah
    Like · Reply · 17 mins

    Mohd Abdulla · Kuala Lumpur, Malaysia
    bagi lah PM peluang…ini tidak asyik kutuk dia aja…kesian dia
    Like · Reply · 14 mins

    Katak Lompat
    Dah bagi peluang tapi ini jadinya macamana lagi
    Like · Reply · 5 mins

    Kembara Impian
    Dana rakyat x digunakan?Habis tanah yg dijual tu sapa punya?Ko ingat rakyat ni bangang ke?Snang betul ko slsaikan masalah.
    Like · Reply · 12 mins

    Zulkarnaen Paiman
    Memang tak guna wang rakyat. Harta rakyat yg tergadai
    Like · Reply · 9 mins

    فايزل امريل · Works at R&A Power Inds. Dist. Sdn Bhd
    Apa tujuan penubuhan 1MDB ini!. membuat keuntungan kepada negara atau membuat hutang? Pentadbiran Najib gagal segagal gagalnya!
    Like · Reply · 39 mins

    Lta Emer
    Pooooorrrrahhhh … setakat dapat murah jual mahal….aruah nenek aku pun boleh buat…ciiiitttt ..
    Like · Reply · 37 mins

    فايزل امريل · Works at R&A Power Inds. Dist. Sdn Bhd
    Quote Albab Aklaken:Menang sorak kampung tergadai. Sendiri berak, negara terburai. Bukannya berniaga cari untung, tapi berniaga mengumpul hutang. Lepas ni,apalagi yg djualnya.
    Like · Reply · 38 mins

    Katak Lompat
    Boleh dipercayai ke?
    Like · Reply · 6 mins

    Naza Adnan
    DSN cuba rungkai, modal 1MDB duit siapa? Bandar Tun Razak tu milik siapa? Kami tak faham nih…. Apa beza duit rakyat dengan duit kerajaan?
    Like · Reply · 32 mins

    Leslie Chan
    kah kah kah xde org yg akan percayakan kau jibby the pig oillll kah kah kah selagi kau tak saman wsj kah kah kah 1mdb tak kuar penyata akaun kah kah kah hantu saja yg akan percayakan kau,kah kah kah
    Like · Reply · 32 mins

  2. azm says:

    kalau pembangkang jadi kerajaan boleh ke selesai semua masaalah..kalau setakat nak kutuk bodoh boleh lah puak2 rejim pakatan..macam lah pengutuk2 ni bagus sangat nak ajar orang..bila pru tak menang jugak..yang banyak kerusi pun cina dap kau..

  3. system baru says:

    Mana ada syarikat besar tak Ada hutang, hanya orang bodoh cakap syarikat besar tak Ada hutang.
    Tak payah pergi jaul2 tengok syrikat amerika
    Semi daby terpaksa jual syarikat tayar dia sebab hutang projek bakun di serawak ITU sebab gara2 percaya bakun untung seperti yg cakap oleh tun m ITU.

    Petronas terpaksa jual logi gas dia vietnam gara2 harga minyak jatuh.

    Mas terpaksa jual bangunan dia gara2 kebijaksanan kroni tun m ITU.

    INI kalau tahu bisnas, syarikat 1mbd besar ITU tak sampai 8tahun mana Ada untung,paling koman pun 12 tahun baru syarikat ITU nampak keuntungan bersih dia. Aku tak berasa heren pun jika syarikat 1mbd tak untung sebab ia syarikat baru nak menbesar. Kalau ikut logik akal Mana2 syarikat besar yg baru dibina akan ambil masa 12tahun menunjuk keuntungan. Sebab aku cakap orang tak tahu bisnas senang ditipu oleh macai pkr konon 1mbd tak untung. Tapi macai pkr lupa felda pada 1956 tahun mana Ada untung,Selepas tahun 2000 baru felda menunjuk keuntungan.

    Macai pkr hanya boleh bodohkan orang je

  4. system baru says:

    APA bodoh azmi INI aset Ada cagar lah untuk dapat model apa . orang tak tahu meniaga boleh kau bodohkan sebab aku berani cakap ia tak pakai duit Rakyat. Ia syarikat GLC dah tentu duit Rakyat APA lab bodoh azmi INI.

    Sila jawab kerugian di yg aku tulis diatas itu

  5. system baru says:

    Setiap syarikat GLC adalah duit Rakyat adalah harta rakyat Ada faham tak. Model hanya 1juta Dan aset yg ada diguna harta kerajaan untuk dapat model aset perlu di cagar atau Cara keluarkan peluaran bon ITU biasa digunakan oleh mana syarikat GLC Dan syarikat swarta seluruh dunia. Perkara senang madam INI pun tak tahu APA bodohnya azmi ini

  6. Pemerhati says:

    buang masa layan macai bodoh seperti si ‘azmi’…si ‘azmi’ meniaga pada hari pertama memang le sudah boleh dapat untung, jual bontot le katakan

  7. azmi says:

    Bekas naib presiden Umno Batuk Kawan Khairuddin Abu Hassan mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berdebat secara terbuka dalam isu 1MDB.
    Katanya, masih banyak perkara yang tidak terjawab dalam isu berkaitan syarikat pelaburan negara yang sarat hutang itu.
    “Apa pun Najib Tun Razak, kalau susah-susah sangat mari kita berdebatlah dalam isu skandal 1MDB ini.
    “Kalau tak mahu debat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, mari kita debat dua orang!” katanya.
    Beliau bagaimanapun memberikan syarat ia mesti disiarkan secara langsung supaya rakyat dapat menghakimi.
    “Ok tak Najib Tun Razak? Sudi ke?

  8. Pemerhati says:

    selepas AG kata tiada kes tidak perlu dipanjangkan untuk perbicaraan mahkamah, musibat itu pasti akan kecut teloq kalau Najib cabar kata dia sudah bersedia untuk berdebat

    musibat yang ajak berdebat ini boleh dikata gila publisiti murahan sebab dia tahu dirinya sudah menjadi sampah sekarang ini…parti sudah lama tidak memerlukan khidmatnya, tiada apa2 kerugian kepada parti untuk pecat dia pada tahun lepas setelah sekian lama berada dalam parti ibarat tunggul kayu yang tidak memberi apa2 manfaat…ada tunggul kayu boleh dijadikan kayu api tapi tunggul kayu yang ini memang tidak berguna langsung…jabatan2/agensi2 kerajaan pun tidak ingin ambil dia untuk menawarkan pekerjaan mengisi jawatan penting kerana dirinya itu tidak ada kelayakan & kebolehan…kebolehan atau profesyen musibat itu cuma pandai jadi seorang pelacur politik jenis opportunis…nak terus hidup dapat maintain jaga isteri cantik, boleh terus jadi balaci kepada tua musibat itu, nanti madey tahulah nak cari duit dari siapa untuk diberikan kepada dia lagi sebagai upah untuk membuat kerja2 jahat menjatuhkan Najib dengan isu lain, itu pun kalau nyawa si tua kutuk itu dapat bertahan…kalau ditakdirkan bulan depan si tua kutuk itu padam, kenalah si khairuddin melacur dengan orang lain

  9. system baru says:

    azmi
    sila jawab gara2 projek bakun sime daby jual syarikat tayar nya.
    Gara2 kroni bermewah2 syarikat mas jual bangunan nya
    Gara2 penyelewangan bank bumiputera Ada bunuh diri
    Dari zaman mama ITU sila jawab azmi.

    Sila bagi kan fakta Dan bukti sebelum khairudin nak berdebat,
    Aku tengok tak ada satu pun bukti yg di keluarkan oleh khairudin pada media Dan blog2
    Kalau sekat cakap tin kosong baik tak payah lah,. Dulu tun m nak jatuhkan anwar bukti berjela2 dengan Buku 50dalil itu, bila nak jatuh najib tak ada bukti pun. Kalau dinamakan munafik tetap munafik kahairudin itu.
    Aku minta bukti sah, gagal dibagi oleh khairudin ITU.
    ITU khairuddin kalau hidup bergantung pada kekayan kerajaan tak gunanya.
    Ingat zaman Sekarang bukan zaman tun m ITU orang boleh menipu ,kaki hampu Dan jadi macai orang politik boleh dapat kekayaan

Leave a Reply