Menu Utama

Check Your Label bantu pengguna telefon bimbit

Pengguna dinasihatkan untuk menggunakan aplikasi Check Your Label bagi menyemak status keaslian telefon bimbit yang dibeli.

Ketua Seksyen Harta Intelek Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK, Othman Nawang berkata, aplikasi yang dikendalikan di bawah SIRIM Berhad itu boleh dijadikan panduan bagi memastikan setiap gajet yang dibeli bukan barangan tiruan.

Menurutnya, aplikasi tersebut akan memaparkan maklumat berkaitan model telefon atau syarikat pengeluarnya serta nombor siri telefon di samping mengesahkan nombor identiti antarabangsa peralatan (IMEI).

“Selain itu, peniaga juga perlu menyediakan jaminan (warranty) oleh syarikat pengeluar barangan untuk beberapa tempoh agar memudahkan pengguna berurusan jika gajet mengalami kerosakan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Othman menasihatkan agar pengguna tidak mudah terpedaya dengan sebarang tawaran harga murah membabitkan telefon bimbit bagi mengelakkan menjadi mangsa dalam kes penipuan gajet tiruan.

Jelasnya, kebanyakan mangsa mudah dimanipulasikan dengan iklan harga dan pakej pembelian yang ditawarkan.

“Pengguna perlu membuat pemantauan dan perbandingan di pasaran dan memastikan peniaga menjelaskan kepada mereka setiap caj yang dikenakan sebelum membuat sebarang pembayaran,” katanya.

Utusan






Leave a Reply

Threesome