Menu Utama

Buat Tatapan Adik-Adikku Yang Dilanda ‘Kebuluran’ Di Sana…

famine-e1430843335646

Sejak akhir-akhir ini, isu kononnya pelajar universiti di negara kita menghadapi masalah kewangan hingga mengakibatkan kelaparan melampau telah membuat ramai yang melatah, meloncat tidak tentu hala. Selagi boleh komen, dikomen lagi semahunya…

Walau pun kes yang membabitkan adik Atikah di UKM telahpun diperjelaskan tentang kisah sebenar dirinya yang menghidap gastrik sejak di tingkatan satu lagi, masih lagi ramai pihak yang suka memperbesarkan sesuatu yang boleh dianggap ‘manja’ hingga ke tahap ‘mengada-ngada’.

Benarkah ada pelajar kita yang kelaparan di universiti? Jika ditanya pada penulis, penulis setuju ada yang mengikat perut berlapar kerana penulis dulu pun begitu ketika menuntut di universiti. Tapi kalau sampai ke tahap ‘pecah usus’, penulis ingatkan pihak yang menjaja cerita itu bahawa rakyat Malaysia tidak sebodoh itu…

Sejak tercetus isu tersebut, penulis melihat ramai bekas-bekas graduan di zaman 70’an, 80’an dan 90’an yang terpanggil menulis komen mengenai isu tersebut. Terkekeh-kekeh penulis membaca, terkenangkan pengalaman kami ketika bergelar siswa-siswi dulu.

biskut

Namun rata-ratanya memang menghentam kebobrokan pihak yang ‘lebih-lebih’ dalam mensensasikan cerita dalam ‘agenda’ meraih simpati masyarakat di Malaysia. Teruk juga adik-adik siswa-siswi kita dihentam abang kakak graduan kita…

Pada pandangan ringkas penulis, benar ada pelajar yang lapar di kampus atau kolej kerana ia merupakan asam garam sebagai pelajar. Ada pelajar yang miskin, tapi tidak lapar pun. Tapi ada pelajar yang kaya, tapi selalu mengadu lapar di tengah malam. Itu biasa…

Tapi kalau dicerita ada pelajar yang kebuluran, penulis cuma beritahu pihak tersebut bahawa Malaysia bukan Gambia, Mauritania, Malawi, Namibia atau Zimbabwe. Pernah tengok siswa-siswi yang kurus kering macam penduduk benua Afrika yang kebuluran?

Percaya atau tidak, realitinya para pelajar universiti kini jauh lebih mewah dengan pelbagai bantuan, pinjaman (tandatangan ‘agreement’, tapi tak mahu bayar), bantuan ‘FaMa’ (father and mother) dan banyak lagi kemudahan yang diberikan.

Adik-adik kita di universiti di era ini juga rata-ratanya memiliki telefon pintar siap berdata internet, komputer riba yang ‘up to date’ dan lain-lain gajet. Ada yang bermotorsikal besar dan ada yang bermotorsikal ‘kapcai’. Paling jelas, pelajar universiti di zaman ini selalu berebut parkir kereta dengan pensyarah, kan?

Terbaru, mengenangkan ada adik-adik kita yang ‘kebuluran’ di universiti, ada pihak yang datang memanjakan mereka dengan nasi lengkap dengan minuman beratus-ratus bungkus. Maka berduyun-duyunlah pelajar yang datang beratur bagaikan gelandangan mendapatkan bantuan yang penulis panggil Makanan Pelajar IPT ‘Kebuluran’ (BMPIK) itu…

Menariknya, merujuk pada insiden pelajar beratur mendapatkan makanan itu, ada pula pihak di luar sana yang mengatakan senario itu membuktikan pelajar IPT ‘kebuluran’. Pada pandangan penulis, senario itu bukan menunjukkan pelajar kita kebuluran atau lapar. Ia menunjukkan kita semua suka makan ‘free’…

bantuan makan kebuluran

Sebenarnya, isu pelajar lapar di universiti bukanlah satu isu. Malah ia merupakan satu kebiasaan atau aturan hidup dari Allah SWT yang menentukan rezeki hambaNya. Kadangkala, ia merupakan satu ujian yang sengaja diberikan kepada bakal-bakal pemimpin akan datang itu supaya kenal erti susah payah dalam kehidupan rakyat marhain…

Penulis ingin menyarankan pada adik-adik di IPT supaya jangan bertindak bodoh dengan mencetus viral tentang sesuatu yang mampu menzahirkan kebodohan mereka di khalayak masyarakat Malaysia seperti ini lagi di masa akan datang. Mungkin hanya segelintir yang begitu, namun kerana ‘nila setitik, boleh rosak susu sebelanga’, bukan?

Berhentilah jadi ‘mengada-ngada’. Adik-adik boleh bermanja, cuma jangan melampau ke tahap ‘mengada-ngada’. Ketahanan mental dan fizikal di alam kampus adalah sesuatu yang perlu. Jangan ditanya kenapa ia perlu kerana adik-adik akan tahu selepas masuk di alam kerjaya nanti.

Paling utama, jangan mudah terpengaruh dengan retorik luaran buat masa ini. Fokus pada pelajaran dan jangan terikut-ikut dengan ‘lifestyle’ yang menggila di luar sana. Itu bukan standard siswa-siswi yang sebenar…

Penulis kecewa juga apabila ramai yang melihat siswa-siswi termasuk yang bergelar graduan di alaf baru ini sebagai kurang berkualiti. Walaupun pahit untuk ditelan, penulis terpaksa bersetuju dengan pandangan tersebut kerana ia memang benar. Walau tidak semua, namun hampir lebih dari separuhnya begitu.

Justeru itu, demi menjaga status siswa dan siswi, demi status bergelar graduan terpelajar dan jurusan ilmu masing-masing, pastikan adik-adik semua mencapai standard kualiti yang sebenar sebagaimana yang diharapkan.

Bukan apa. Dengan segala kemudahan dan pelbagai bantuan di zaman ini yang diperoleh pelajar di zaman ini, sepatutnya adik-adik semua jauh lebih berkualiti berbanding kami. Namun malang, bukan saja gagal mencapai tahap itu, hendak kalahkan standard kami pun kalian masih gagal…

Ayuh, buktikan kebolehan adik-adik. Kami semua bukan mahu menjatuhkan adik-adik. Namun teguran dan kritikan seperti ini wajar dilihat dari sudut yang lebih terbuka, matang dan positif dengan tujuan membina. Jadi, berubahlah kerana perjalanan kalian masih panjang…






4 Komen to Buat Tatapan Adik-Adikku Yang Dilanda ‘Kebuluran’ Di Sana…

  1. ayam says:

    Adik-adik…belajar rajin-rajin…jgn makan dedak dan bila grad jangan jadi penyamun. Gunakan la otak yg pandai tu utk membela nasib melayu dan bukan membelit kaum sendiri. Kalau jadi YB nanti berjuang la demi agama, bangsa dan negara.

  2. sman says:

    Bagi sesetengah orang,melaksanakan kerja sambilan semasa masih menuntut untuk menampung perbelanjaan,munkin populer dalam buku-buku novel atau cerita filem dan drama saja.Tapi ianya tidak begitu bagi saya,kerana saya memang benar-benar melakukannya.Itulah sebabnya,walaupun saya tidak pernah mendapat bantuan kewangan dari keluarga yg berada nun jauh di kampung,namun saya mapu mengisi perut semahunya,dan mampu pula membeli buku-buku rujukan secukumpnya.Malahan seringkali pula menjadi tempat rakan meminta bantuan.

  3. Anon says:

    Adik-adik… bila di Uni jangan cuba makan ‘makan tinggal@left over’ pemimpin. nanti melarat buat democrazy jalanan. ingat, data yg ada pada smart phone tu rajin-rajin la google yang berfaedah tuk pelajaran. bukan buka Fb gaul fitnah dan ransang minda dengan khabar2 angin dan manipulasi. Ingat!! dah grad nanti bayo balik.cakap pemimpin rompak harta rakyat, ni dah pakai duit rakyat lain, bayo le balik…cuba calculate nilai yg guna tu dengan tax yang di bayar seumur hidup. boleh langkau ke jumlahnya???

  4. anak selangor says:

    buat adik-adikku pemakan pemakan dedak kat mykemut….buktikan ya…..dedak itu sodap…..
    ya, dedak itu sodap……

Leave a Reply