Menu Utama

BN Yang Bertanding Pilihan Raya Bukan UMNO

Lim-Kit-Siang-Lim-Guan-Eng.storyimageCabaran Supremo Parti Tindakan Demokratik (DAP) Lim Kit Siang supaya UMNO membuka keanggotaan kepada non-bumi adalah tidak relevan dan hanya bertujuan menukar isu DAP sebagai sebuah parti cauvinis Cina.

UMNO tidak bertanding dalam pilihan raya. Sebaliknya, yang bertanding dalam pilihan raya ialah Barisan Nasional, sebuah ikatan parti yang berbentuk multi-racial dan mencerminkan konsep perpaduan kaum di negara ini. Sepanjang lebih 50 tahun pemerintahan negara, Barisan Nasional menjaga kepentingan semua kaum dan etnik sama ada dari segi ekonomi, pendidikan mahu pun perkongsian kuasa.

Sebaliknya DAP sungguhpun membenarkan keanggotaan Melayu dan India tetap menonjolkan diri mereka sebagai parti yang memperjuangkan kepentingan kaum Cina semata-mata sama ada dari segi pendidikan sekolah jenis kebangsaan Cina, bahasa Mandarin dan kepentingan perniagaan kaum Cina semata-mata.

Maka dari segi perjuangan menjaga kepentingan semua kaum, UMNO dan Barisan Nasional telah lama mendahului DAP. Lim Kit Siang tiada kredebiliti moral untuk bercakap soal perpaduan kaum dan kepentingan semua kaum.

Bukankah DAP juga yang baru-baru ini mencadangkan Sarawak hanya untuk parti-parti di Sarawak sahaja? Apakah ini bukan langkah memecah belahkan perpaduan rakyat dan mewujudkan persepsi negatif Sarawak dan Semenanjung?

Namun apabila dicabar supaya DAP juga keluar dari Sarawak kerana mereka parti semenanjung, parti tersebut mula membisu seribu bahasa. Mengapa? Sebab mereka bukan memperjuangkan agenda penduduk Sarawak sepenuhnya. Mereka hanya mahu menjaga kepentingan kaum Cina sahaja.

Sampai bila Kit Siang mahu menjadikan UMNO sebagai “punching bag” bagi menyembunyikan sikap KECINAAN melampau beliau?

Mereka mungkin boleh menipu dan “membeli” sebahagian Melayu dan bumiputera lain bagi menyokong kelangsungan parti DAP, namun ia tidak boleh menolak hakikat mereka hanya wujud kerana keperluan kaum Cina menjaga kepentingan mereka melalui konsep politik ugutan sokongan terhadap Barisan Nasional.- MYKMU.NET






Satu Komen to BN Yang Bertanding Pilihan Raya Bukan UMNO

  1. undi marilah undi sayang says:

    atas kertas undi, pengundi nampak nama calon diikuti lambang / simbol.. cuma satu pangkah yang diperlukan. kemudian kertas undi dimasukkan ke dalam peti undi.. selepas jam 5 petang.. peti undi tu dibawa ke tempat penjumlahan undi.. di sinilah yang menentukan jumlah undi.. saluran ni dapat berapa undi.. saluran tu dapat berapa undi.. pusat mengundi / sekolah ni dapat berapa undi.. campur-campur semua keputusan pusat mengundi.. dapatlah diketahui siapa yang dipilih menjadi wakil rakyat.. kelemahan sistem undian pilihan raya di malaysia ni tau apa.. wasted vote.. calon A dapat 50 ribu undi. calon B dapat 49 ribu undi. majoriti 1 ribu undi.. hanya calon A saja yang jadi wakil rakyat.. alangkah bagusnya jika malaysia ikut sistem proportional.. calon A dan calon B boleh jadi wakil rakyat.. sistem ni bagi win-win situation kepada BN mahupun parti pembangkang.. kita perlu buat ketetapan.. setiap kawasan parlimen mesti mempunyai minimum 50 ribu pengundi.. biarlah luas mana pun. yang penting setiap kawasan parlimen boleh ada banyak wakil rakyat.. ini kita panggil multi-member constituencies.. macam mana?? suka dengan cadangan ni.. deal cepat-cepatlah syorkan kepada spr ek.

Leave a Reply

Threesome