Menu Utama

Bloomberg Tolak Teori Ekonomi Facebookers Malaysia

Jika membaca catatan-catatan di Facebook dan media sosial lain, kita tentu percaya bahawa Malaysia kini berada antara negara terburuk di dunia dan akan mengalami kejatuhan ekonomi paling hina.

Kumpulan media sosial yang bertindak seperti burung hering ini akan melontarkan segala perkara dari kisah pelajar pecah usus kerana tidak makan sehinggalah kepada ibu bapa tidak mampu membayar yuran sekolah sebagai membuktikan negara berada dalam keadaan ekonomi yang sangat nazak.

Anehnya, statistik tahun 2015 menunjukkan ekonomi Malaysia masih berada pada tahap baik di sebalik kegawatan ekonomi dunia.

Tahun ini ekonomi dunia diramalkan terus merudum dan berhadapan dengan kemelesetan. Malaysia tidak dapat lari daripada tempias ini terutamanya dengan kejatuhan harga minyak dunia.

Kerajaan memberi jaminan akan cuba mengurangkan kesan ekonomi dunia ke atas negara. Malangnya “pakar-pakar ekonomi facebook” dari Malayia menolak segala usaha kerajaan. Mereka mencemuh dan mencebik kejayaan Malaysia yang setakat ini meminimakan kesan kemelesetan ekonomi dunia.

Kenyataan-kenyataan Menteri-menteri yang arif dalam ekonomi diputarbelit dan dikutuk sebagai bodoh, bangang dan tidak cerdik.

Anehnya media ekonomi terkemuka, Bloomberg turut memberi jangkaan yang baik untuk Malaysia bagi tahun 2016.

Malaysia bukan sahaja tidak berada dalam senarai jangkaan 10 negara terburuk tahun ini, malah dijangka berada antara 20 negara paling minima kesan kemelesetan ekonomi dunia.-MYKMU.NET

10-negara-terburuk-2016

forecast2016






5 Komen to Bloomberg Tolak Teori Ekonomi Facebookers Malaysia

  1. GoProBro says:

    Kita yakin dengan fakta2 makro ekonomi yg dihidangkan. Masalahnya, penterjemahan fakta2 tersebut kepada majoriti umum diluar sana yang bergelumang dengan masalah kewangan harian; tidak dilakukan dengan berkesan. Maka bercakaplah ayam dengan itik.

  2. Memang Terok says:

    Kita semua sudah tahu, orang sebelah sudah tahu, jiran pun tahu bahawa mereka2 itu sebenarnya memang sudah kehabisan peluru sekarang . Mereka2 itu ialah individu yang bernick name sikitol, M42 dan pakatoons.

    Kisah bermula dari M42 yang tak puas hati pada banyak perkara. Dia marah pasal YTL, dia menyinga pasal mesen judi kroni dia tak dihidupkan kembali, dia merimau pasal jambatan bengkok dia tak ada sapa yang peduli. M42 berharap yang duduk atas sana ganti dia seharusnya terus menerus ikut kata dia. Disuruh duduk mereka duduk, disuruh mencangkong, mereka mencangkong. Malangnya tak ada yang macam itu.

    Sikitol yang semua orang sangka budak baik bersopan yang duduk diam selama itu, nampak semacam ada peluang untuk tanggok diair keroh. Sikitol memang simpan niat dalam hati untuk naik pangkat, sudah mula meleleh air liornya kepingin sangat2. Lalu sikitol nampak satu isu yang memang sedap dijadikan lagu buat dendangan grup dia untuk didengar seluruh negara. Maka tanpa berlengah sikitol pun ambil 1MDB sebagai bahan irama lagu ciptaan nya. Bait2 lagu pun siap, musik dimasok sikit2 lalu disimpan dalam pendrive diberi pada M42. M42 pun tanpa menghafal lirik terus nyanyikan lagu gubahan dikitol. Walau pun sumbang lagunya kerana kurang hafalan, kurang hayatan… dia sebenarnya berjaya menghiburkan banyak orang . Maklomnya audience jenis bengap, bangang dan bebal tidak terlalu ambil kisah tentang kekuatan lirik. Asal ada melodi, lirik macam mana pun semua sedap untuk didengar. Kini , selepas beberapa ketika berlalu, lagu itu semacam tawar hambar, berbau basi dan tak sedap lagi untuk didengar.

    Malah orang sudah jadi mual dengar kerana memang sah tidak berasas. Orang ramai pun mula terasa bodoh untuk mendengar, kerana seolah2 mengesahkan bodoh sendiri.

    Sekarang, sikitol, M42 dan pakatoons sudah ketandusan modal/peluru. mereka mula tergaru2, Garu lagu, garu hidung, garu ketiak dan tempat yang paling lama digaru ialah celah kelangkang kerana disitu ada telor goreng hangus.

  3. system baru says:

    Cuba tengok ITU semua negara ITU Ada pendidikan percuma dan jalan percuma Dan gst lebih 10% menghadapi masalah, ITU negara dibanggakan oleh rafizi itu

  4. sman says:

    Saya mengalami sesuatu yg di luar dugaan dalam keadaan ekonomi yg dikatakan sangat buruk oleh sesetengah pihak.Saya bersyukur kepada Allah dan berterima kasih juga kepada para pemimpin negara yg berani melakukan perubahan.Sebenarnya dalam keadaan apa pun, usaha ,tawakal,dan memohon kepada Allah adalah sesuatu yg perlu di utamakan bagi mendapatkan sesuatu yg terbaik.Kurangkan sikap sentiasa tidak berpuas hati,suka menyalahkan orang lain,malas berusaha kerana hanya mahu menunggu ‘sesuatu’ datang ke lutut.Bagi saya,Malaysia adalah sebuah negara bertuah.

  5. cari says:

    negara OK…tp rakyat kene struggle lg teruk Dr sebelumnya.apakah kerajaan blh bbangga jiran nmpk kit naik merc tp hakikatnya anak2 xdpt duit belanja pun-kiasannya.

    rakyat still lg struggle psl rumah, cukai d kebanyakan brg keperluan,harga brg yg semakin naik terutama keperluan asas…byk lg mlh rakyat marhein.
    so disini…xperlu la kajian or pujian rg luar sdgkan rakyat hdp x selesa pun.

    aku syg BN….please la jgn isi perut sendiri sgt

Leave a Reply