Menu Utama

Berita Pelajar Rosak Usus Kerana Tidak Makan Satu Penipuan

Oleh Irfan Zackerysabah-makan

Satu Malaysia kecoh apabila seorang pelajar UKM mengadu mengikat perut kerana tak makan. Kisah ini bertambah menarik apabila ada pula neitezen “yang berbakat besar” menjadi wartawan fitnah menceritakan pula usus pelajar ini pecah akibat kekejaman dan kezaliman kerajaan. Ada juga menambah boleh terburai usus perutnya jika sehari lagi pelajar tersebut tidak diberi makan oleh kerajaan.

Memang sudah menjadi bakat semulajadi agaknya, sebilangan rakyat Malaysia mampu mengarang “novel fitnah” dengan hanya mendapat informasi seringkas sebaris ayat bagi menempah tiket ke neraka. Wal hal, pelajar ini hanya mengadu sakit perut kerana menghidapi gastrik sejak tingkatan satu lagi.

Mudah-mudahan “Wartawan Fitnah” bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Tahniah kepada Saudara Faizal Daud dan team serta KPT mengambil inisiatif untuk mendapatkan kebenaran serta membantu pelajar ini.






3 Komen to Berita Pelajar Rosak Usus Kerana Tidak Makan Satu Penipuan

  1. Pemerhati says:

    ramai betul ‘orang sakit otak’ suka buat cerita fitnah…aku rasa bertambah ramai sekarang ini musibat2 tunjuk bakat jadi wartawan fitnah sebab nak dapat perhatian & nak dapat pekerjaan(sambilan atau sepenuh masa) dengan parti politik pembangkang

    musibat2 ini menjadi bertambah ramai bila berita tentang DAP mendapat derma RM1.2 bilion dari israel tersebar luas…dalam media arus perdana tiada rancangan ‘realiti tv’ yang memberi peluang kepada musibat2 ini untuk tunjukkan bakat mereka membuat fitnah dimana musibat2 ini berpeluang juga untuk memenangi hadiah…hanya dalam media parti pembangkang disediakan & tersedia peluang seperti ini kepada musibat2 itu

  2. chill yo says:

    ye lah fitnah belaka kan.. kerajaan BN memang takdak zalimnya.. kerajaan BN ni memang kerajaan yang maksum.. apa yang lebih penting lagi status quo.. jatuh bangunnya kerajaan BN turut memberi kesan kepada anak-beranak, saudara-mara, sepupu-sepapat, kroni-kroni sekalian orang BN.. itu yang perlu sembang politik hari-hari.. bayangkan jika parti politik dimansuhkan di malaysia.. macam mana ye nak tentukan siapa jadi kerajaan.. adakah kerabat diraja?? oh itu dah kembali ke zaman feudal pulak.. jadi suka tak suka, parti politik ni berkempen tak habis-habis hanyalah wayang permainan politik.. berantai-rantai pulak dengan pemberi dana politik, pemberi modal, dan segala benda yang mendatangkan manfaat.

  3. semangat dato' haron says:

    Zaman fitnah

Leave a Reply

Threesome