Menu Utama

Beri Peluang Kepada Amanah, PAS Ditertawakan Lagi

azmin ali kowtim amanahAndaikan PAS terpecah lagi kepada satu parti baru selepas Amanah, nescaya parti baru tersebut tetap mendapat tempat di hati Azmin Ali mahu pun DAP.

Betapa bertuahnya Amanah yang diberitakan perlu diberi peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat melalui perlantikan jawatan di PBT di Selangor. Azmin Ali berkata, kerajaan negeri perlu bersikap adil kepada “baby” sulung DAP itu.

Jika benar, kerusi-kerusi untuk jawatan di PBT tersebut haruslah diambil dari peruntukan kerusi yang sebelum ini dimiliki oleh DAP dan PKR khususnya, tanpa “mencuri” mana-mana kerusi PAS sebagai tanda bahawa PAS tetap “rakan” utama PKR di Selangor.

Pun begitu, apakah PKR, dan terutamanya DAP sanggup melepaskan bilangan kerusi yang telah mereka nikmat kemanisannya kepada Amanah?

Jika ya, maka teramatlah berutungnya Amanah, kerana kelahirannya disambut dengan meriah oleh PKR dan DAP. Kemeriahan ini tentunya memberi isyarat tertentu kepada PAS.

Amanah, yang lahir dari perpecahan PAS dan diiktiraf sebagai rakan utama tidak perlu risau dengan dokongan dan sokongan yang mereka miliki dari DAP dan PKR.

Secara tidak langsung, PAS menerima akibat dan terpaksa menelan hakikat bahawa perpecahan yang mereka alami adalah satu rahmat kepada PKR dan DAP.

Selaku antara parti utama di dalam Pakatan Rakyat, kekuatan PAS adalah jelas. Memilih untuk “membela” serpihan PAS adalah tidak ubah seperti sebahagian dari proses untuk mengurangkan kekuatan PAS dan bakal membantu dalam proses pembahagian kerusi pilihanraya kelak.

Jika Amanah semakin melebarkan sayapnya, dan PAS merundum sokongannya, maka apa lagi hujah yang PAS mampu utarakan. Sedangkan, ketika mempunyai kekuatan seperti sebelum lahirnya Amanah, PAS juga hanya berstatus pak turut.

DAP sudah tekad untuk bermufaraqah dengan PAS. Tiada lagi PAS di dalam barisan kerajaan Pulau Pinang kecuali mereka-mereka yang mengiktiraf “Khalifah Umar”.  Azmin Ali pula berkata Amanah perlu diberi peluang.

Entah ke tidak PAS faham tentang permainan politik halus seperti ini.






4 Komen to Beri Peluang Kepada Amanah, PAS Ditertawakan Lagi

  1. dkds says:

    Pas ini dah macam kena bomoh pun ada , dah terang cerah menyaksikan perpecahan Pas di restui oleh PKR dan DAP masih lagi nak ajak berjimak lagi

  2. James Wong says:

    Nampaknya PAS akan terus diperkudakan oleh DAP dan PKR… PKR mulut sahaja kata inginkan PAS bekerjasama, tetapi sebaliknya memperkukuhkan AMANAH yang merupakan cebisan daripada PAS. Jangan lupa yang AMANAH hanyalah proksi kepada DAP kerana Tony Pua sendiri pernah berkata cuba menarik sokongan daripada Melayu liberal, dan bukannya PAS.

  3. Jack says:

    Pas Selangor, parti yg diliwat oleh dap dan pkr berkali 2 tetapi masih sombong dengan umno. Aki tengok muka ketua pas negeri Selangor macam sial. Terhegeh2 hendakkan jawatan. Melukut di tepi gantang.

  4. syaa says:

    andainya pkr dap dan pan itu setan pas tetap ikutkan setan itu demi setan2 belaka.

Leave a Reply

Threesome