Menu Utama

Berebut kerusi PBT: Azmin Ali bikin Khalid Samad malu sendiri…

Kisah parti baru ‘setahun jagung’ Parti Amanah Negara (PAN) sibuk nak kerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangr dan keluar kenyataan macam-macam.

Pengarah komunikasi PAN Khalid Samad nampaknya malu sendiri selepas umum partinya dapat 10 kerusi kerajaan tempatan, bukan lapan seperti yang diumumkan Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah.

Khalid buat keluar kenyataan tersebut dalam sidang media di pejabatnya konon PAN dapat lapan semasa mesyuarat dan dua selepas menyuarat Exco Selangor Rabu lalu.

Petang Jumaat di Shah Alam, Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali memberitahu media peruntukan lapan kerusi kerajaan tempatan kepada PAN di Selangor adalah muktamad.

Sekali gus beliau meminta semua pihak dalam Pakatan Harapan supaya menerima keputusan itu kerana ia mencetuskan persepsi di kalangan pemerhati bahawa pakatan baru berkenaan dilanda ketidaksefahaman.

“Keputusan adalah muktamad dan tidak akan berubah. Perwakilan parti politik terbabit sudah memperincikannya dan bersetuju dengan peruntukan berkenaan, maka kami beranggapan isu ini sudah selesai.

“Perbincangan telah berlangsung dengan baik dan kami mendapat formula yang memuaskan hati semua pihak. Ini bukan masa untuk berlumba-lumba, ahli majlis perlu menggunakan kesempatan ini untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Jika kita terlalu tertumpu terhadap bercakap politik, ahli majlis tidak akan dapat menjalankan tugas kepada pembayar cukai,” katanya.

Timbalan Presiden PKR itu juga menolak cadangan peruntukan kerusi berkenaan mencetuskan ketidakpuasan hati di kalangan parti dengan berkata, “Ini bukan masa untuk berebut-rebut kuasa”.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman pula mencabar PAN untuk mengotakan janji mereka untuk tidak menerima sebarang kerusi ahli majlis PBT di negeri itu jika Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) tidak memenuhi tuntutan mereka.

Pengerusi PAN Selangor Izham Hashim sebelum ini pernah bertegas untuk menolak pembahagian berkenaan, jika tuntutan parti itu untuk memiliki 24 hingga 34 kerusi PBT tidak dipenuhi.

“Kita mahu PAN ini memegang kepada prinsipnya yang sebelum ini dia cuba berteori. Sebelum ini dia kata kalau dia (PAN) dapat kurang daripada 24 kerusi, dia tidak akan ambil mana-mana kerusi, itu kenyataan Pengerusi PAN Selangor,”katanya dipetik dari sebuah portal.

Khairuddin bukan sahaja mencabar PAN mengotakan janjinya tetapi mempersoalkan kenyataan Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad semalam bahawa parti itu diberi 10 kerusi PBT dan bukannya lapan sahaja seperti yang diumumkan Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah.

“Dan mesyuarat MKNN putuskan lapan kerusi sahaja dan Khalid Samad siapa hendak putuskan 10 kerusi?” katanya.

“Jadi kalau dikira lapan atau 10 masih bukan 24 kerusi dan dia sudah kata kalau tidak cukup 24 kerusi, mereka tidak akan ambil…takkan ambil satu kerusi pun. Jadi kita cabar dia kotakan apa yang dia kata itu,” katanya.

PAN Selangor sebelum ini pernah menuntut sekurang-kurangnya 24 kerusi ahli majlis PBT diperuntukkan kepada partinya.

Katanya, jika PAN tidak dapat 24 kerusi tersebut, parti itu akan menolak kesemua tawaran.

“Jika kurang daripada dua, kita tidak akan terima, bahkan kita akan tolak semua tawaran itu.

“Kita ada maruah, sebab kita separuh daripada kerajaan negeri, kita hanya minta antara 24 hingga 34 kerusi dan jumlah itu kurang daripada 10 peratus sebab total semua kerusi adalah 288,” katanya.

Kerusi diberi kepada PAN adalah di Sepang, Kuala Langat, Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

Isnin lalu, PAN Selangor berkata, ia berharap untuk mendapat sekurang-kurangnya dua perwakilan di setiap 12 kerajaan tempatan dalam Selangor.

Pembahagian 288 kerusi kerajaan tempatan dalam Selongor diubah suai daripada 120 untuk PKR, 92 untuk DAP dan 67 kepada PAS kepada 103 untuk PKR, 98 untuk DAP dan 78 untuk PAS.-8/1/2016

Sumber: http://www.agendadaily.com/






3 Komen to Berebut kerusi PBT: Azmin Ali bikin Khalid Samad malu sendiri…

  1. semangat dato' haron says:

    Persepsi aku pd PAN ni spt ulat sampah yg hina. Aku x dpt bygkan sapelah org yg akan mengundi ulat2 sampah ini

  2. Pemerhati says:

    rakyat sedang perhatikan, kalau PANtat tidak mahu dikata parti lembu kena cucuk hidung seperti PAS maka biskop khalid samad & PANtat harus berani bawa ke mahkamah untuk mencabar pemberian 8 kerusi itu…ramai melihat PANtat sebagai sebuah parti politik baru yang dinamik & bersikap terbuka(tidak seperti PAS yang tertutup & kolot tak habis2 dengan pelaksanaan hudud hudud hudud) harus diberi setidak-tidaknya lebih 100 kerusi

  3. Pemerhati says:

    sepatutnya tengok dulu bagaimana prestasi PANtat selepas PRU14 baru boleh beri kerusi PBT(dll kerusi termasuk kerusi2 yang akan dibaling lagi dalam pemilihan PKR) itu kepada orang2 PANtat

Leave a Reply