Menu Utama

Berapa Juta SPRM Dibayar Untuk Burukkan Najib?

bahri-sprmKenyataan Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohd Zin bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) “berkemungkinan besar” akan merayu terhadap keputusan peguam negara menutup kes dana RM2.6 bilion serta SRC International merupakan satu kenyataan bermotifkan politik yang memalukan.

Bahri Mohd Zin berkata kepada The Star beliau menganggap kes berkenaan sebagai “straightforward” (tidak kompleks).

Persoalan kini, atas sebab dan alasan apa Bahri membuat kenyataan “BERKEMUNGKINAN BESAR”?

Sebagai agensi penguatkuasa undang-undang, SPRM sepatutnya bertanggungjawab menganalisis arahan Peguam Negara sebelum membuat apa-apa keputusan.

Apabila keputusan telah dibuat oleh SPRM untuk merayu kepada Peguam Negara, maka mereka sepatutnya membuat rayuan terlebih dahulu sebelum mengumumkan kepada massa.

Malangnya, apa yang berlaku sekarang, Bahri, yang sebelum ini disyaki mempunyai agenda politik, telah membuat kenyataan yang kabur dan terburu-buru.

Perkataan kemungkinan besar tersebut bermakna beliau sendiri tidak pasti hendak membuat rayuan atau tidak.

Apakah Bahri dan pegawai-pegawai tertentu dalam SPRM telah dibayar atau sedang menunggu siapa menawarkan sesuatu sama ada untuk meneruskan agenda memburukkan Perdana Menteri atau berdiam diri?

Kita bukan menuduh hanya bertanya. Pertanyaan ini berdasarkan tindakan SPRM sendiri yang begitu beria-ria memarakkan isu ini tanpa sebab membuat kajian terhadap keputusan Peguam Negara.

Sudah menjadi gosip umum bahawa kumpulan yang mahu menjatuhkan Mohd najib Razak dibiayai oleh bilionaire-bilionaire cina tempatan.

Maka kepantasan dan kesungguhan Bahri membuat kenyataan bagi pihak SPRM menimbulkan tanda tanya apakah ada sesuatu?

Kamu tu agensi penguatkuasa, bertindaklah seperti agensi penguatkuasa bukannya seperti ahli politik! Hendak berpolitik letak jawatan masuk arena politik.






20 Komen to Berapa Juta SPRM Dibayar Untuk Burukkan Najib?

  1. budak kodiang says:

    Askm kepada Perdana Menteri…

    Pertama sekali sy minta maaf…

    Boleh tk jawab ni sat…mula kata duit 2.6bilion tu tk masuk..lps tu masuk…lps tu derma…lps tu dana politik..(Shahrir Samad pn ngaku terima1juta)…ni hari ni kata pulang balik…aku dah pening ni..adoi…boleh tk jawab soalan mudah ni?

  2. KuntaKinte Malaysia says:

    budak kodiang, tolong tunjuk pautan (link) berita mana yang PM kata tak masuk akaun dia?

  3. rakyat smart says:

    Kepala otak ko budak kodiang yang dah blur. Najib tak de buat kenyataan tu. Itu semua orang lain yang buat. Masa mula2 kes 2.6 billion tu, Najib tak keluar kenyataan pun tapi pemimpin lain yang kuar. Mmg patutnya cek dulu. Tapi tak ada kenyataan rasmi daripada Najib. Yang ko baca semua tafsiran akhbar dan media.

  4. daengselili says:

    Alaa dalam SPRM mmg ramai puak kahak hijau pink..

    Di bawah Perkara 145(3), Peguam Negara mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi kesalahan, selain prosiding di hadapan Mahkamah Syariah, Mahkamah Anak Negeri atau Mahkamah Tentera. Kuasa budibicara yang diberikan kepada Peguam Negara di bawah Perkara 145(3) adalah mutlak, tidak boleh dicabar atau digantikan oleh mana-mana kuasa termasuk Mahkamah. Dalam erti kata lain, jika mana-mana pihak tidak bersetuju dengan tindakan Peguam Negara dalam mengendalikan sesuatu pendakwaan, maka mereka tidak mempunyai asas untuk mencabarnya di mana-mana korum.

    Keputusan Peguam Negara dibuat setelah meneliti laporan yang dikemukakan daripada pelbagai sudut. Oleh itu semua pihak termasuk SPRM perlu patuh kepada keputusan tersebut.

    Elok SPRM check azmin cat dinding pakai duit berjuta tu..

  5. Meriam Buluh says:

    bahri mohd zain adalah contoh penyokong pakatan retard yang secara terang-terangan berbangga dengan tahap pemikirannya yang sekadar aras lutut sahaja.

  6. budak kodiang says:

    Tanya ni sbb nk kepastian la…mcm ni la sbb apa team PM ni lemah sgt..yg melapor bnyk media kerajaan…takkan under PM takdk Su Akhbar..cuba control semua tu…jgn ada patung trojan dlm kabinet PM…makan dua2 side…mudah cerita munafiq…sj buat statement nk getahkanan PM…jk aku jd Presiden UMNO dh lama aku buang Ahmad Maslan,Nazri dgn Shahidan..expired dh bro…isu SPRM Shahidan mesti btggjwb..malu UMNO..PM yg kena getah…Maslan pulak asal keluar statement mesti bangang…asal bnagang Maslan la tu…Nazri dh mcm geng DAP dgn Mahfuz je aku tengok.Hangpa buat taik PM yg kena…Jk aku Presiden UMNO aku akan upkan Idris Jusoh jadi Naib Presiden UMNO…koman2 pn menteri Pertahanan..Hishamuddin mcm tk dk fungsi…PM kena tenyeh pn hang senyap..mcm tu ka ex Ketua Pemuda UmNO…KJ VERY SMART…

  7. budak kodiang says:

    Tlg la nk tengok UMNO strong utk Islam terutamanya…

  8. budak kodiang says:

    Jk media keluar statement bkn2 terajang je org berkenaan…please la..

  9. azmi says:

    HA HA HA…
    SPRM pulak disyaki menerima bayaran…
    Syabas MYKMU kerana berhempas pulas membersihkan najib dari najis ciptaannya…

  10. budak kodiang says:

    Apapun kredit utk PM because:

    1)PM yg pertama iktiraf Morsi sbg Presiden Mesir dan iktiraf ikhwan.
    2)PM yg pertama hantar bantuan pd kerajaan HAMAS di Gaza.
    3)PM yg pertama beri ruang pd Kerajaan Kelantan utk Hudud.
    4)PM dengar juga cakap kakitangan kerajaan mcm isu halal,zaman PM kuasa Halal diberikan semula pd Jakim.Isu potong subsidi gas oleh taikun yg dh pn kenyang,ikut caangan Suruhanjaya Tenaga.
    5)Berlapang dada dgn PAS seperti prgm alumni Azhar.

    Terbaik!!!

  11. budak kodiang says:

    Ni lg satu utk PM lantik Md Rawi jd MBKedah..baru ummmph…tengok Razif kt Tganu very smart..

  12. budak kodiang says:

    Ahmad Bashah tu kekal Menteri ckp..Ahmad Lebai Sudin bg exco dh la..yg lama tu kita hargai…yg baru mcm Rawi baru steady lawyer lg..anak Langkawi..imej pn clean..nampak la geng muda..

  13. budak kodiang says:

    Utk bola lg senang…guna balik lg zaman Basri Akil…tak Exco sukan dl tu Othman Aziz jd presiden…dia lg smart urus bola…

  14. sman says:

    Fakta yg kukuh dalam kes ini tidak di perlukan oleh pihak berkenaan,bagi m memastikan kes disabitkan,apa yg mereka mahu ialah PM Najib di dakwa walaupun dgn bukti yg kabur.Yang penting bagi mereka ialah PM Najib di dakwa ,dan bila pendakwaan di buat PM Najib kena melepaskan jawatan.Agak-agaknya hasrat siapa yg mahu mereka tunaikan dalam soal ini ?.Itulah saya sangat bersetuju dgn RPK yg membuat kesimpulan bahawa pihak berkenaan seolah-olah cawangan parti tertentu.

  15. budak kodiang says:

    Bila PM sekat taikun2…yg selama ni mengketedarah subsidi, tu yg guna la che det yg dok bela depa dl ganyang PM…kelupoq..dap yg che det leh gi demo..ha..ha..ha..

  16. budak kodiang says:

    Mukhriz tu pi ambik Azimi Daim yg ditolak oleh UMNO Kulim…sj cari mampuih dlm politik..nk jumpa pn susah..

  17. James Wong says:

    Nampaknya, demi maruah individu-individu yang tidak bertanggungjawab, cuba mendapatkan nama diri sendiri. Jangan lupa yang dia ni orang kepada Tun M, nak harapkan kroni2 Tun M untuk bersikap adil jangan haraplah. Bukankah SPRM telah selesai siasatan mereka mengapa perlu mengeluarkan kenyataan sedemikian demi kepentingan diri?

  18. Su says:

    Agaknya si Bahri ni nak jual maklumat, boleh diubahsuai macam maklumat Justo…lni kes teruk SPRM ni. Dah x de intergeriti. Kakitangan cam ni x amanah. Bini pulak dok kutuk Najib dalam fb….agaknya maklumat laki supply, jahanam….

  19. Omega says:

    Pegawai ni mesti baca skrip yg bini no 2 dia tulih. Bini muda dia merupakan pegawai penyiasat SRC. Kalau tak mana mungkin bini dia tau dan siap posting di FB.

  20. sayang negara says:

    kalau semua orang dah tau keburukan….. tak perlu dibayar pun. majoriti rakyat yang x puas hati…. kehidupan mereka terjejas hari2 …. tak perlu cari silap orang lain…sendiri mau pikirlah..

Leave a Reply

Threesome