Menu Utama

Belum Masuk Sarawak Pun Sudah Tunjuk Perangai Buruk, Macam Mana Hendak Dibenarkan Masuk?

NURULIZZAH

Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang makin terasa bahangnya, makin kuat pula puak-puak pembangkang meroyan di media. Tidak habis-habis membuat ‘bising’ menuduh kerajaan pimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem sebagai ‘pengecut’ dan sebagainya.

Terbaru, seorang ahli politik yang baru di’gam’ dari memasuki negeri itu gara-gara tindakannya bertemu dengan ‘Puteri Sulu’, melalak di portal pembangkang kononnya Adenan ‘pengecut’ kerana tidak membenarkan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, memasuki negeri berkenaan.

Kata Nurul Izzah, dia bimbang jika rakyat Sarawak tidak memperolehi ‘akses maklumat’ yang di bawa pemimpin PKR yang kononnya cuba disampaikan di sana.

Terlintas di fikiran penulis, akses maklumat apakah yang hendak disebarkan Nurul Izzah dan Zuraida di Sarawak agaknya? Maklumat yang menuduh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak membunuh Altantuya? Maklumat tentang ‘serangan tentera Sulu’ ke Sarawak pula?

Setiap kali ada pemimpin PKR, DAP mahupun Amanah disekat masuk ke Sarawak, maka setiap kali itulah mereka meroyan menuduh yang bukan-bukan.

Belum masuk Sarawak pun sudah memburuk-burukkan kerajaan negeri dengan pelbagai tuduhan jahat, apatah lagi jika dibenarkan masuk? Lagi teruklah mereka tunjuk perangai buruk dan membawa budaya tidak sihat ke negeri itu. Burukkan nama orang semenanjung saja, kan?

zuraida

Sudah tentulah pihak imigresen di negeri itu mempunyai alasan yang kuat untuk tidak membenarkan Zuraida atau sesiapa yang tidak dibenarkan masuk ke negeri berkenaan. Itu hak negeri Sarawak dan mereka berhak atas keistimewaan tersebut sejak merdeka.

Jadi, mengapa pula PKR dan Nurul Izzah persoal hak berkenaan? Belum pun jadi Kerajaan Pusat, Nurul Izzah sudah berani mempersoal hak dan keistimewaan Sarawak yang termaktub dalam perlembagaan negara? Siapa Nurul Izzah untuk pertikai hak negeri itu?

Sekiranya Zuraida atau mana-mana individu yang mahu menjejakkan kaki di bumi Sarawak, maka mereka perlu memastikan mereka berkelakuan baik, tidak membawa budaya buruk, tidak menghasut, tidak menipu, tidak berbohong dan tidak cuba mengajar orang Sarawak untuk berlaku biadap.

Mereka juga perlu patuh hormat pada kedaulatan undang-undang dan tidak perlu pun berkempen melepaskan banduan yang disahkan bersalah di mahkamah. Rakyat Sarawak terkenal patuh pada undang-undang dan bertamadun menghormati keputusan mahkamah.

Penulis tidak fikir kerajaan negeri Sarawak akan menghalang Zuraida masuk ke negeri itu jika dia berkelakuan baik seperti mereka yang tidak disekat ke sana. Cuba tanya Datin Seri Rosmah Mansor yang selalu diperburuk dan ditohmah pihak pembangkang, pernah beliau disekat masuk ke Sarawak?

Jadi, sekiranya mahu masuk ke Sarawak atau Sabah, sila berkelakuan baik. Seorang guru tidak akan marah pada muridnya jika muridnya itu berkelakuan baik, berakhlak mulia dan tekun belajar. Begitu juga Sarawak yang tidak menghalang mereka yang tidak membawa keburukan masuk ke negeri tersebut.

Penulis sarankan supaya mana-mana pihak terutama pihak pembangkang supaya hormati hak negeri Sarawak dan berkelakuan baik dalam tempoh 5 tahun selepas ini. Manalah tahu perubahan itu akan membenarkan mereka masuk ke Sarawak pada PRN yang akan datang, bukan? Cuba lagi ya…



(Next News) »



4 Komen to Belum Masuk Sarawak Pun Sudah Tunjuk Perangai Buruk, Macam Mana Hendak Dibenarkan Masuk?

  1. James Wong says:

    Bukannya kita tidak tahu, bahawa PKR hanyalah sebuah parti yang mementingkan keluarganya sendiri. Semua perjuangan yang dibuat oleh mereka hanyalah untuk kepentingan keluarga Anwar semata-mata. Nurul Izzah yang bertindak tidak matang pula bertemu dengan anak Kiram, pernahkah beliau memikir tentang perasaan rakyat yang berada di negeri Sabah dan keluarga wira yang meninggal dunia?

  2. gabenor johor says:

    suruh dia kawin dgn lelaki sarawak supaya senang akses utk masuk sarawak..itupun kalau ada lelaki sarawak yang hendakkan dia

  3. mukhriz bersandiwara says:

    Sekiranya mana-mana individu dari Sabah dan Sarawak yang mahu menjejakkan kaki di bumi Semenanjung Malaysia, khususnya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, Selangor, maka mereka perlu memastikan mereka berkelakuan baik, tidak membawa budaya buruk, tidak menghasut, tidak menipu, tidak berbohong dan tidak cuba mengajar orang Sarawak untuk berlaku biadap.

    Mereka juga perlu patuh hormat pada kedaulatan undang-undang dan tidak perlu pun berkempen melepaskan banduan yang disahkan bersalah di mahkamah. Rakyat Sarawak terkenal patuh pada undang-undang dan bertamadun menghormati keputusan mahkamah. make sure rakyat Sarawak tak buat hulu hala, menuduh yang bukan-bukan terhadap orang “MALAYA” seolah-olah orang Sarawak ni superior.. ke inferior.. itu pasal asyik perjuangkan hak autonomi bukan-bukan merepek, merapu, merapik, mengarut.. btw, Sarawak for Sarawakian tu ada agenda tersembunyi.. bila Sarawak keluar malaysia, maka undang-undang Sarawak akan dikawal oleh golongan pemodal di Sarawak. sistem cukai, sistem tu sistem ni habis nak dikawal oleh golongan pemodal. mm takpe let Sarawakian pangkah lagi BN pada prn bulan april ni.. pangkahlah lambang dacing tak kira siapa calon yang diletak tu.. asalkan umno takde cawangan di sarawak ye idok.. umno saja mangkuk hayun.. pbb saja yang maha agung lagi terhebat dan layak bertanding 40 kerusi dun.. hidup tok nan.. tok nan nak jadi cm buat satu penggal lagi tau.

  4. novrain says:

    Mak lampir x pyhlh msuk srwak..mnyeramkn org srwak sj..

Leave a Reply

Threesome