Menu Utama

Beliau Tahu Rahsia Zahid, Tapi Semua Orang ‘Tak Tahu’ Rahsia Beliau…

anwar-ibrahin-dan-mamak-mahathir1

Baru-baru ini bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kepada media bahawa beliau banyak tahu tentang rahsia dan menyimpan kisah silam Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Namun kononnya mahu ‘tunjuk baik’, beliau mengatakan kepada pihak media bahawa beliau tidak mahu mendedahkan rahsia Ahmad Zahid, kononnya enggan mengungkit kesalahan yang pernah dilakukan Timbalan Perdana Menteri.

Dalam kenyataannya, Tun M juga mengatakan bahawa kerana beliaulah Ahmad Zahid jadi menteri kabinet…

Begitulah sikap terkini seorang ‘negarawan ulung’ yang turut menggemparkan negara dalam satu majlis dengan menuduh kononnya ‘RM’ yang dipercayai merujuk kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor banyak menggunakan khidmat bomoh.

Pada pandangan penulis, mungkin benar bahawa Tun M menyimpan banyak rahsia pemimpin-pemimpin yang pernah berada di bawah cengkaman beliau. Biasalah, beliau ‘boss’, bukan? Menjadi ‘boss’ selama 22 tahun, mungkin beliau banyak simpan rahsia orang bawahannya…

Penulis yakin bahawa tidak ada seorang pun yang tahu tentang rahsia dan kisah silam Tun M sendiri. Dan penulis yakin, sekiranya kita tahu tentang latar belakang beliau, semuanya baik-baik belaka. Apatah lagi beliau ‘tidak pernah berahsia’ dengan kita semua, bukan?

Kita tahu bahawa Tun M berketurunan Melayu tulen. Kita hidupnya lebih ‘zuhud’ dari Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hidupnya ‘miskin’, ‘papa kedana’, cuba periksa akaun peribadinya. ‘Miskin’, bukan?

Kita juga tahu bahawa Tun M tidak pernah mempunyai kroni. Beliau tidak pernah tolong anak-anaknya atau sahabat-sahabat karibnya sehingga ramai di kalangan mereka yang hidup ‘melarat’ dan ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan sampai mati’, kan?

malaysiarichestman-780070

‘Tiada’ seorang pun yang melibatkan Tun M, kan?

Kita juga tahu tentang ketelusan Tun M berhubung kontrak dan pentadbirannya. Beliau tidak pernah memberikan sebarang kontrak ‘direct nego’ kepada sesiapa. Malah semua kontrak kerajaan di bawah pentadbirannya juga diiklankan besar-besar di akhbar-akhbar arus perdana…

Di zaman beliau juga tidak pernah berlaku ‘ketirisan’, ‘penyelewengan’ mahupun ‘salahguna kuasa’. Lebih mengharukan, jika ada mana-mana kabinet di bawahnya yang melakukan kesalahan, beliaulah ‘hero’ yang mengambil tindakan undang-undang pada menteri-menteri kabinetnya.

Sebagai contoh, cuba rujuk pada kes Anwar Ibrahim, ‘anak kesayangan’ Tun M yang ditatang dari ‘zero to hero’, ke puncak Timbalan Perdana Menteri. Sepanjang perjalanan Anwar menuju ke puncak, bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar ‘tidak pernah’ mengemukakan satu pun aduan tentang ‘dosa’ mahupun ‘kisah kesalahan’ Anwar, kan?

Namun pada 1998, Tun M dapati Anwar telah ‘pertama kali’nya melakukan salah guna kuasa dan jenayah liwat sehingga memaksa beliau tidak bertindak pilih kasih memecat Anwar dari semua jawatan dan menyumbat bekas Timbalannya itu ke penjara. Lihatlah betapa ‘telus’nya Tun M, kan?

Pada pandangan penulis, tiada sesiapa pun di kalangan Menteri atau pemimpin di negara kita yang tahu tentang kisah silam mahupun rahsia Tun M. Ini adalah kerana semua perkara tentang dirinya telah diceritakan kepada seluruh rakyat jelata, bukan?

Tun M mendakwa beliau tahu tentang rahsia Ahmad Zahid, tapi tidak mahu dedahkan pada umum. ‘Baik sungguh’ hati Tun M, bukan? Mana hendak kita cari pemimpin sebaik itu? Dengan menimbulkan isu rahsia itu, penulis yakin ‘tidak akan’ tercetus spekulasi tentang rahsia Ahmad Zahid, kan? Dari satu kesalahan silam yang dirahsiakan, maka ia ‘tidak akan’ mencetus 10 spekulasi terhadap Timbalan Perdana Menteri. Penulis ‘yakin’…

Seingat penulis, Tun M tidak pernah percaya pada perkara mistik. Sebagai contoh, beliau pernah menuduh Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Ustaz Haron Din Al-Hafiz menjual ‘air jampi’ yang beliau anggap ‘karut’. Mungkin air yang diletak dalam halaqah jemaah masjid yang membaca surah Yaa Sin setiap Jumaat itu juga ‘karut’ tentang keberkatan baginya?

Cuma agak pelik kali ini beliau menuduh Rosmah menggunakan khidmat bomoh. Terdesak sangatkah hendak jatuhkan Dato’ Seri Najib Tun Razak sehingga mendakwa sesuatu yang akan ‘back fire’ diri sendiri? Mahu percaya pada Tun M? Terserahlah…

Tidak mengapalah. Tun M dilihat sebagai ‘maksum’ oleh para pengikutnya yang taksub. Kita cerita lebih-lebih tentang Tun M, nanti kita dihamun pula. Jadi biarlah masyarakat menilai tentang sikap sebenar bekas Perdana Menteri itu.

Apapun, penulis doakan agar Tun M sempat bertaubat dan memohon ampun kepada seluruh rakyat Malaysia tentang ‘ketiadaan rahsia’nya, termasuk keluarga mangsa Memali, penjawat awam dan mereka yang ‘tidak pernah’ terlibat dengan ‘ketelusan integriti’ beliau. Semoga beliau diberi hidayah…






11 Komen to Beliau Tahu Rahsia Zahid, Tapi Semua Orang ‘Tak Tahu’ Rahsia Beliau…

  1. bugis says:

    Tak perlulah nak suruh orang lain bertaubat sedangkan diri sendiri tak pernah buat.

    Kalau pernah dan selalu bertaubat, dah tentu berhenti menulis dan berhenti cari makan jadi cai…satu kerja paling hina bagi makan anak bini

  2. system baru says:

    Tun m dah lama tahu anwar ITU kaki perempuan Dan kaki jambu ramai ahli umno dah lama tahu cuma tun m angap ITU masalah peribadi anwar itu , sehingga anwar lakukan kesalah besar jatuhkan ekonomi Malaysia dengan menaikan kadar fadah bunga dimalaysia. ITU sikap tun m masalah pemimpin peliwat gagal dia atasi nya

  3. system baru says:

    Abu ya patut bertaubat pandai menyamar sebagai bugis itu

  4. Naser says:

    Bukan kah Najib terlibat sama dan berada dalam kabinet Tun Mahathir?
    Jadi Najib adalah pemimpin paling tak beretika kerana berdiam diri shj .. dan sekarang melakukan perkara2 yg sama malah lebih teruk lagiii

  5. Pemerhati says:

    Naser says:
    January 7th, 2016 at 5:06 PM

    “Bukan kah Najib terlibat sama dan berada dalam kabinet Tun Mahathir?
    Jadi Najib adalah pemimpin paling tak beretika kerana berdiam diri shj .. dan sekarang melakukan perkara2 yg sama malah lebih teruk lagiii”

    selain Najib takde buat perkara tak betul, aku percaya Najib sedikit pun tak tahu musibat & seekor lagi musibat itu ada buat tak betul semasa berada dalam kabinet dahulu…kalau nak kata Najib tahu, musibat kerala india tua itu kenalah berani kata bahawa Najib tahu akan perkara2 tak betul pernah dilakukan musibat kerala india tua & seekor lagi musibat itu dahulu…kalau musibat kerala india tua itu berani kata begitu, barulah aku suka nak percaya apa ko kata…buat masa ini apa ko kata itu aku terpaksa kata SAMPAH je!

  6. Memang Terok says:

    Selepas menyedari dia tak boleh ‘makan’ PM Najib, sekarang berpindah ke timbalan pulak.

    Selalunya orang buang tabiat seminggu dua saja atau paling lama pun sebulan. Habis tempoh itu jalanlah dia. Tabiat nak mati juga disebut mabok kematian.

    Nampaknya orang 90an tahun itu lama maboknya , sedah lebih setahun. Jalan tetap jalan kerana tak ada makhlok Allah yang hidup tongkat langit. Nabi Isa dan Hidhir tu kes lain, itu mukjizat. Orang tua itu tak diberi makjizat yang serupa.

  7. ayam says:

    Nie kira makan bangkai ke tak?

  8. James Wong says:

    Tun M sendiri yang melakukan pelbagai dosa dan kini cuba menutupi dosanya dengan menuding jari kepada orang lain? Senang sangat kerjanya…

  9. ayam says:

    Nie kira bangkai ke tak nie? Aku tak sabar nak cerita pasal najib…fitnah ka..btol ka…salah ka…belakang kira. Sebijik mcm mykmu buat skrg…sama2 makan bangkai…

  10. anak bunian says:

    MYKMU dulu ditubuh untuk tumbangkan pak lah
    bela tun mahathir
    skrg dah terbalik…
    makin benci aku baca mykmu nie…
    maybe dah bertukar orang agaknya

    entahlah…dulu aku tabik spring dengan mykmu
    sekarang aku dah rasa macam baca sampah dah….

    sorry…

  11. rhg says:

    anak bunian,
    Mykmu wujud sejak zaman Tun M jadi PM lagi, kalau baru kenal Mykmu jangan buat tuduhan yang menampakkan diri anda sebagai tidak cerdik langsung.

Leave a Reply

Threesome