Menu Utama

Baru Desak Saja Pun, Melantun Tak Sudah

8faaApa yang berlaku di Kedah bukanlah sesuatu di luar kebiasaan berdasarkan “trend” politik terkini.

Zaman ini, sesiapa sahaja yang tidak suka dengan ahli politik, boleh sahaja membuat kenyataan terbuka seperti yang berlaku di Kedah semalam. Desakan untuk ahli politik berundur, dengan syarat tidak melampaui batas-batas sebagai seorang ahli parti.

Presiden UMNO juga tidak terlepas dengan kritikan dan desakan sedemikian rupa. Malah, ianya dibuat jauh lebih hebat, berulang kali sebagai modus operandi untuk menjatuhkannya atas isu-isu “separuh masak”, dan tidak kurang pula yang hanya bersandarkan fitnah. Terlupakah kita?

Bagi penulis, 14 Ketua Bahagian mempunyai hak untuk menyatakan pendirian mereka dengan mendesak Presiden selaku orang yang berkuasa mencadangkan calon menteri besar kepada pihak Istana. Ia berkisar tentang pimpinan UMNO (parti yang menang pada PRU yang lalu) yang diberi mandat oleh ahli dan penyokongnnya, mendesak Presiden parti agar menukar Menteri Besar (dari parti yang sama) kerana disifatkan tidak berfungsi seperti sepatutnya.  Tidak lebih daripada itu.

Penulis tidak pasti, apakah perlu untuk kita mensyukuri kejadian ini kerana tatkala Mukhriz sedang berhadapan dengan desakan ini, penyokong-penyokongnya (yang kebanyakkan juga mahu Presiden UMNO letak jawatan) mengeluarkan undang-undang tubuh negeri sebagai rujukan. “Jangan pakai langgar”, itu mesej mereka kepada 14 ketua bahagian Kedah.

Ini baru cara orang berakal dan bertamadun. Penulis juga turut bersetuju apa yang diutarakan oleh penyokong Mukhriz, kerana Presiden parti yang menang pilihanraya hanya mencadangkan, sementara Istana yang memberi perkenan dan melantik. Itu asas paling penting dalam kita melihat isu ini.

Semoga mereka yang mahu presiden UMNO berundur, menggunakan pendekatan bijak dan berpaut kepada perlembagaan UMNO sebagai prosedur sebagai mana mereka menggunakan undang-undang tubuh kerajaan negeri sebagai dasar dan landasan berhujah.

Jangan pula jadi “alhalalku, wal harammu” sudah.

Mukhriz Mahathir masih lagi Menteri Besar Kedah sehingga jam 2 petang tadi. Maka, tidak perlu melantun-lantun emosi kerana desakan dari UMNO Kedah itu.

Belajarlah dari sifat “cool” Najib Razak, yang saban hari dikritik oleh bapa Mukhriz dan penyokongnya, serta pembangkang. Mungkin sifat “cool” ini lah yang menjadi punca Mukhriz masih lagi menikmati empuknya kerusi Menteri Besar, sungguhpun desakan penolakan terhadap pentadbiran Mukhriz Mahathir sudah lama berkumandang dari UMNO Kedah.






12 Komen to Baru Desak Saja Pun, Melantun Tak Sudah

  1. ayam says:

    Najib cool menda..dah kantoi dok diam2 laa…kang backfire susah. Cam mukhriz tak cool pasal pandai2 je ketua bahagian bongok2 tu desak dia turun walhal rakyat Kedah tak kata apa pun…dia sibuk bekerja org bawah dia sibuk nak cari nama depan presiden.

  2. Tula Mukhriz,tak usah dok bising2,mintak tolong jer dengan MahathirmMuhyiddin,Shafie,,dia orang kuat tu,,,

  3. Aiskrim potong says:

    Potong je DS. Ada ramai candidates lain yg lebih mampu membela dan bersama rakyat 24/7.

  4. Heran says:

    Sapabpulak yg emosi…. mukhriz rilek je…. dh penyokong berhimpun dia dtgla…ni pekehal minta mukhriz berundur… org kdh suka je kt mb skrg ni…. pe k bengong time2 ni buat cdgn cm ni…lg 2 taun oii nak pru… sedar ke tak…. rs nk hempuk kepala org yg wt cdgn masing2 kt meja mediapress semalam… patutnya kukuhknn parti bukan suruh org berundur sibuk nk rebut kuasa… apanla punya singkat fikiran org atas ni… mentang2 dh kenyang.. suka2 ati ke masuk suruh org lain berundur….

  5. Memang Terok says:

    Mukhriz rasa terhina, tertekan dan terluka disuruh turun oleh orang bawah dia. Bab saegitu jugalah betapa tertekan orang yang jadi mangsa bapaknya. Dia tahu, mustahil dia tidak tahu.

    Dia pernah beri kenyataan bahawa apa yang PM harus buat ialah jawab saja apa yang ditanya bapaknya. Semua sudah terjawab hanya bapaknya saja yang enggan terima dan enggan berpuas hati dengan jawapan diberi.

    Secara moralnya PM tidak melakukan sebarang kesilapan jika dia enggan jawab pertanyaan seorang mantan.

  6. fatimah says:

    KEPIMPINAN UMNO/BN

    1. Tahukah anda berapa kalikah MM datang ke bangunan UMNO sepanjang beliau menjadi
    Pengerusi Perhubungan Negeri?
    Jawabannya: Tidak lebih dari bilangan jam di tangan.

    2. Berapa kalikah MM mengadakan Mesyuarat Pengurusan UMNO Kedah?
    Jawabannya: Kosong/Tidak Pernah

    3. Berapa kalikah Mesyuarat Perhubungan UMNO Negeri Kedah diadakan di Bangunan Tunku?
    Jawabannya: Sikit berbanding diadakan di luar Kedah.

    KEPIMPINAN UMNO/BN KEDAH MUKHRIZ MAHATHIR (MM)

    1. Tahukah anda berapa kalikah MM datang ke bangunan UMNO Kedah sepanjang beliau menjadi
    Pengerusi Perhubungan OMNO Negeri?
    Jawabannya: Ada kot 2 kali

    2. Berapa kalikah MM mengadakan Mesyuarat Pengurusan UMNO Kedah?
    Jawabannya: Tidak Pernah

    3. Berapa kalikah Mesyuarat Perhubungan UMNO Negeri Kedah diadakan di Bangunan Tunku?
    Jawabannya: 2 kali semua diadakan di luar Kedah (KL).

    4. Berapa orang kakitangan UMNO Kedah yg MM kenal dan sebut nama?
    Jawabannya: 2 orang dari 26 orang.

    5. Berapa orangkah Setiausaha Bahagian yg MM kenal?
    Jawabannya: tiga orang dari 15 orang.

    6. Berapa orangkah Ketua Wanita Bahagian yg MM kenal dan ingat nama?
    Jawabannya: seorang sahaja iaitu Ketua Wanita Jerlun.

    7. Berapa orangkah Ketua Pemuda Bahagian yg MM kenal dan ingat nama?
    Jawabannya: Mungkin Ketua Pemuda Jerlun dan negeri sahaja.

    8. Berapa orangkah Ketua Puteri Bahagian yg MM kenal dan ingat nama?
    Jawabannya: Ketua Puteri Jerlun dan negeri sahaja.

    9. Berapa kalikah MM bertemu sayap-sayap parti?
    Jawabannya: tidak.

    PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI

    1. Berapa kalikah MM bertemu PM untuk membawa permohonan negeri Kedah?
    Jawabannya: entah mungkit tak kot.

    2. Berapa kalikah MM membuat perjumpaan khas dgn KCS sejak 2013?
    Jawabannya: tak pernah malah kutuk depa kot atas lagi adalah.

    3. Berapakah DEFISIT belanjawan negeri tahun 2013, 2014 dan 2015?
    Jawabannya: terok sangat

    4. Berapa kalikah MM bercuti setahun?
    Jawabannya: Sangat Banyak kali.

    5. Apakah program besar MM buat yang menjana ekonomi rakyat kedah sejak 2013?
    Jawabannya: Yahana Na Yahana Na – 2 kali.

    RUMUSAN

    Mukhriz Fail gila memimpin UMNO, politik dan negeri Kedah. Semua senarai yang
    dia gariskan dalam manifesto BN Kedah dulu tak satu pon ditunaikan. Nak taruh
    dia buat apa lagi. Ofis kat Kedah, tinggal di KL. Dia berulang pi mai pi mai
    5 hari diKL 2 hari diKedah.Yang paling kami tak tahan sebenarnya dia ni sombong
    piang. nak jumpa pon susah gila. Buat appointment 3 kali tak tentu boleh jumpa.
    Balaci keliling dia lagi lah lebih camca dari sudu.

  7. james bond says:

    Najib semakin melemahkan Umno dalam percubaan mempertahankan kedudukan sendiri. Semakin Umno lemah kerana ramai yang sudah kena cantas, parti komponen BN akan mengambil peluang meminta itu dan ini. Najib akan cuba tunaikan kerana ingat kan BN akan lebih kuat. Hakikatnya mereka hanya mengambil kesempatan. Umno akan menjadi komponen paling lemah dalam BN. Melayu juga yang rugi. Teruskan lah usaha anda Najib cantas sana sini. Lingkup kan Umno terus.

  8. ayam says:

    Sokong membawa rebah…najib tau yg tinggal hanya kepala2 kote

  9. malaysiakini says:

    Mukriz must go.
    Dia sebahagian dr anggota nk jatuhkan najib
    ka.. org tk tahu.. Ambil tahu..
    Setia pd ketua penting demi kita dan rakyat kedah..
    Dlm diam dia membantah..
    Sekam dlm padi..

  10. kayu says:

    https://www.facebook.com/1409602739266660/videos/1836465843247012/

  11. rockers says:

    mb pahang tu yg patut dipecat. kuantan dh jd dataran bauksit…

Leave a Reply

Threesome