Menu Utama

Apabila Menteri Besar Disingkirkan – Dr. Salleh Said Keruak

Undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir pada Rabu lalu bukanlah suatu krisis besar atau peristiwa yang tidak pernah berlaku sebelumnya.

Hanya kali ini agak berbeza apabila ianya melibatkan Mukhriz anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang mana dilihat secara terbuka dalam usaha melakukan gerakan turunkan Perdana Menteri Najib Tun Razak.

Terdapat beberapa sebab kenapa Menteri Besar atau Ketua Menteri diganti. Di Johor Menteri Besarnya Abdul Ajib Ahmad diganti kerana beliau secara terbuka bertindak melawan Dr Mahathir yang ketika itu adalah Perdana Menteri Malaysia. Dr Mahathirkemudiannya menggantikan Abdul Ajib dengan Muhyiddin Yasin dan ini berlaku pada tahun 1986.

Dalam kes Nik Hassan Wan Abdul Rahman Menteri Besar Terengganu suatu waktu dahulu, beliau diganti kerana tidak sehaluan dengan pihak Istana Terengganu.

Kes ini berlaku pada tahun 1974 yang mana ketika itu Perdana Menteri Malaysia adalah Tun Abdul Razak dan ianya digantikan oleh Dato Seri Amar Diraja Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad.

Begitu juga dengan kes Mohamed Ghazali Jawi, Menteri Besar Perak yang juga mempunyai sebab yang sama iaitu dengan istana negeri ketika itu. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1977 dan Perdana Menteri ketika itu adalah Tun Hussein Onn. Beliau digantikan dengan Wan Mohamed Wan Teh. Penting, Tun Hussein dikatakan ditekan untuk menukarkan Menteri Besar Perak ketika itu.

Dan peristiwa ini (pertukaran Menteri Besar) berlaku di negeri lain juga tanpa pengecualian. Samada Menteri Besar tidak boleh seiring dengan pihak Istana atau Menteri Besar tersebut berhadapan dengan undi tidak percaya dari kepimpinan parti atau jelas tidak sehaluan dengan Perdana Menteri. Dan jelasnya dalam semua kes yang tersebut kesemua mereka diganti atau ditukar.

Malah kes pertukaran Menteri Besar bukan hanya berlaku di dalam UMNO atau Barisan Nasional sahaja. Di Kelantan pada tahun 1977 Menteri Besar dari parti PAS berhadapan dengan undi tidak percaya di kalangan kepimpinan parti mereka yang berakhir dengan pertukaran Menteri Besar akhirnya.

Terbaru di Selangor, Menteri Besar PKR juga menghadapi situasi atau nasib yang sama.

Akhirnya di dalam apa juga sebab musabab atau kesnya, Perdana Menteri masih perlu mendengar dari barisan kepimpinan negeri dan juga dari pihak Istana. Dan sekiranya seseorang Menteri Besar mendapat undi tidak percaya dari kepimpinan negeri dan pihak Istana telah perkenankan maka tindakan yang sewajarnya mesti dilakukan.

Justeru Perdana Menteri akan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang beliau kumpul dan tindakan terbaik adalah menyerahkan kepada budi bicara Perdana Menteri itu sendiri.

Apa saja keputusan yang Perdana Menteri laksanakan sememangnya mengambil kira segala pandangan.

Salleh Said Keruak






6 Komen to Apabila Menteri Besar Disingkirkan – Dr. Salleh Said Keruak

  1. rockers says:

    drama politik najib

  2. azmi says:

    Undi tidak percaya rabu lalu???
    Bila masa undi tak percaya dilakukan???
    Salleh Keruak mabuk air tapai ke????

  3. Memang Terok says:

    Jika undi tidak percaya belum berlaku pun, rakyat sudah maklum apa yang bakal berlaku kerana pimpinan parti negeri Kedah telah menyatakan perdirian mereka.

    Mereka tidak seronok dengan MB yang berkerja parttime kerana dia dibayar gaji penoh bukan separuh . Mereka rasa tidak yakin dengan MB yang tiada perancangan untuk PRU yang akan menjelang dan tentunya mereka tidak mahu diterajui oleh seorang yang sering keluarkan kenyataan menyokong bapaknya. Sedangkan bapaknya kerjanya hanya satu yeini mahukan PM diganti.

    Mukhriz sepatutnya tidak boleh memintak PM menjawab apa yang disoal oleh bapaknya sebaliknya berjanji dengan PM untuk nasihatkan bapaknya supaya berhenti mengkritik dan berhenti menghitung duit. Semua kritikan bapaknya bersangkutan dengan duit. Bukan atas dasar , bukan policy atau tatacara kerja.

    Ini kerana PM bukan bekerja dengan satu badan, organisasi atau syarikat yang mahathir Mohamed CEO nya. Mahathir hanya seorang awam, walau mantan. Mahathir cuma ada hak sebagai seorang pengundi bukan pengubah dasar. Waktu dia telah berlalu dan dia harus sedar.

  4. ayam says:

    Pandai la kau jaja part time menda…mcm la sahih benar fakta fitnah kau. Mereka tidak seronok sebab mukhriz lagi dgr cakap rakyat drp cakap mereka…lebih dekat dgn org2 kampung drp mereka…malah lebih cerdas mengemudi pentadbiran sampaikan mereka tak boleh cope dgn budaya kerja jepun mamat tu. Setakat perot2 gedempol si ahmad bashah srp n de penyamun nak menjaja cerita karut mmg susah la org nak percaya. Sorang gi songlap ypeim…sorang yg gelap2 tu sampai skrg takde bunyi ada ke tak dividen bonus TH sejak terpalit dgn 1MDB…apa punya melayu daaa…

  5. Su says:

    Sebagai rakyat biasa aku lebih senang dengan Najib dari Tun yg membenarkan kroni menyamun wang rakyat berbilion2. Ini satu mimpi ngeri kepada rakyat Melayu kerana Tun hanya mengkayakan kroni Cina yg kini mahu jatuhkan Najib dengan fitnah. Justeru Mukriz bukan orang yg boleh dipercaya.

  6. ayam says:

    Su…penyamun tetap penyamun..ala hadari ka…1Malaysia ka…yang aku tau satu dunia tau hidup mewah najib laki bini…keluar kat paper…internet…siap ada gambar video…nak banding kasi la bukti yg sama pasal Tun…takan cerita mulut je kut…bukti hidup mewah peribadi…setakat skandal bakun…perwaja..pergau..tak payah la..

Leave a Reply

Threesome