Menu Utama

Apa Yang Mat Sabu Mengarut Tentang Akta Anti Keganasan?

mat sabu ekstrimisPresiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu menegaskan Putrajaya perlu menggunakan demokrasi dan pendidikan untuk mengekang kegiatan ekstremisme dan bukannya dengan menggunakan “akta yang mengarut”.

Begitulah kata-kata Mat Sabu, yang dipetik dari sebuah portal.

Dalam apa jua perkara, apa jua bidang, pendidikan memainkan peranan penting dalam mencipta dan menyemai bibit-bibit molek dan positif. Maka, penulis bersetuju dengan Mat Sabu, bahawa pendidikan adalah penting dalam isu mengekang keganasan. Di Malaysia, nilai-nilai murni diterapkan agar rakyatnya saling bertoleransi dan memupuk harmoni untuk terus hidup bersama.

Keganasan merentasi sempadan agama, bangsa dan latarbelakang pendidikan. Maka, kita tidak terkejut tatkala mendapat tahu pengganas itu dianggotai oleh mereka-mereka yang bijak pandai, malah juga mereka-mereka yang berlatarbelakangkan pelajaran agama yang baik.

Apakah ini bermakna pendidikan itu gagal? Tentunya tidak, kerana peratus yang menyertainya sedikit berbanding jumlah populasi penduduk. Namun, yang sedikit inilah yang membawa bencana yang besar seperti yang kita lihat di Timur Tengah, Paris dan terbaru di Jakarta.

Bukan berniat untuk menafikan pentingnya pendidikan, namun hakikatnya, manusia berubah, mengikut keadaan dan pengalaman-pengalaman yang dilaluinya. Banyak faktor-faktor yang mempengaruhi seseorang itu sehingga berlakunya perubahan dan watak. Kelicikan anggota pengganas dalam merekrut anggota juga perlu diambil kira. Penuh dengan tipu daya.

Mat Sabu perlu faham, di samping usaha untuk mendidik, perlu juga garis panduan untuk memastikan sesuatu perkara dan keadaan itu terkawal. Al Quran diturunkan juga bersebab, sebagai panduan hidup. Terdapat larangan-larangan yang jelas untuk manusia. Rasanya Mat Sabu lebih faham tentang garis panduan yang terkandung di dalam Kitabullah, kerana dia sendiri berpuluh tahun menganggotai sebuah parti Islam di Malaysia.

Oleh yang demikian, perlu untuk kerajaan Malaysia, atau mana-mana kerajaan meluluskan rang undang-undang bagi menyekat keganasan. Jika anda tidak terlibat, mengapa perlu takut? Bukankah begitu?

Melihat ke Barat, di mana pembangkang sering menjadikan amalan demokrasi Barat sebagai idola mereka, Mat Sabu mungkin terlepas pandang akan Patriot Act di Amerika Syarikat yang digunakan untuk mengekang segala bentuk keganasan yang menjadi ancaman kepada mereka.

Di Amerika, demokrasi dan pendidikan juga dipraktiskan, namun mengapa perlu ada Patriot Act 2001? Begitu juga di Britain, mereka meluluskan The Anti-terrorism, Crime and Security Act 2001. Di Singapura, mereka masih mengekalkan ISA.

Adakah Amerika, Brittain dan Singapura juga mengarut?

Malu la taraf Presiden parti, tapi otak udang!






Leave a Reply