Menu Utama

Apa Reaksi Keluarga Di Raja Arab Saudi Mengenai Dana Politik RM 2.6 Bilion?

Ramai yang mencebik dan mencemuh kenyataan Peguam Negara bahawa beliau berpuas hati bahawa Dana Berjumlah RM 2.6 bilion tersebut merupakan sumbangan Keluarga Di Raja Arab Saudi, justeru tiada asas membuat tuduhan penyelewengan.

Kenyataan Peguam Negara Malaysia ini mendapat liputan seluruh dunia. Adakah keluarga di raja Arab Saudi akan berdiam diri jika kenyataan Peguam Negara Malaysia mengenai sebahagian wang derma RM 2.6 bilion tersebut dikembalikan kepada mereka adalah tidak benar?

Jika ia satu pembohongan sudah tentu kita akan mendengar berita penafian tersebut nanti.

Jika tiada penafian maka tentulah benar dakwaan bahawa wang tersebut merupakan derma politik daripada keluarga di raja Arab Saudi. Mustahil untuk Keluarga Di Raja Arab Saudi akan mendiamkan diri jika mereka dikaitkan dalam satu kenyataan yang tidak benar. – mykmu.net

Berikut Kenyataan Peguam Negara mengenai dana RM 2.6 bilion

1. Berhubung kertas siasatan berkaitan dana yang dikatakan berjumlah “RM2.6 bilion” yang dimasukkan ke dalam akaun YAB PM, saya berpuas hati bahawa keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan oleh pihak SPRM kepada saya menunjukkan bahawa dana yang dimasukkan ke dalam akaun YAB PM berjumlah USD681 juta (RM2.08 bilion) di antara tarikh 22.03.2013 dan 10.04.2013 adalah merupakan sumbangan peribadi kepada YAB PM daripada keluarga diraja Arab Saudi dan telah diberikan kepada beliau tanpa apa-apa balasan.

2. Pihak SPRM sendiri di dalam siasatan telah menemui dan merakamkan percakapan saksi-saksi termasuk pemberi sumbangan dana tersebut yang mengesahkan sumbangan tersebut diberikan kepada YAB PM secara peribadi.

3. Saya berpuas hati bahawa tiada keterangan yang menunjukkan bahawa dana tersebut adalah suatu bentuk suapan yang diberikan secara rasuah. Keterangan daripada siasatan tidak menunjukkan sumbangan dana tersebut diberikan sebagai dorongan atau sebagai upah untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan kapasiti beliau sebagai seorang Perdana Menteri.

4. Tambahan pula, dalam bulan Ogos tahun 2013, wang sejumlah USD620 juta (RM2.03 bilion) telah dikembalikan semula oleh YAB PM kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai.

5. Berdasarkan keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan, saya berpuas hati bahawa tidak terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung sumbangan dana RM2.08 bilion tersebut.

6. Berhubung perkara ini juga, saya juga berpuas hati bahawa tiada keperluan bagi Malaysia untuk membuat permintaan bantuan bersama dalam perkara jenayah (mutual legal assistance) kepada mana-mana negara asing bagi tujuan melengkapkan siasatan jenayah yang dijalankan oleh pihak SPRM memandangkan tidak terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung sumbangan dana RM2.08 bilion tersebut.



« (Previous News)



7 Komen to Apa Reaksi Keluarga Di Raja Arab Saudi Mengenai Dana Politik RM 2.6 Bilion?

  1. azmi says:

    Apabila Najib memulangkan balik Duit Berbilion tersebut kepada raja arab ni beliau amat keciwa lalu beliau bawak duit tu ke kelab karaoke.. Sedih betul dia kerana Najib tak menghargai pemberiannya lalu ditaburnya duit derma tersebut kat kelab karaoke ni…kesian dia…

  2. musanghitam says:

    Duli ada orang tua hampir nyanyuk kata

    “Saya ingat yang derma tu mesti Tok Arab ‘bodoh’ sebab hanya orang gila sahaja akan berani buat benda pelik macam ni,” 

    kah kah kah kah, last sekali dia yang gila

  3. ayam says:

    mcm tak percaya org2 melayu sini boleh telan semua apa yg apandi kundi cakap…rm2.6 billion lepas…rm42 juta lepas…siap kata org tu nyanyuk…giler ke apa

  4. Meriam Buluh says:

    Orang dengan kemahiran berfikir aras lutut sampai bila-bila tak akan mampu faham penjelasan Peguam Negara.

    Pergi balik ngaji, OK?!!

  5. Gengrembau says:

    Sikit ari aje lagi
    Nasdaq nyer article kater never happen before saudi put money in personal account of any country leader – from saudi official.. Tak kan mat arab pun tipu kot
    Tunggu ajelah… Kisah sebenarnyer
    Hehehehehehe

  6. madey says:

    ayam muncul kembali dedak dah abis ke buat OT nie ? hahahaha

  7. Gengrembau says:

    Jika tiada penafian maka tentulah benar dakwaan bahawa ….- mykmu… Tak caya baca kat atas..

    So ape yang org cakap pasal bilion bilion ni.. Tak de pun penafian.. Agaknyer benar la yer

    Ishh ni kes dedak kurang ni… Ajib .. Dedak kasi tambah…

Leave a Reply

Threesome