Menu Utama

Antara 3 Ahmad, Siapa Bakal Terpilih Sebagai Menteri Besar Kedah

ahmad_badshahPada Ahad ini, 24 Januari 2016, Kedah mungkin mendapat Menteri Besar yang baharu menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir setelah majoriti Ketua Bahagian UMNO membuat keputusan mahukan pertukaran kepimpinan UMNO dan Negeri Kedah.

Tiga Ahmad di Kedah disebut sebagai calon Menteri Besar yang baharu iaitu, Adun Bakar Bata, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, ADUN Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin dan ADUN Bukit Kayu Hitam, Datuk Haji Ahmad Zaini Zapar.

Calon popular sudah tentu Ahmad Bashah yang merupakan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah dan juga merupakan Pengarah Pilihan Raya Umum Barisan Nasional Kedah pada 2013.

Ahmad Bashah antara disebut sebagai bakal Menteri Besar sebelum pilihan raya umum lalu. Namun menjelang kempen pilihan raya umum lalu, Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak dan Tun Mahathir Mohamad mengumumkan Mukhriz sebagai calon Menteri Besar.

Apabila Barisan Nasional menawan semula Kedah, Mukhriz dilantik sebagai Menteri Besar Kedah sebagai memenuhi janji pilihan raya.

Berdasarkan isyarat politik penukaran Menteri Besar Kedah ini dijangka akan mendapat perkenan Istana Kedah dengan baik dan tertib.

Pada 31 Julai 2015 lalu, MYKMU telah menerbitkan satu artikel Nasib Dua Menteri Besar Masih Samar, UMNO Kedah, Pahang dan Perak Bakal Dirombak?” yang menyatakan Menteri Besar Kedah antara yang akan digugurkan.

Bagaimanapun peluang Ahmad Lebai Sudin dan Ahmad Zaini tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Ahmad Lebai Sudin diketahui rapat dengan Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak dan antara terkedapan mengkritik pentadbiran Mukhriz; manakala Ahmad Zaini yang mempunyai pengaruh dalam gerakan belia sebelum ini mungkin calon “dark horse” yang dilihat boleh menyatukan kem Najib dan Mahathir di Kedah.

Siapakah antara tiga Ahmad ini akan mendapat perkenan DYMM Tuanku Sultan Kedah dan dimasyhurkan sebagai Menteri Besar Kedah ke-12? [Pilihan Editor: Ahmad Bashah dijangka dilantik sebagai Menteri Besar Kedah]

Sebentar tadi Berita Harian melaporkan Pemimpin UMNO Kedah hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah dan Pengerusi UMNO negeri. Perkara itu diumumkan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah selepas perjumpaan tertutup pemimpin UMNO negeri di Grand Alora Hotel, Alor Setar, sebentar tadi.

Dipercayai sidang akhbar ini turut di sertai oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Ghazali Ibrahim.

Menurut Berita Harian, seramai 14 ketua bahagian hadir kecuali Jerlun, Padang Terap dan Kulim Bandar Baharu yang diwakili timbalan ketua bahagian masing-masing. Yang hadir sama ketua semua sayap parti dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional.

Mengulas lanjut, Ahmad Bashah berkata, kata sepakat itu dicapai berikutan kelemahan serta ketidakupayaan Mukhriz yang dilihat gagal menyatupadukan kepimpinan dan jentera parti di semua peringkat. Alasan lain diberikan, katanya termasuk tiada sebarang perancangan strategik parti dilakukan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), serta kegagalan Mukhriz dalam mengetuai dan menggerakkan jentera parti selepas mengambil alih kepimpinan negeri.

“Sebagai Menteri Besar, beliau gagal mengurus tadbir kerajaan negeri secara berkesan. “Dengan ini kami merayu keprihatinan Perdana Menteri untuk membuat perubahan segera ke atas kepimpinan tertinggi parti negeri serta jawatan Menteri Besar Kedah,” katanya.






23 Komen to Antara 3 Ahmad, Siapa Bakal Terpilih Sebagai Menteri Besar Kedah

  1. ayam says:

    Hahahahaha…dah agak daaaa…baik letak beruk je laa ganti mukhriz

  2. nyok_rebuih says:

    berebut la hangpa semua..terus terang cakap la UMNO kedah la yg paling mangkaq sekali kalau nak banding dgn negeri lain.
    ahli-ahli UMNO kedah ni qheja dok berebut jawatan, pangkat, darjat & nama bukannya reti nak buat qheja pun pandai bercakap ja.. mai mukhriz pun sama gak lembap ni nak ganti dgn ahli UMNO yg nak mereput ni plak, cuba perati elok-elok berapa ramai ahli-ahli UMNO kedah dari golongan professional yang pegang jawatan tinggi, sikit cukup sikit.. UMNO kedah memang paling ngok sekali.. blah arr..

  3. dkds says:

    Mukhriz ini memang tak layak memimpin , jahanam negeri .

  4. bajak says:

    hmmm…dh xtau ape nk jadi…

  5. GoProBro says:

    Betul ke ni?
    Teman org Perak. Harapkan ada pemimpin negeri yang lebih pro bisnes, dapat menarik lebih banyak FDI untuk kemajuan negeri yg telah lama ketinggalan. Anytime ready to contribute.

  6. Hantu Gigi Jarang says:

    Inilah UMNO Najib. Lepas PRU nanti masuk muzium..

  7. nyok_rebuih says:

    awat yg p remove komen aku tuh..

  8. nyok_rebuih says:

    silap2

  9. irkiz says:

    YANG PELIKNYA PARTI PEMBANGKANG PAS TIDAK KATA APA PUN TERHADAP MUKRIZ TETAPI UMNO PULA KATA HILANG KEPERCAYAAN, KALAU BOLEH DATO SERI AHMAD BASHAH SUMPAH DENGAN NAMA ALLAH YANG MUKRIZ“ gagal dalam mengetuai dan menggerakkan jentera parti selepas mengambil alih kepimpinan parti di negeri Kedah

  10. ayam says:

    Menda pelik ni…najib kata kena setia kepada pemimpin…apasal pulak umno kedah mcm dah lawan pemimpin? Carca marba la umno skrg…yg si ahmad bashah pun satu…mcm mana la nak kasi umno hidup kat kedah tu kalau big boss mcm penyamun. Kasi tendang najib dulu la…lepas tu nengok umno sana boleh bergerak ke tak.

  11. azmi says:

    x pelik pun ayam oiii…
    mukhriz anak mahathir yang nak jatuhkan najib..
    sapa menentang najib kena la..
    itu pun tak leh pikir??

  12. badaruddin says:

    Hahaha…..fresh poll. Tak caya, tunggu.

  13. Kaduk says:

    Tak dapat tanduk, telinga dipulas!

  14. Pemerhati says:

    hidup macai & pembangkang macam tak bermaya & tak ceria esok hari, kentut mereka pun boleh tak berlagu kalau madey tak kata ini semua pengaruh & arahan Najib mahu anaknya digantikan…nak lagi bagus boleh juga si bapak kata Najib telah merasuah 14 bahagian UMNO Kedah itu semua secara kolektif supaya membuat kenyataan menjurus kepada keperluan mukhriz digantikan

    kepada para macai semua hentikanlah spekulasi & fitnah bangang sia2 anda semua itu kononnya pengaruh & arahan Najib ataupun telah dirasuah…bukti apa korang ada bila nantinya 14 bahagian UMNO Kedah itu semua secara kolektif juga menafikan spekulasi & fitnah anda?

  15. ayam says:

    Laaa…kan senang cakap awal2 prinsip umno skrg wajib gosok telor presiden 24 jam baru boleh kekal…buat mcm kat korea utara rakyat kena gosok telor Kim Jong-un 24x7x365…tarak kilat kalu kena tembak.

  16. ayam says:

    Tak sapa pun kata arahan najib…cuma MP2 skrg akan jaga periuk nasi masing2…kena la pegi kat winning side..benar atau tidak belakang cerita. Kalau najib jatuh besok MP2 yg sama jugak akan tibai najib dan sokong boss baru.

  17. Pemerhati says:

    takde kena mengena dengan gosok telor yang jadi hobi ‘ayam’, ini semua atas kesedaran bersama 14 bahagian UMNO Kedah itu selepas mereka bermusyawarah berbincang mengenai hilang kepercayaan mereka terhadap kepimpinan mukhriz…hilang kepercayaan juga bermaksud mukhriz perlu digantikan…harus diingat 14 bahagian UMNO Kedah secara kolektif mengatakan rasa hilang percaya mereka terhadap mukhriz, sebab apa hilang kepercayaan? jawapannya harus mukhriz jawab dengan jujur, adalah tidak bijak jika mukhriz cuba menjadikan Najib sebagai kambing hitam

  18. ayam says:

    Kesedaran menda…sebelum jadi MB pun dah ada usaha2 nak jatuhkan Mukhriz…muka2 selebet tu jugak…kepala dia yg menang Kubang Pasu pakai duit angpau aritu zaman dollah. Melayu nengok je duit mula la pangkah tangan yg memberi tanpa rasa bersalah langsung kat YB lama yg berpuluh tahun menabur jasa. Zaman Najib tiba2 menang pulak dah UMNO kat Kedah. Org2 Kedah pilih UMNO sebab Mukhriz dan beliau terus diangkat menjadi MB.

  19. Qalam Qabut says:

    Sahih tertomoih BN/UMNO Kedah sekali lagi PRU nak mai ni.

    Cekap setakat musyawarah nak jatuhkan orang saja; nak tegur, nak bimbing, nak bantu tak reti. Aku cakap bukan dalam konteks Mukhriz saja.

    Dan aku setuju sangat2 cakap ‘ayam’, Org2 Kedah pilih UMNO sebab Mukhriz. Kalau orang lain, tentu dah PAS pegang buat penggal ke2.

  20. Inn says:

    Betui betui betui kata cik ayam tu. Aku pi ngundi PRU 13 nu pun (1st time woi dlm idup aku, sanggup baris pjg2 siap bawa anak kecik) sbb depa namakan Mukhriz sebagai MB kalau BN menang. PRU 14 ni aku pi lagi tp tak pangkah BN dh la kalau bkn Mukhriz jadi MB. Sekian harap maklum.

  21. juana says:

    Umpama pasukan bolasepak malaysia kalu kalah dicaci dimaki hamun kalu menang dihiasi dgn kata2 pujian yg melambung kelangit. Sama gak dgn negara…bila ekonomi negara merundum semua menuding jari menyalahkan kerajaan bila ekonomi meningkat semua memuji menongkat langit…sampai bila pun malaysia x maju dimana rakyat hanya mementingkan diri sendirimenjaga periuk nasi sendiri bukannya nak bersama2 membantu kerajaan meningkatkan ekonomi negara. Skang hanya mengutuk dan menyalahkan kerajaan diri sendiri x salah. Paling nyata pembangkang mengambil kesempatan mengapi2kan lg api yg sedang marak.
    Bila sesuatu bencana melanda masing2 menjadi pakar…ada pakar ekonomi ada pakar penerbangan macam2 lg pakar timbul. Realitinya semuanya menyalahkan kerajaan dan pentadbiran…Hanya timbul byk negative komen dari constructive komen.
    Bila pentadbiran baru nak diganti masing2 buat spekulasi dan andaian almaklumlah malaysia nie ramai pakar2 tersohor didunia yg hanya pandai menyalahkan sesama sendiri dan memfitnah sana sini terutamanya bangsa yg rasa paling bijak didunia iaitu melayu…

  22. juana says:

    So saya nak cadangkan ler yer rakyat malaysia nie patutnya setiap sorang diberi anugerah PHD coz ramai yg dah jadi pakar diabad nie. 😉

  23. rockers says:

    tiga2 buncit.. abis jahanam kedah dibuatnye…. barua najib..

Leave a Reply

Threesome