Menu Utama

Anak Tiri Najib Disiasat FBI. Awani Jangan Gila Kejar Rating

TINDAKAN Astro Awani menyiarkan artikel fitnah kononnya penerbit filem The Wolf Of Wall Street, Riza Aziz yang juga anak tiri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang disiasat FBI berikutan kaitannya dengan Jho Low dan 1MDB, seakan membenarkan cakap-cakap bahawa portal berita tersebut gemar mengejar sensasi berita tanpa mengendahkan etika kewartawanan.

Bukan pertama kali, bahkan dah banyak kali, majoriti darinya, tajuk dipetik di luar konteks.

Sekalipun artikel tersebut telah ditarik balik, ia telah menjejaskan nama baik Perdana Menteri kerana artikel berkenaan, terutama tajuknya, telah terlebih dahulu disebar secara meluas.  Pembangkang faham sajalah, bab membohong ni memang pakar menyebar, lebih-lebih lagi di era orang lebih gemar baca tajuk, kurang gemar baca isi.

IMG-20160104-WA0014

Kita boleh faham kalau yang terlibat ini portal berita yang tidak ada prinsip dan bertuhankan pembangkang macam Suara Keadilan dan lain-lain, tapi ini Awani, portal berita yang patut lebih tahu kepentingan menyiarkan berita yang terlebih dahulu telah dipastikan kesahihannya.

Apakah motif buat macam itu, adakah kerana nak mengejar rating?

Menarik balik artikel saja tidak cukup, Awani seharusnya menyiarkan permohonan maaf supaya di masa hadapan kalau isu ini bangkit semula (yang mana penulis pasti akan dibangkitkan semula), rakyat boleh mendapat rujukann pembetulan yang sewajarnya.

Jika tidak ada permohonan maaf, penulis menggesa tindakan undang-undang dimulakan terhadap portal berita berkenaan atau mana-mana entiti kerajaan yang terlibat, boleh guna apa juga kepentingan dalam syarikat yang memiliki Awani ini untuk memastikan perkara tersebut dilaksanakan.

Dah tak boleh bagi muka lagi dah, makin dibiar, makin banyak pulak lemaknya.  Kebebasan media bukan lesen untuk memfitnah orang lain, apatah lagi Najib yang telah membawa begitu banyak jasa kepada negara kita ini.






3 Komen to Anak Tiri Najib Disiasat FBI. Awani Jangan Gila Kejar Rating

  1. system baru says:

    Astor ini dah lama anti kerajaan maklum lah kena dengar cakap yahudi nanti fox Dan rancangan2 tv milik yahudi Tak bagi siaran pada mereka astor ini

  2. Pak Pin says:

    Stesen ni byk dimonopoli oleh keling, so keling2 ni kite paham2 jerlah kuat auta.Lesen tahun 2017 nanti bagi kat ogheng lain plak.Bahayanya klu dimonopoli oleh bangsa asing

  3. Memang Terok says:

    Apa pun yang mereka cakap, buat , tulis & bertindak hanya berkisar pada satu sifat manusia yang buruk. Sifat buruk itu susah untuk hilang dan banyak yang bawa sifat sebegini kedalam kubur.

    Kita andaikan kalau anak PM itu saeorang penjaja yang jual apam balik tepi jalan atau seorang Mat jual burger tepi simpang, ada ke sesiapa yang akan kacau. Mungkin ada segelintir yang mengutuk PM membiarkan anak dia jual apam balik atau burger untuk hidup sedangkan dia seorang pemimpin nombor satu negara. Orang akan kutuk sekejap lepas itu akan lupa.

    Tapi ini kes anak dia yang kaya raya. Maka yang pasti beliau akan terus menerus dibabitkan dengan apa saja isu. SEmentelah pulak beliau bertambah kaya raya dari tahun ketahun, maka bertambah sakitlah lagi hati dan mata2 pengkritik itu. Tapi kalau dia jatuh papa sekarang dan terpaksa jual semua harta dan berjalan naik teksi, baru mereka semua ini berhenti kerana puas.

    Ini sifat kita. Orang melayu ke, bukan melayu ke sama saja. Tapi yang hebat dalam jurusan PHd ini selalunya melayu. Sedang bangsa lain sibok membina empayar mereka, besarkan bisnis , kumpul harta, melayu tetap masih bercakaran sesama sendiri. Mereka akan terus begini serupa saperti israel dengan palestine.

Leave a Reply