Menu Utama

Amaran keselamatan tahap tertinggi

Kawasan tumpuan orang ramai khususnya pusat beli-belah dan pusat hiburan di seluruh ibu negara kini diketatkan kawalan keselamatan.

Tindakan itu susulan daripada amaran keselamatan negara ke tahap tertinggi yang diumumkan Polis Diraja Malaysia susulan insiden pengeboman di Jakarta, Indonesia.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md. Isa berkata, pihaknya telah meningkatkan keselamatan di seluruh ibu negara susulan arahan diberikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, semalam.

Kata beliau, fokus utama kontinjen Kuala Lumpur adalah di pusat beli-belah dan pusat hiburan yang banyak di wilayah ini.

“Kita beri perhatian serius terhadap apa yang terjadi di negara jiran dan Ketua Polis Negara juga telah mengumumkan amaran ke­selamatan negara ke tahap tertinggi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Difahamkan, polis Kuala Lumpur kini mengadakan pemeriksaan mengejut yang akan dilakukan pasukan peronda pejalan kaki, unit rondaan bermotosikal (URB), kereta peronda (MPV) dan sebagainya.

Pemeriksaan juga akan dilakukan di semua rumah ibadat di seluruh ibu negara termasuk pejabat-pejabat kedutaan dan kediaman wakil negara asing.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, selain kawasan tumpuan ramai, polis juga memberi tumpuan terhadap ke­selamatan di bangunan-bangunan kerajaan yang berada di situ.

“Kita menambah bilangan anggota polis peronda di seluruh kawasan di Putrajaya malah dalam masa terdekat ini, saya sendiri akan mengaturkan pertemuan dengan ketua-ketua keselamatan bangunan termasuk polis bantuan yang bertugas dalam usaha memantapkan keselamatan susulan amaran tahap paling tinggi,” katanya.

Utusan



« (Previous News)



Satu Komen to Amaran keselamatan tahap tertinggi

  1. semangat dato' haron says:

    Bagaimana di SJKC2. Sekurangnya kawasan lain belum ada serangan lg to di SJKC Pai Chee ada guru melayu telah diserang. SJKC harus dihapuskan sblm menjadi Sarang pembiakan pengganas Komunis.

Leave a Reply

Threesome