Menu Utama

Ahmad Bashah Menteri Besar, Mukhriz Timbalan Menteri?

Ahmad-Bashah

DESAS-DESUS di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menjelang perjumpaan antara Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Perhubungan UMNO dan wakil rakyat Kedah petang ini, kuat mengatakan akan berlaku pertukaran jawatan antara Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dengan Mukhriz Mahathir.

Mengikut perkiraannya, Ahmad Bashah akan dilantik sebagai Menteri Besar sementara Mukhriz akan ditawarkan jawatan sebagai Timbalan Menteri di MITI – jawatan yang pernah disandangnya sebelum dilantik Menteri Besar Kedah selepas PRU13 yang lepas.

Ramai dikalangan ketua-ketua bahagian UMNO Kedah  yang sudah berada di Kuala Lumpur dan sempat penulis temui pun turut menyatakan perkara yang sama.

Penyelesaian ini dikirakan situasi ‘menang-menang’ bagi menyelesaikan kemelut yang sedang melanda UMNO Kedah sekarang, apatah lagi jawatan Menteri Besar memang dikirakan setaraf dengan Timbalan Menteri.

Mengulas tentang itu, secara jelas menunjukkan bahawa Najib tidak ada masalah peribadi dengan Mukhriz seperti yang hebat dikatakan.  Kemelut ini sememangnya berlaku antara kepimpinan di Kedah dan Najib tidak terlibat sama sekali.

Tapi sebagai Presiden, Pengerusi BN dan Perdana Menteri, adalah menjadi tanggungjawab Najib untuk menyelesaikan kemelut yang sedang berlaku secara baik, ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.

Apa pun keputusan sebenarnya petang ini.



« (Previous News)



7 Komen to Ahmad Bashah Menteri Besar, Mukhriz Timbalan Menteri?

  1. rockers says:

    ni tun m nye pasallah. cr pasal dgn najib

  2. azmi says:

    Sumber dari utusan malaysia melaporkan bahawa hanya 14 ketua Umno bahagian saja menerima jemputan pertemuan dengan PM petang ini, manakala Mukhriz dikecualikan.
    SO MACAM MANA BOLEH DIKATAKAN MUKHRIZ AKAN DITAWAR TIMBALAN MENTERI???
    KALAU NAK BERUNDING PANGGIL LAH MUKHRIZ SEKALI…

  3. rockers says:

    semua team penyamun..

  4. ayam says:

    team kepala kote

  5. Hantu Gigi Jarang says:

    Mamat ni SPM pun tak tentu ada nak jadi MB?

  6. Politicalamity9 says:

    macam sial…menang menang untuk depa ler… rakyat macamana?

  7. ayam says:

    Skrg bisnes blog untung la…kalau aku ada 10 blog dedicated utk setiap YB…10 blog utk 10 YB…sekali bodek aku caj rm1000/month….wow..10 blog dapat rm10k/month. Pakej bodek maut punya sure aku boleh caj mahal lagi…patut la bermati-matian blog2 umno nie mengilat. Camna nak join ha?

Leave a Reply